Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, August 18, 2009

Apa Kena Dengan Diriku?




Aku sendiri tak tahu apa yang melanda diriku, seolah telah hilang rasa, hilang semangat dan hilang mood untuk hidup...oopps..tidak!!..bukan hilang mood untuk hidup :)) kalau hilang mood untuk hidup, apa akan jadi pada anak2ku?....Sebenarnya hilang mood untuk terus menulis di sini..ntahlah..semenjak dua menjak ini aku rasa telah kehilangan seri hidupku..,aku rasa tiada teman setia yang sudi menyapaku di sini.. maafkan aku teman..sebenarnya hanya perasaanku begitu..ramai yang masih sudi menjadi sahabatku di sini..:))

Sebenarnya aku terlalu penat..aku terlalu letih..hidupku hanya untuk anak-anak, kerja dan kerja.....mungkin kerana aku sudah lama tidak dipeluk oleh seorang kekasih@ suami..hahahaha...aku masih waras jika mahu dipeluk oleh seorang kekasih....(menurut Anaklaut itu adalah terapi untuk awet muda dan terapi minda juga barangkali) kebarangkalian itulah menyebabkan aku terlalu letih, penat dan hilang semangat..sorilah..aku tersasar..agaknya kekurangan kasih sayang dari sesorang (melainkan anak2) juga buat kita jadi begini..:)) betul ke?

Sehari dua ini aku di serang migrain lagi..terlalu banyak benda yanag berlumba-lumba masuk dalam kotak fikiran maka otak ku tak dapat menerima, maka ia jadi sakit..nak jumpa doktor?..ah..ramainya orang sakit dalam klinik buat aku tambah sakit.. aku hanya berdoa muga kesihatan ku pulih sebelum Ramadhan menjelma..aku mesti sihat..list tempahan AL @ almond london sudah berderet..dalam migrain pun tadi aku sempat ke Bangi membeli bahan2 AL..esuk 2 botol harus aku siapkan untuk seorang wanita mengandung..nak makan sebelum terbersalin..:))

Penat...sampai di Nilai hujan menggila turun..seolah tak benarkan aku balik..Alhamdulillah, berkat doa anak2 hujan reda dan sku selamat sampai ke rumah waktu maghrib.

Mungkin juga aku rasa sudah lama tidak memeluk mak dan abah..(sebulan ada rasanya aku tk balik jenguk mak abah)..tak pe..22Ogos ni bersamaan 1 Ramadhan aku akan pulang ke kampung..tak kisahlah penat2 naik train naik bas..semangat nak berpuasa dengan mak dan abah berkobar2 rasanya..hanya waktu itu yang dapat aku luangkan buat mak abah..selepas ini aku mula sibuk dengan tempahan Almond London, dan jika diizinkan Hari Raya barulah aku pulang lagi..mak abah..tnggu kepulangan anakmu..:))

Mungkin sekembalinya aku dari kampung semangatku akan pulih semula..maafkan aku teman..kadang2 aku tak dapat lari dari merasa kehilangan semangat..aku tahu kamu semua masih di sini memberiku kata2 semangat agar terus tabah dan kuat..insyaallah..aku akan kuat..aku hanya berdoa muga aku diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ini... dan dapat menyempurnakan tempahan almond londonku..



p/s Buat Ieyra..terima kasih kerana tak putus2 menghantar SMS buat auntie..ieyra buat auntie terhibur dan ceria..insyaallah satu masa nanti kita pasti bertemu.

36 comments:

Naz said...

mungkin Akak penat dan sunyi... x per, anak2 ada sebagai pengubat...

Idalara said...

salam.Naz..
anak2..itu saja yg ada..agaknya klau dia org tkde..apa akan jd pada kak ida kan..

anaklaut said...

salam...

idalara tidak kehilangan sahabat..dunia maya dunia kita bersama.ramai sahabat2 yang baik di dunia maya ni.

setuju dengan naz, anak2 adalah pengubat masa kesunyian, merekalah harta yang paling bernilai dan yang akan mendoakan kita bila kita tiada lagi..idalara untung, anaklaut tiada sapa2 lagi.

moga allah swt memberi rahmat pada idalara..amin

Beruwang said...

la dah lalu nilai kenapa tak call.. bole saya anto...



ida.. kesunyian memang tak akan lari dari kita yang keseorangan. kekadang dalam keriuhan kita tetap rasa sunyi.
berbanyak bersabar dan ingat ida tetap masih ada ramai kawan di alam maya ini..

selamat berpuasa...

