Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, August 03, 2010

Mereka Yang Ku Kenal...

Bismillah..

8 Mac 2008...lahirlah satu blog yang ku beri nama 'idalara', waktu itu nama ini cukup sinonim dengan diriku kerana keadaanku waktu itu yang masih terumbang ambing dan bagaikan layang2 terputus talinya...'ida' singkatan dari namaku dan 'lara' kerana beberapa tahun itu aku sering berada dalam keadaan sedih pilu dan rawan maka 'lara' paling sesuai untuk menggambarkan diriku waktu itu.

Alhamddulillah..lara itu telah lama sirna dari hidupku dan aku kini bahagia dengan apa yang Allah kurniakan kepadaku dan anak-anak....kerap ada yg bertanya mengapa menggunakan nama 'lara'..bukankah itu akan mengundang situasi sedih pilu dan rawan..sebenarnya tidak...itu hanya nama yang sudah teramat serasi denganku bukan mengambarkan keadaan diriku sekarang..

Selama 2 tahun lebih blog ini bernafas...Alhamdulillah aku sudah ada 252 pengikut (setakad malam ini) dan mugkin ramai juga silent readers yang singgah di 'rumah'ku ini...rasa terharu dan gembira setiap kali menjenguk 'rumah' ini ada tetamu datang bertanya khabar..kadang2 aku tak sempat membalas balik kunjungan kerana waktu yang amat cemburu..maafkan aku...insyallah aku pasti kunjungi semula bila ada waktu yang banyak.

Di sini..ramai yang aku kenal..berbagai rupa dan ragam, ada yang kerapkali singgah bertanya khbar walaupun kadang2 aku tak sempat membalas balik kunjungan, ada yang tak jemu2 memberi komen dan pandangan membina (jutaan terimakasih) dan ada juga sesekali memberi komen yang agak pedih (terimaksih juga) aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.....

Bila waktu mengizinkan aku akan berblogwalking ke rumah teman2 blogger..follow dan bagi salam...kadang kalau sempat aku beri komen ringkas di entry mereka..bila mereka balas kunjungan dan menjadi pengikutku, aku akan meletak link mereka di blogku..dan sesekali singgah di blog mereka...jika ada waktu lebih kerap aku singgah...

Kadang tu aku singgah di blog blogger yang ada nama, yang famous, yang ada pengikut ribu2..follow dan bagi komen...sekali, dua, tiga....namun hampa kerana kehadiranku bagai semut hitam di malam pekat,..ye lah..siapalah aku....tidak glamour dan tiada nama....kesian kan......kehadiran sudahlah tidak diundang, tidak dipedulikan pula....takpelah..masih ramai yang sudi menerimaku...

Selain dari diaryku....di sini aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku alami, apa yang berlaku di sekelilingku....sebagai manusia biasa yang lemah dan kerap melakukan kesilapan pasti aku ada (sengaja atau tidak sengaja) melukakan hati teman2 samada di blog atau diluar sana...yang mungkin juga terkena tempias dengan apa yang aku tuliskan di entri...aku mohon maaf dan insyallah selepas ini aku akan lebih berhati2 bila mahu menulis di sini...muga tiada hati-hati yang terasa dan terluka.

ps...apa ada pada nama....jika tiada budi dan bahasa.

20 comments:

azieazah said...

Copy n Paste:

Kadang tu aku singgah di blog blogger yang ada nama, yang famous, yang ada pengikut ribu2..follow dan bagi komen...sekali, dua, tiga....namun hampa kerana kehadiranku bagai semut hitam di malam pekat,..ye lah..siapalah aku....tidak glamour dan tiada nama....kesian kan......kehadiran sudahlah tidak diundang, tidak dipedulikan pula....takpelah..masih ramai yang sudi menerimaku...


SETUJU, SEBAB SAYA PUN PERNAH KENA GITU, WALAUPUN BUKAN SEMUA, TAPI BANYAK/RAMAI....

