Saat hati gundah gulana begini, aku masih berdaya meng up date blog..(hanya seorang yang tahu apa yang sedang aku tanggung sekarang ini..rasanya belum sampai masa aku dedahkan di sini..tunggulah..jika aku rasa ia baik untuk ku ceritakan, akan ku ceritakan, akan ku khabarkan keseluruh alam..jika kata hatiku tidak..maka akan berkubur bersama waktu) ia tiada kena mengena dgn sunyi dan sepi..tiada kena mengena dengan cinta atau apa saja berkaitan perasaan.
Balik ke kampung menyambut puasa bersama mak, abah dan adik2..aku nampak sangat gembira..tak siapa tahu apa yg sedang aku tanggung, ku simpul mati segala rahsia diri..tak mahu mak abah susah hati..namun kak ipar yang agak rapat denganku perasan perubahan pada diriku..katanya berat badanku mendadak turun.. aku tambah kurus!! gara2 apa yang sedang aku alami...:((
Sedang aku membaca komen dari sahabat2 aku terbaca satu komen dari lelaki yang menamakan dirinya ZainalPutra..tiada alamat diberi agar dapat ku ucapkan sukran!..aku sangat tertarik dan terharu membaca tulisannya yang sangat panjang dan bermakna di entri "apa sudah jadi dengan diriku"...ia sangat bermakna buatku jadi aku paparkan di sini apa yang disampaikan..tiada tujuan tersirat disebalik yang tersurat, hanya aku ingin berkongsi bersama teman2 dan renungi apa yg dikatakannya.
"Assalamualaikum..dari apa yang saya baca dari komen kawan2 ida semuanya baik2 belaka. Apa yang saya rasa ada satu komen yang cukup bernilai, mungkin dia sendiri melalui jalan ini, maksudnya jalan yang dilalui oleh ida, sebab itu nampak begitu sensitivity kearah apa yang dirasa oleh ida.
Mungkin ramai yang yang tidak dapat merasa apa yang dirasai ida, sebab itu kita lihat agak mendatar saje komen2 masing2, maksudnya seolah2 sekali lalu begitu tidak cuba menyelami isihati atau perasaan yang sedang bermain dalam jiwa ida ( aku rasa semua komen teman2 sgt bermakna dan perihatin). Oleh itu sukalah saya mengajak semua teman dan rakan di sini cuba menyelami apa yang ditanggung oleh ida.
Pada saya perasaan ingin kasih atau dikasihi merupakan perkara pokok dalam kehidupan kita, tak kiralah samada sesama makhluk atau dengan Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Sebagai insan yakni hambaNya kita sanggup melakukan apa saja, sanggup berkorban wang ringgit, jiwa raga waima nyawa sekalipun atau apa2 saja semata2 untuk mencari erti kasih sayang dariNYa iaitu allah SWT Tuhan semesta alam, kita sanggup tunduk bangkit 5 kali sehari , berlapar dahaga sebulan bukan sehari berpuasa, kita sanggup menghabiskan wang ringgit, masa, bersusah payah ke Tanah Suci, sangup berkorban nyawa semata2 mempertahankan agama dan apa saja demi mendekatkan diri kita kepadaNya.
Tapi semua itu akan menjadi sia2 begitu saja, bila apa yang kita lakukan tempat tujunya tidak jelas dan kekaburan. Maksudnya semua amal ibadah amal kebajikan yang kita lakukan tidak akan sampai kepada Al Khalid kerana kita tidak mengenaliNya secara mutlak. Oleh itu kita hendaklah mencari siapa sebenarnya Dia yang kita sebut, yang kita niat, yang kita lakukan ibadah dan kerja2 kebajikan tadi.
Hendaklah kita mengenali Dia terlebih dahulu sebelum semua amal ibadah kita dapat sampai kepadaNya, pada waktu itu barullah kita dapat rasa bagaimana kasih sayang Dia Yang Maha Agung, Yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang itu betul2 berada bersama dengan kita ( telah sampai kepada kita)
Begitu juga dengan masalah ida, yang mengharapkan kasih dan sayang, ingin belai dan dibelai dari seorang yang bergelar kekasih atau suami. Pokok utamanya perlulah kita mencari dulu siapa empunya, di mana, bagaimana, kemana arah tuju hidupnya dan siapa dia...setelah itu kita perolehi, perlulah kita merentas jalan kearahnya, kita bukan menjadi penanti atau penunggu di sudut ini (sudut kesepian) kerana apapun, kita kena cari dalam hidup kita, selepas itu barulah kita persembahkan segala yang tersirat kepadanya. Setelah kita mengenalinya.