Kakcik Seroja said...

Salam Ida.. w/pun ida x update blog ni, kakcik dtg juga menjengah...

bagi kakcik pula.. terlebih dipeluk pun boleh membuatkan kakcik migrain dan setengah gila... tak suka..tak suka..tak suka... hehehehe....(hehehe pun.. ini kenyataan serius tau!) :)

birU said...

salam idalara...

bagi biru,

idalara tidak sendirian
kerana ada anak2
walau mungkin hati sunyi
tapi percayalah, idalara
masih ramai diluar sana yg lebih teruk dari ida,
lebih sunyi dari ida
lebih berseorang dari ida..
mereka2 tiada juga suami disisi
apa lagi anak2 sebagai penyeri
mereka juga sendiri..

ida,
ida untung ada kekuatan untuk berniaga
ada kudrat dan kelebihan diberi tuhan
cuma,
majukan diri lebih setapak
cuba usahakan ada kenderaan
mungkin ida akan lebih rasa kedepan
cuba la usahakan...
hehehh =)

ps:
birU lagi ALONE

Anonymous said...

ERM?

saya doakan idalara sihat.jgn difikirkan terlalu banyak masalah hingga membawa kepada migrain.

berfikiran ceria genbira walaupun hakikatnya tiada...lihatlah anak2 disekeliling idalara insyallah dengan karenah mereka akan terubat sunyinya

jodoh maut ditentukan allah tetapi sentiasalah berdoa kepadanya moga akan hadir insan yg dinantikan utk menceriakan hidup idalara..

jgn putus asa...

doa saya moga idalara sihat kembali ceria...

Naz said...

Waalaikumsalam Kak Ida...
hmm... perkara yg x terjadi, x payah fikir Akak.. life must be go on. ujian2 yg diturunkan tu, sebagai ujian. kalo pas2 ni hidup Akak bertambah senang dan bahagia, itu pun ujian juga... yg penting, syukur dengan apa yang ada... (utk diri sy sendiri juga..)

abu muaz said...

Salam.Apa pun kehidupan mesti diteruskan.

Eta LaZiM said...

KaK iEda:

REHAT mau cukup juga kak...

Jaga Kesihatan yer....

Abeli Rosli said...

salam ziarah n salam kenal.. kekadang mood kita datang dan pergi .. dalam diri .. semangat yang kuat serta azam yang jitu.. melawan arus yang membadai.. semuga sucess...

Abeli Rosli said...

salam ziarah n salam kenal.. agar sentiasa bersemangat...

Abeli Rosli said...

salam ziarah n salam kenal... semuga ceria...

mamai said...

jgn terlalu memaksa diri kelak merana kemudian hari...

bersyukur apa yang ada pada hari ini
tak salah berusaha tapi jgn memudaratkan diri...

mungkin kita fikir untuk anak-anak tapi seandainya sesuatu tak dingini berlaku pada kita bagaimana pula anak-anak nanti...

mamai said...

jgn terlalu memaksa diri kelak merana kemudian hari...

bersyukur apa yang ada pada hari ini
tak salah berusaha tapi jgn memudaratkan diri...

mungkin kita fikir untuk anak-anak tapi seandainya sesuatu tak dingini berlaku pada kita bagaimana pula anak-anak nanti...

fadzilah said...

salam akak...
semoga akak akan kembali ceria seperti selalu..
jgn sedih2 ye..

Idalara said...

salam al
kdg2 rasa keeorgan seperti kehilangan sahabat dan teman...muga al dan semua yg singgah di sini adalah sahabat saya masa susah dan senang..
anak2 adalah pemnangkin semangat cuma kdg2 anak2 tak mengerti apa yg melanda hati dan perasaan org dewasa sprt kita..
rasanya al juga tk keseorgan..malah al terlalu ramai teman2 di sini.

terimakasih menjadi sahabat sy

anaklaut said...

salam.Idalara,

pelukan ibu terhadap anak-anaknya adalah tanda nilai scucinya kasih dan sayangnya seorang ibu pada anak-anaknya. moga idalara bahagia selalu disamping anak-anaknya..amin.

