Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh cakrawala. Walaupun dalam keperitan dan kepayahan tempahan AL (almond london) tetap mencurah masuk...syukur padaNya kerana perjalananku dipermudahkan..urusan membeli bahan2 AL hampir selesai, dalam kegawatan begini adik yang tinggal di Bangi telah membawa semula keretanya ke sini. Memudahkan tugasku..
Anak-anak masih di kampung, tiap hari aku menghubungi mereka bertanya khabar, rindu sering menggamit hatiku pada mereka..kesepian dan kesunyiaan tanpa mereka buat aku rasa betapa berharganya mereka buatku..Alhamdulillah..aiman dan abdullah zaki seronok tinggal di kampung..tiap hari ada saja aktiviti di perpustakaan Taman perumahan ibu saudara mereka. Kerajaan sekarang lebih perihatin dengan keperluan asas di kampung juga Taman2 perumahan. Di perpustakaan ada disediakan komputer dan berbagai permainan..anak2 tak rasa boring di sana..keselamatan mereka lebih terjamin.
Semalam hampir waktu berbuka puasa aku masih di pejabat..memperoses pinjaman ahli sebanyak 100 orang..proses pinjaman itu mesti aku siapkan sebelum aku bercuti sehari dua ini..faham2lah..sebelum raya ini pinjaman mesti dikeluarkan..masih sempat membuat surat untuk 'mencairkan' simpanan tetap Koperasi sebanyak 1.5 juta untuk membayar pinjaman. Kalau aku lupa 'cairkan' matilah aku..:)) duit dalam bank tak mencukupi untuk mengeluarkan pinjaman. Mudah2an semuanya berjalan lancar.
Dalam merancang memulakan tempahan..masih sempat juga mengupdate blog..:) singgah sebentar2 di blog rakan2..namun aku mohon maaf andai tak sempat ziarah ke semua blog...waktu amat terbatas. Terimakasih pada semua teman2 yang kerap singgah samada memberi ulasan ataupun tidak..budi baik anda tetap tersimpul kemas dalam ingatan.
Insyaallah, hari ini aku akan memulakan tugasku membuat biskut AL..mudah2an aku diberi kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang beberapa hari ini. Bila janji telah dimeterai..kata mesti dikota..aku tak mahu janji tinggl janji melainkan aku benar2 tak mampu untuk memenuhi janji itu.
Aku tak mahu mengucapkan selamat tinggal atau menutup sementara blog, ini sesibuk manapun, insyaallah aku akan ziarah juga...,..di sini aku menghimpun kekuatan dan semangat, di sini aku bertemu sahabat yang memahami jua yang mengerti..di sini aku luahkan segala yang terbuku di hati. Di sini juga aku ingin mencari kebahagiaan yang sejati disamping mencari keredaan Ilahi untuk menuju di sana yang kekal abadi.
Selamat berjuang idalara!!
p/s terimakasih DJEpoi..atas promosi anda..terimakasih ZainalPutra..atas kata2 semangat dari anda, terimakasih semua sahabat yang tk jemu memberi kata2 semangat..terimakasih AL untuk segalanya.
17 comments:
salam kak ida..
selamat berpuasa..semoga terus maju jaya di bulan yang mulia ini..
salam...idalara,
moga rezeki idalara semasa ramadhan ini sentiasa mencurah-curah..insyallah..
tq singgah di setiap entri anaklaut..
dahulukan apa yang perlu didahulukan...
hidup ini kadangkala tak semuanya indah
andai indah segalanya maka tak bermakna hidup.
perjalan hari ini untuk kita di kemudian hari..
dan untuk hidup kita perlu ada strategi..bukan sekadar membawa diri
salam kak ida..
selamat berpuasa..
n selamat berniaga..
smoga berkat bulan mulia ni akan melariskan jualan akak..
buat bisnes AL ke? nk tny kak ida knp AL sy coklat die senang lembik.. ade ramuan rahsia ker nk wat coklat tu x mudah cair
Salam kak Ida, moga akak diberi kesihatan dalam menyiapkan tempahan AL yg banyak itu. Hmmm..agak2 1st batch AL bila siapnya kak? x sbr nak ngap. huhu..
salam cik amy
selamat berpuasa..insyaallah.
salam al
terimakasih..insyaallah..mudah2an doa dr rakan.
salam mamai
kdg2 tak tahu mana mahu didahulukan,semuanya rasa penting..
terimakasih indah sungguh kata2 mamai..
salam dik myna
insyaallah myna..rezeki dimana2pun ada andai kita berusaha.
selamat berpuasa
salam kakna
yup..kak ida ambil tempahan al..mungkin kakna letak temapt yg panas kot..lagi satu lepas biskut disalut dgn coklat dan ditabur badab,masukkan 1min kedalam peti sejuk,kemudian baru keluarkan.
selamat mencuba.
salam cik skaf..
belum siap pun lagi..
insyaallah awal minggu ketiga puasa baru siap.
salam kak ida..
cayalah !~
hmm salam kemerdekaan untuk kak ida :)
maaf lame x jenguk akak.. :)
Moga Allah murahkan rezeki kak ida ..
InsYA
salam...idalara,
tq singgh anaklaut..semua ulasan oladara sangat anaklaut hargai..
p/s: nampak kira untung banyak jual kuih AL tu..:))
salam AL..
ye ke..terimakasih lah kalau gitu..
p/s alhamdulillah ada lah untung sikit2 lepaslah buat belanja pada hari raya nnti.
Yes!! suka bangat dengar kata-kata 'Selamat Berjuang Idalara'. Moga kata-kata ini akan terus bersama kak ida.
Kak ida, betul tu. Blog adalah satu ruang utk kita berbicara ngan diri dan teman-teman. Dengannya kita dapat lapangkan dan tenangkan fikiran dan hati.
salam cikgu rashid
kak ida sering ucapkan kata2 semangat untuk diri kak ida sendiri..
suka atau tidak di sinilah kita berbicara bercerita...
Post a Comment