Jangan lupa Saidatina Khadijah menghantar utusan untuk mendapatkan Rasulullah sebagai suaminya......yang penting beberapa perkara pokok tadi diambil kira . Insyaalalh di penghujung sana sedang tegap berdiri menanti kehadiran ida, kesepian ida selama ini akan terlerai jua akhirnya.
Pesan terakhir..sesudah kita miliki apa yang ada pada kita, jangan kita harapkan yang akan datang itu lebih baik dari yang sudah sedia kita miliki ini, jagailah bajailah, pupuklah ia sebaik mungkin, Semuga bahagia dan kekal hingga akhir masa kita, Itulah doa saya..amiiin ya Rabbal aalamin."
Berulang kali aku membacanya...kata hati dari seorang insan yang tidak aku kenali..namun dia seolah telah lama mengenali diri ini..terimakasih atas sikap perihatin..memahami dan mengerti.
Tapi siapakah yang akan menanti aku di sini...
mencari dan mengenali diri ini
menyelami dan memahami sekeping hati
menemani malamku yang sepi.
mengucup dahiku saat aku diulit mimpi..
mengesat airmata yang jatuh dipipi
menjadi bahu tempat aku bersandar
menjadi telingaku saat aku tidak dapat mendengar
menjadi mataku saat pandanganku semakin kabur
menjadi tanganku saat tak terdaya menggapai
menjadi tongkatku saat kakiku semakin longlai
Siapakah dia yang akan menjadi imamku
memimpin diriku jauh dari jalan berliku
bersama di dunia yang fana
dan akhirat yang kekal abadi
aku masih menanti dan terus mencari..
31 comments:
Idalara,
idalara.
."..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
dalam dunia ini terdapat 10 jenis air mata.Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya.
Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
sabarlah idalara...:))
p/s; entri yg sangat bermakna..
err.. aku ke 'seorg' tu? atau aku terperasan sndri ni?
salam AL
andai airmata ini tumpah lagi akan banjirlah daerah sepang dan akan karamlah kapalterbang..
terimakasih sudi memberi komen yg sgt bermakna buat saya..
sabar..itulah yg kerap saya jeritkan dalam hati.
salam natsu
engkau kah itu?hehehe..ntahlah idalara pun tak tahu siapa yg dimaksudkan..yg tahu dan dapat selami hati idalara.,
salam kak
beshnyer ada org yg prihatin
nak juga..hehe!
takpe kak..
apapun yg dilalui mematangkan kita
apapun cubaan yg datang akak tak keseorangan
bloggers ada sini
menemani akak
membaca isi hati akak
menasihati jika perlu
bergurau utk ilangkan gundah di hati..
sabarlah kak
nur tahu mudah utk menuturkan perkataan sabar..
sbb nur lalui juga kepayahan cuma dlm bentuk yg berlainan daripada akak..
tapi sabar tu ayat keramat
yg perlu kita tuturkan selalu
agar terus melekat di hati
agar kita menjadi manusia yg tabah menerima apa jua ketentuan Illahi
kita masih ada DIA utk kita sandarkan segala harapan..
cenyum selalu
=)
ida...
sebagai manusia kita tak dapat lari dari realiti kehidupan. kita mencari kebahgiaan di dunia dan juga di akhirat.
di dunia kekadang kita rasa sunyi sebab kita tiada teman untuk berkongsi suka dan duka, mengadu, merajuk ,meminta pertolongan. itu rasa yang kita tak dapat hindari.
saya akui semua itu adalah mainan kehidupan.
kita sering mahu yang terbaik dalam hidup kita, namun apa kah kita juga terbaik untuk dia?
saya sendiri sekian lama bersendiri, meratap nasib , menangis kesunyian, berduka dengan perjalanan hidup.
tapi apakah yang saya dapat? tiada sebab apa yang saya harap itu tak akan datang dengan sendiri.
kalau kita mahu perubahan kita kena melakukan perubahan. dan sering berdoa agar dia membantu kita berubah.
saya tetap berdoa agar ida beroleh apa yang ida mahukan sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
maaf panjang sangat komen saya ni
sedih plak bila membaca entry ini..
hanya idalara lebih mengerti apa yg tersirat.Maafkan saya jika tidak memahami apa yg cuba diungkaikan.Bagaimana pun saya berdoa kepadanya supaya idalara memperolehi apa yg dicari.
amin
....."And among His signs is this that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your (hearts); verily in that are signs for those who reflect."......