Idalara said...

salam kakcik
terimakasih kerana menjadi pengunjung setia di sini..
gelak bc kata2 kakcik..bila terlebih dipeluk ni mng amat membosankan kan...

Idalara said...

salam biru..
wah..terkesima membaca kata2 biru..
ye lah kdg2 ida seperti lupa apa yg ida ada..patutnya ida bersyukur kerana ada anak2 dan kawan2 di sini..

insyaallah..kekuatan tu pasti ada bila teringatkan anak2..

biru still alone?..carilah teman istimewa cepat2.

Idalara said...

salam aireel
kdg2 cuba kosongkan minda..namun lagi dicuba lg menyesak jiwa...berfikiran ceria gembira walaupun hakikatnya tiada..hmmm.sukar juga melaksanakannya..kan..
anak2..insyaalah kerana mereka kehidupan tetap akan diteruskan..

jodoh?..hmmm..sudah malas difikirkan.

Idalara said...

salam naz
mudah2an apa yg naz katakan itu jd satu doa..muga semua kita akan temui apa yg kita cari..

Idalara said...

salam Abu muaz
ye..apa pun yg dilalui life must go on..terimakasih singgah dn beri kata2 semangat

Idalara said...

salam mamaqaypo
betul kata mama tu..tp kak ida ni terlalu padat jadual..nak pulak tu bila dah bercuti..tmbh melambak2 keja..

Idalara said...

salam abelitokjoro
terimakasih singgah beri bnyak kata2 semangat buat saya.
nama pun manusia..tak dapat lari dari segala rasa ini..namun insyaallah kekuatan dtg dari kemahuan hati..bila hati mahu semua akan jadi.

terimakasih dan salam kenal

Naz said...

sy doakan dan aminkan segala yg terbaik utk Kak Ida... :)

Idalara said...

salam mamai
terimakasih..kdg2 kata2 nasihat dan pandangan dr kwn2 membuka matahati kita..kdg2 terlalu mengejar kehidupan..kesihatan diri diabaikan..

ye..apa akan jd pada anak2 jika berlaku sesuatu pada kak ida.

Idalara said...

salam fadzilah
terimakasih sudi singgah..insyaallah kak ida akan ok..

Idalara said...

salam al
hnya pelukan seorg ibu bisa mendamaikan jiwa anak2.

Idalara said...

terimakasih naz..
doa kak ida buat naz juga..muga naz akan bahagia dunia dan akhirat..amin.

Cik Skaf said...

kak Ida, pelok anak-anak kak, tiap2hari, 1 hari 4x :) terapi juga tu kan..

Rashid said...

Salam

kak ida, sayapun pernah rasa sebegitu. Dalam kesibukan kerja kadangkala kita masih dihimpit kesunyian. Sepi sesepinya. Sepi itu kita saja yang tau..

Bagi saya, apa yang kak ida cakap itu ada juga benarnya. Kita perlukan seseorang utk bersama. Untuk 'memeluk erat' agar kita tak rasa keseorangan dan keterasingan.

Apapun saya doakan kak ida kuat dan tabah tabah .. kuatkan diri itu. Saya tau kak ida mampu dan percayalah, banyak hikmah di sebalik semua ketentuanNya.

Idalara said...

salam cik skaf..
anak2 ni bila besar sikit mulalah lari2kan diri nak dipeluk..tp kak ida peluk juga..sbb nak peluk sape lagi kan?:)

Idalara said...

Salam cikgu rashid
apa yg kita rasa adalah serupa kerana kita hnya insan yg memerlukan antara satu sama lain..
namun segalanya adalah ketentuan ilahi..insyaallah kak ida tetap tabah dn kuat hadapi segalanya..

terimakasih singgah dn beri ulasan yg sgt terkesan dihati.

ZainalPutra said...

