Doktor Fadillah Kamsah cakap...kalau nak datang keje esuk dengan ceria, sebelum tido set dalam kepala (niat) "Ya Allah andai aku panjang umur esuk, aku mahu bekerja dalam keadaan ceria dan pekerjaanku berjalan dgn baik dan lancar, tapi andaikata umurku tak panjang maka aku mohon kau matikanlah aku dalam iman" (gitu lah kira2nya)....bila aku dah ikut petua Dok Fadilah Kamsah..memang betul..aku rasa ceria dan bersemangat nak pegi keja pagi ni....
Sebelum ke tempat keja aku dah pekena dulu satu mug kopi radix...barulah segar dan ceria, jap lagi aku ke ofis, hari ni nak masuk pukul 10 pagi...(ofis sebelah pintu je 5 minit lagi sebelum pukul 10 aku pegi)
Ada orang tak suka bekerja waktu orang lain cuti..sebaliknya aku, aku memang suka bekerja semasa orang lain cuti kerana tiada gangguan dengan panggilan telefon dan sembang2 ofismate....aku juga dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja2 yang aku buat..(al maklumlah buat bank recon ni kena fokus).
Antara keja2 yang aku dah set dalam kepala nak buat hari ni :
1. Bank reconcilition Mei dan Jun - (dah ogos ni)
2. Bayaran dermasiswa - sumbangan kepada anak anggota yg cemerlang dalam peperiksaan
3. Key in dalam sistem - bayaran pembiayaan Bai Al Inah (pinjaman peribadi)
4. Buat bayaran pembiayaan Al Baithaman Ajil - pinjaman barangan.
tu dia...ada 4 keja2 yang semuanya agak wajib aku settlekan sebelum Isnin...ok lah aku rasa dah nak pegi dah...mudah2an aku dapat siapkan keja2 ni sebelum pukul 4 petang, insyaallah...(insyallah petang ni nak ke putra jaya dengan mimi, tguk expo dekat masjid Tengku Mizan)
daaa.....
15 comments:
Kalau kakcik submit borang untuk apply loan kat Ida Isnin ni, Selasa boleh dapt tak pinjaman tu? Hehehe.. :)
boleh kakcik..tapi kena bagi ida 10 persen...rahsia tau syyyy....hahahaha
Untunglah kerja dekat aje. Saya kerja di rumah aje. Lagi tak payah keluar rumah hehehe
Mai secawan (kopi radix tu) ngeeee
wahh...YB lagilah untung...takyah nk tukar baju..tak yah kuar duit minyal..pakai kain pelikat pun boleh buat keja dah...ngeee..
bukan kata secawan, bercawan2 pun bisa aja...
ida..menjadi ke ida..akak nak cuba juga nanti tu..nak ceria bekerja.lebih2 lagi dibulan puasa nanti..
Salam ida
Betul tu nasihat Dr. Fadzilah Kamsah. Mama pun ikut amalkan. Hidup lebih ceria. Dulu mama gila minum kopi, sejak 3 tahun lalu dah kurang minum kopi..pagi2 kena minum jus buah2an. Senang flush ...ihiksss....
hahaa..kak ida..
ingt kembali cinta dulu2..
haha....
semoga istiqamah dalam bekerja, mencari redha ilahi
salam,
yup betul
sebelum nak tido tuh
lepas baca2 doa2 apa yg patut
setkan dalam paler, esok nak bangun solat subuh, blabla.. maafkan semua orang. senyum then tido la. esok insyaAllah akan terjaga walau tak kunci jam dan bangun dengan senyum hehhehe...
Waalaikumsalam biru
doa tu paling penting...mng betul..bila dah set dalam pale esuk mudah je nk bangun tido..bangun dgn ceria..
imanshah..
insyallah..istiqamah itu penting dalam mencari keredhaan Ilahi.
Khairul Azmi
nama atau tempat memang boleh mengemalikan kenangan lama..lebih2 lagi kisah cinta..ngeee..
waalaikumsalam mama
ida memnag suka dgr celoteh Dr Fadilah...semuanya bagus untuk dipraktikkan.
ida ni tk dpt kopi radix rasa kurang je...hihi
kak erna..
cuba praktikan insyallah pasti menjadi..yg penting doa dan niat.
aku xleh pekena kopi awal pagi nanti sakit... dalam pukul 9 gitu baru leh minum... huuhuhu
BlogLeaderTalk
Post a Comment