......."And among His signs is this that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquility with them, and He has put love and mercy between your (hearts); verily in that are signs for those who reflect."......
seandainya teman untuk menghiasi hidup kita di dunia yang kita cari maka kita harus belajar menerima seadanya dan biarkan kisah lama menjadi panduan diri bukan beban di hati. kita harus belajar melepaskan disebalik apa yang kita terima
Salam Ramadhan Kak Ida...
Semoga pencarian selama ini akan berhasil... saya doakan yng terbaik utk Akak...
>hebat pendapat Zainal Putra... penuh dng hikmah... :)
salam idalara...
biar susah bagai cinta zulaikha
cinta dalam mimpi jadilah nyata
biar pahit manis juga terasa
hari ini hampa, esok gembiraa!!!
be strong okay
=)
Salam kak,
Maaf lama tak ke mari...sibuk & kadangkali terlalu ramai kwn dlm blog hingga nak beri komen pada setiap org tu mengambil masa yg agak panjang...
Lebih baik airmata tu dicurahkan kerana mengenangkan dosa yg lalu...
salam Nur yg nmanis
terimakasih..teman2 seperti Nur lah yg banyk memberi semangat pada kak ida..insyaallah..bukan tk kuat hadapi dugan namun kdg2 ia terlalu payah untuk dilalui.
thanks kata2 nur yg sgt bermakna.
salam ber-uwang..
wah..rasa terharu bila membaca pandangan bre-uwang..ramai yg senasib di sini..cuma bezanya kita melahirkan atau tidak..
ida fhm apa yg mahu ber-uwang sampaikan..suatu yg sgt bermakna buat ida..terimakasih..
lagi pnjg kata2 yg diberikan lagi bersemangat ida membacanya..terimakasih
salam aireel
kunjungan aireel sudah cukup menyatakan aireel mengerti apa yg idalara rasai..terimakasih..kunjungan dan ulasan aireel sgt idalara hargai.
salam niezam..
kata2 anda sgt idalara hargai..terimakasih kerana perihatin dan singgah di sini.
salam...tq singgah anaklaut..
:))
Salam mamai..
kata2 mamai di sini tidak pernah menghampakan..pasti buat kak ida teruja mahu membacanya..terimakasih..
salam biru...
wah ida suka betul lirik lagu m.nasir tu..
yup kita women must be strong..whatever pun yg berlaku..
thanks biru,,
Salam Ramadhan Naz..
kak ida pun setuju dgn naz..mng zainalputra bukan org sembarangan..kata2nya penuh makna dan ada kebenarannya..
thanks naz..muga apa sj pencarian kita akan berhasil.
salam Razak.
tk pe..kak ida fhm..kak ida sendiri jrg sekali singgah di blog razak..waktu sering membataskan pergerakan.
terimakasih masih singgah dan beri komen..
ye..airmata taubat itulah yg paling baik.
Insyaallah... semoga apa yang kita rancang dan inginkan akan dipermudah jalan oleh Nya...
Sebuah Doa.
Dengan nama Yang Maha Agong.
Dengan nama mu Asma al Khusna
Aku bersimpuh di Sejadah layu.
Meneladah tangan kelangit
Mencari sebuah keredaan
Menyusun harapan yang tak terhenti.
Dengan nama Ar RahmanurRahim
dongak mengharap dan meminta
Agar diberi sebuah kota yang kukuh
Semoga di harungi yang tercari. dicelah pelarian masa.
Ditengah ketandusan perigi kehidupan.
Dikekeringan kali dimusim tengkujuh.
Dibersama pelarian dipadang gersang.
Mengharap masa berundur mengeladah tika berlalu.