As,kum.
Dari apa yg saya baca dari komen kawan2 Ida semuanya baik2 belaka.
Apa pun saya rasa ade satu komen tu yg cukup bernilai, mungkin dia sendiri melalui jalan ini maksudnya jalan yg dilalui oleh Ida, Sebab tu nampak begitu sensitivity kearah apa yg dirasai oleh Ida..
Mungkin ramai yg tidak dapat merasai apa yg dirasai oleh Ida, Sebab tu kita lihat agak mendatar je komen masing2..maksudnya seolah2 sekali lalu begitu. tidak cuba untuk menyelami isi hati atau perasaan yang sedang bermain dalam jiwa Ida..
Oleh itu sukalah saya mengajak semua teman dan rakan disini cuba menyelami apa yang sedang ditanggung oleh Ida.
Pada saya perasaan ingin kasih atau dikasihi merupakan perkara pokok dlm kehidupan kita..
Tak kiralah samada sesama makhluk atau pun dengan Yang Maha Pencipta..ia itu Allah SWT.
Sebagai Insan yakni HambaNya kita sanggup melakukan apa saja , sanggup berkorban duit ringgit, jiwa raga,waaima nyawa sekalipun atau apa saja semata2 untuk mengejar erti kasih dan sayang dari Nya iaitu Allah SWT.Tuhan semesta Alam.
Kita sanggup tunduk bangkit lima kali sehari, berlapar dahaga sebulan bukan sehari iaitu puasa, kita sanggup menghabiskan ringgit, masa bersusah payah ketanah suci , sanggup berkorban nyawa semata2 mempertahankan agama dan apa sahaja demi untuk mendekatkan kita kapadaNya.
Tapi semua itu akan menjadi sia2 begitu saja. bila apa yang kita lakukan itu tempat tujunya tidak jelas dan kekaburan.
Maksudnya semua amal Ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan tidak akan sampai kapada Al khalid (Allah SWT) kerana kita tidak mengenali Nya secara mutlak..
Oleh itu hendaklah kita mencari siapa sebenarnya Dia yang kita sebut, yang kita niat, yang kita lakukan semua Ibadah dan kerja2 kebajikan tadi..
Hendaklah kita mengenali Dia terlebih dahulu. Sebelum semua amal Ibadah kita dapat sampai kapadaNya..Pada waktu itu barulah kita akan dapat rasa bagaimana kasih sayang Dia Yang Maha Agong, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Penyayang itu betul2 berada bersama dengan kita.(Telah sampai kapada kita.)
Begitu juga dengan masalah Ida..
yang mengharapkan kasih dan sayang, ingin belai dan dibelai dari seseorg yang bergelar seorg kekasih(suami).
Pokok utamanya perlulah kita mencari dulu siapa orgnye,Dimana, Bagaimana,Kemana arah tuju hidupnya dan siapa dia..Setelah itu kita perolehi, perlulah pula kita merintas jalan kearahnya..Kita bukan menjadi penanti atau penunggu disudut ini(sudut kesepian).Kerana apa pun kena cari dalam hidup kita..
Selepas itu baru kita persembahkan segala yang tersirat kapadanya setelah kita mengenalinya.
Jangan lupa Syaidatina Khadijah menghantar utusan untuk mendapatkan Rasulullah sebagai suaminya..
Yang penting beberapa perkara pokok tadi diambil kira..
Oleh itu saya percaya, sekiranya langkah diatur dengan sempurna, gerak kerja kerana Allah, Insyaallah di penghujung sana sedang tegap berdiri menanti kehadiran Ida..Kesepian Ida selama ini akan terlerai jua akhirnya..
Pesanan terakhir..Sesudah kita miliki apa yg ada pada kita, jangan kita harapkan yang akan datang itu lebih baik dari yang sudah sedia kita miliki ini. Jagai lah, bajailah, pupuklah ia sebaik mungkin.Semoga Bahagia kan kekal hingga akhir masa kita.
Itu doa saya. Aaamiiiin Yarabbal'alamin. Insyallah.

Idalara said...

salam sdr zainalputra
wah terkesima ida membaca komen zainal yg pamjang lebar..
mengalir airmata membacanya..
sungguh zainalputra seorang yg sgt perihatin..memahami apa yg melanga hati dan jiwa ida..terimakasih..tulisan yg ida rasa sgt ikhlas sgt memberi kesan di hati ida,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...