Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, August 17, 2010

Pegang lah api....

Ada seorang yang sangat soleh patuh kepada perintah agamanya dan sentiasa menjaga diri daripada segala rupa maksiat dan keburukan, sehingga pada satu malam terlintas di dalam hatinya hendak berzina dengan seorang wanita jelita kerana terpesona dengan kejelitaannya.

Kebetulan pada ketika itu , disampingnya ada sebuah pelita yang baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu. Maka dia pun terus menajamkan pandangannya kepada api yang sedang menyala-nyala pada sumbu pelita itu.

Kemudian dia berbisik pada dirinya sendiri :
"Engkau mengajak aku melakukan perbuatan terkutuk dengan wanita itu? Baiklah! aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yang menyala itu, kiranya ia tahan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu".

Maka orang soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu tadi. Dia cuba menahan diri dari kepanasannya, sehingga hampir-hampir nyawanya akan tercabut kerana tidak tahan panas yang dideritanya itu.

Lalu segeralah dia berteriak: "wahai jiwa, tahniahlah engkau! rupanya engkau tidak tidak tahan. Ini baru daripada kepanasan api dunia engkau sudah tidak tahan, padahal api dunia ini telah disejukkan oleh Allah SWT dengan air sebanyak 70 kali agar manusa boleh bertentang dengannya. Kalau hanya menghadapi api dunia, engkau sudah tidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yang panasnya 70kali ganda lebih dahsyat daripada api dunia ini"

Lalu orang soleh itu pun berpaling daripada niatnya yang mula-mula tadi. Sejak hari itu hatinya tidak pernah diganggu lagi oleh lintasan buruk seperti itu.

"janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat" - Aurah Al ISraak -ayant 43.

26 comments:

Pengasas said...

Salam Ida,
Tauladan yang sungguh baik.
Meninggalkan kejahatan, ada kalanya, lebih mudah dari membuat kebaikan.

en_me said...

insaff kannns..

azieazah said...

IDA, terimakasih berpesan-pesan dan berkongsi info.

CITY® said...

salam,

tq tazkirah ...
mmg syaitan luar dan dalam tak pernah berhenti dgn agendanya menyesatkan anak adam...

Unknown said...

salam Ida...

seronoknya andai jiwa kita se mantob jiwa "org soleh" tu .

Kamsiah yusoff said...

salam
berpeganglah pd ajaranNYA...nescaya selamat dunia dan akhirat

g3n said...

tazkirah sempena Ramadhan ni..
bagus2..
truskan..
semoga hidup kita akan sentiasa diberkati Allah..=)

by MyToha.com

Nizam Awang Brahim said...

Lame dah koi tak dengor cerite2 macam ni.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bagi org beriman, tidak perlu melalui segala mara bahaya yg Allah SWT larangkan hatta sehingga mendengar ayat2 Allah SWT sudah cukup menggegarkan jantung2 mrk spt dlm Surah AlAnfaal:2 إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Apatah lagi apabila membaca Surah AlBaqarah:123 وَٱتَّقُواْ يَوۡمً۬ا لَّا تَجۡزِى نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يُقۡبَلُ مِنۡہَا عَدۡلٌ۬ وَلَا تَنفَعُهَا شَفَـٰعَةٌ۬ وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ Dan takutlah oleh kamu akan (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat menebus atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara)
Wallahualam
p/s Selamat Menjalani Ibadah berpuasa semoga beroleh ketaqwaa, InsyaAllah.

SarahZainuddin said...

gud entry.1st time tahu api dunia disejukkan 70x..jahilnya diri ini..huhu..btw,thanks for sharing=)

lumut said...

terima kasih berkongsi...=)

muzik dekat page ni best...

selamat menjalani ibadah puasa...=)

Unknown said...

thanks kak ida berkongsi ilmu...
moga kita sama2 tingkatkan amal kita

zedmagel said...

Sesungguhnya lelaki itu masih didalam rahmatNya jua. Bersyukurlah....

Idalara said...

Zedmagel
alhamdulillah bersyukur kerana di bawah lindunganNYA

Idalara said...

khairul azmi
sama2 kita mengambil yg baik2 dari Allah

Idalara said...

fiqfrozen
mudah2an hati kita tak sebeku ais di antartik..
terimakasih.

Idalara said...

purplepolaris
saya pun dapat tahu dari pembacaan..pun terlalu jahil dn kekurangan..sama2lah berkongsi yg baik.

Idalara said...

Waalaikumsalam sdr Tajnur
terimakasih singgah dn memberi tazkirah yg sgt baik..

yg baik dtg dari Allah dan yg serba kekurangan adalah dari saya jua.

Idalara said...

jejaka desa
kena kerap2 baca dan dengar untuk pengisian minda..

Idalara said...

My toha..
mudah2an kita sama2 dapat menjadikan iktibar.

Idalara said...

salam kamsiah
AlQuran dan Sunnah jadi pegangan insyallah bahagia dunia akhirat.

Idalara said...

waalaikumsalam ummihumaira
bukan mudah nk menjadikan jiwa se mantob begitu..mudah2an kita sentiasa dalam perlindungan Allah jua.

Idalara said...

waalaikumsalam biru
syaitan pernah berjanji untuk menyesatkan anak adam...apa cara dan di mana saja..kitalah yg kena sentiasa mempertahankan keimanan kita.

Idalara said...

Azie..
insyallah, yg baik kita jdkan panduan,yg buruk kita tinggalkan.

Idalara said...

en_me
mendengar kisah2 begini mng menginsafkan..

Idalara said...

Waalaikumsalam prof@pengasas
mudah2an jd tauladan buat kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...