Atau pengharapan yang tertinggal
Disebalik kekaburan dikabus pagi
Meniti dititian rapuh menjenguk usia.
Atau masa yang tersungkur dengannya.
Dikembalian ini
Diharap berdiri bersama dengan keutuhan
Sebuah doa yang dimakbulkan.
TD/Zputra
14hb,ogos,2008
03.50am
Klu tak menjadi keberatan pada Ida, Amati lah sebuah sajak yang telah saya tulis seperti yg tertera.
Telah setahun berlalu sajak di tulis, tapi rasanya masih boleh diadaptasikan untuk fahami..
ZainalPutra bukan le manusia hebat..
Dia juga manusia biasa..
Membuat kesilapan, bersalah dan berdosa..
Cuma sama2 le kita ingat sebuah hadis Rasullah SAW yang bermaksud:.
"SELURUH ANAK CUCU ADAM(SEMUA MANUSIA) SENTIASA MELAKUKAN DOSA, SEBAIK-BAIK YANG MELAKUKAN DOSA ADALAH ORANG YANG BERTAUBAT"
Saya juga telah membaca komen dari kekawan Ida semua ( mungkin juga kawan saya)
Alhamdulilah, Ida punyai teman dan rakan yg amat bernilai dan beharga. Setiap masa sentiasa terus bersama..
Semoga setiap kata dan nasihat dari semua akan menjadi pendorong kearah kehidupan yg lebih sempurna.
Insyaallah..
salam Naz.
mudah2an kita semua ditemukan apa yg kita cari2 dalam hidup ini..
Salam Zainalputra
akhirnya ida 'bertemu' juga dgn pencarian ida selama bebrapa hari ini..
terimakasih yg tk terhingga,
sajak yg sgt bermakna..dan pandangan yg juga sgt bermakna buat ida..bukan mudah untuk mencari org yg mengerti dgn apa yg kita lalui..syukur..di sini ramai juga yg memahami dan bersimpati..insyaallah muga kebahagiaan berpihak pada kita semua.
salam AL
terimakasih juga atas kunjungan anda.:)
Salam Kak Ida,
termanggu ku seketika..
hmm..wish yg terbaek utk akak..
somtime kehidupan seronok dan kdg kala penuh dugaan..
org sekeliling yg sapot..
yg pnting padaNya Yang Maha Esa dirujuk..InysaAllah dipermudahkn jalan..
seseorg yg ketahuan nyer..
ape dehhh..hahaaa..
sabo yea kak..
(ckp mmg mudah tp bg kita yg rasa,hanya Allah yg tahu..)
nice post kak..
ehee
salam man..sori dah baca komen man ni tp rupanya kak ida tk reply lg.terimakasih man..kaat2 man tu buat akak pun termangu seketika :))
insyaallah akak sentiasa sbr,
Salam Ida,
Nampaknya telah hadir sirna dalam sebuah kehidupan Ida,
Dari tulisan, seperti bunga-bunga cinta sedang mekar akan terus kembang kembali.
Tapi siapa lah si dia blogger bertuah yang menarik perhatian Ida, dan dia pun mencari perhatian dari Ida..dalam kotak email lak tu.
Ahhh..semestinya bukan saya.....
he he..he..
salam zedmagel..
pada awalnya saya rasa begitu..bila bunga2 cinta dh bertunas dlm hati saya dia seolah2 menjauhkan dirinya..
sy sedar sbnrnya mungkin hanya saya yg berperasaan begitu..tapi dia tidak..
saya rasa saya tidak layak buatnya..dia masih muda dan bujang pula sedngkan sy lebih berusia dr dia dan MJ pulak..
dia perlukan zuriat menyambung waris..sdgkan sy tkkan boleh melahirkan zuriat buatnya kelak..
antara sy dan dia umpama langit dan bumi..saya sdg berusaha melupakan dia walaupun perit..
memang sakit nak lupakan org yg pernah bertahta dlm hati kita..
saya sering doakan dia temui bahagia dan dr tulisan2 dia diblog saya rasa dia mng sedang jatuh cinta dgn seseorg tp bukan sy..
p/s dgn zedmagel! hah! jgn..nanti marah org sebelah hehehe..dan sy paling elakkan jd org ketiga kecuali jika Allah dah tentukan.
Post a Comment