Tahniah IDA... semoga terus menulis berkongsi info dan pengalaman.

Nizam Awang Brahim said...

Rodong ramei diangin lalu.Rodong sedikit kunjungi selalu.Kekadang kite juge begitu.Sampei terlupe mengetuk pintu....

Kakcik Seroja said...

Salam Ida..

sejujurnya, kakcik JARANG SEKALI singgah di blog yang TERNAMA apalagi meninggalkan jejak kerana kakcik sedar diri. Jadi biarlah, kakcik berlegar2 di kalangan mereka yang sudi menerima kunjungan kakcik tanpa curiga. :)

Kamsiah yusoff said...

salam ida...
ni nak kena tukar nama blog la ni-idaceria...:)
semog aida tabah menghadapi kehidupan bersama anak2...

FaAtip said...

selamat meneruskan berblog...ramai follower tuh! :D

piewahid said...

samalah kita. hanya blogger picisan yg cuba bkongsi peristiwa dan rasa.
tpulanghlah kpd yg sudi menerima...

(wah, terbawa2 gaya idalara berbahasa, he3)

mamawana said...

Salam Ida...

Cakkkk....cantik umah...

Kak Amy said...

salam kak ida...

semoga akak akan terus berblogging dan jangan di kisahkan pada mereka2 tue kak...

Unknown said...

sy panggil kak ida la yea...
salam perkenalan...
erm..akak dah bnyk pengalaman ttg blog..sy bru je nk belajar...
erm...biasa la..bila dah femes..kita2 ni yg xbrape femes x dipandang..
erm tpi x blh jgk naak salahkan mereka..mungkin ramai sgt yg jenguk mereka..jdi xde masa kot nak balas kunjungan...
apa2 pun...teruskan berblogging selagi kita mahu..

Idalara said...

salam amy syaquena
insyallah...selagi termampu...

Idalara said...

salam mamawana..
ni rumah nak puasa..nnati rumah nak raya lain pulak...:))

Idalara said...

salam piewahid..
yup...terlalu kecil di kalangan yag besar...namun kita tetap kita...

ps...idalara ni kdg2 jiwang2 juga...

Idalara said...

salam Fa'atip..
insyallah..alhamdulillah..kira2nya tk berapa glamer tapi tetap ada pengikut kan...

Idalara said...

salam kamsiah..
hajat hati nak tukar tapi kerap sgt tertangguh..sudahnya kekal lah idalara.

insyallah..terimaksih kam..

Idalara said...

salam kakcik sayang..
tu lah ida ni mahu mencuba..hingga mereka ternampak...namun tak nampak2 juga...jadi kiranya ida pun kena sedar diri juga..:))

Idalara said...

jejaka Desa..
:) rodong tu apa ye....
berul lah tu..kdg kita pun jarang ke rumah org manakan org nak ke rumah kita...

Idalara said...

salam azie..
serik rasanya...ada tapi tak ramai...bila dah kena mcmtu pandai2lah kita sesuaikan diri...

Idalara said...

salam Azmi
nak panggil ibu atau auntie pun boleh..sbb kak ida rasa azmi lenih kurang sebaya anak sulung kak ida.
lama tak lama tp tak bnyk juga pglaman kak ida dlm berblog ni..bnyk yg kak ida tk pandai lagi..azmi org muda lebih pandai dan bnyk tahu...insyallah cepatlah ada peminat nnti...

betullah kata azmi tu...kalau komen pun beratus mana nk perasan kitakan...

Rashid said...

salam

kak ida. Kita seadanya.. hadir sekadar berkongsi kisah. usah sedih jika tangan yang kita hulurkan tak disambut kerna memberi itukan lebih baik daripada menerima ..

Sekadar berkongsi sesuatu ngan teman-teman maya..

Idalara said...

waalikumsalam rashid

ye..kitapun kdg2 tak sempat membahagi waktu yg sgt padat..dan kerap terlupa pd teman2 yg jauh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...