Bismillah..Banyak tidur adalah antara sifat yang perlu kita jauhi. Kerana orang yang terlalu kerap tidur terutamanya pada waktu siang akan melemahkan semangat untuk bekerja dan beramal ibadat. Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari hendaklah dibahagikan kepada 3, iaitu 8 jam untuk beribadat, 8 jam untuk mencari nafkah dan 8 jam untuk istirehat dan tidur.Jika seseorang tidur mulai jam 10.00 malam hingga 8.00 pagi esuknya dan disambung dari jam 1.00 tengahari hingga jam 5.00 petang, maka dia telah tidur selama 14 jam. Sepanjang waktu dia tidur itu dia telah meninggalkan solat Subuh dan Zohor...tubuh badan juga menjadi lemah dan tidak bermaya akibat dari terlalu lama tidur.
Sikap terlalu mementingkan agama hingga melupakan kewajipan dan tanggungjawab kita di dunia juga tidak baik. Janganlah terlalu menyusahkan diri hingga tidak lekang dari sejadah, berzikir dari pagi hingga tengahari kemudian disambng dari malam hingga ke subuh.Ada juga yang mengasingkan diri dari keluarga hingga lupa memberi nafkah zahir batin pada isteri dan anak-anak.
Dalam pada itu sikap terlalu meringankan azab dan siksaan Allah juga dianggap tercela, sikap acuh tak acuh dan memandang rendah hukum dan tegahan Agama menyebabkan seseorang tidak takut membuat maksiat dan kejahatan.
"buatlah 5 perkara sebelum 5 perkara:
1. Peluang masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa Kaya sebelum miskin
4. Masa lapang sebelum sibuk
5. Masa Hidup sebelum mati
ps Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bangun setelah tidur malamnya....
22 comments:
memang betul. pengalaman IM masa kecil tidur melemahkan badan.
tidur sewaktu matahari naik juga boleh menyebabkan migrain.
salam ida..alhamdulillah..kita diberi peluang untuk bernafas lagi dimuka bumi ini..
ida..pandai ida letak gambar ni n3 ni..boleh buat orang tersenyum..belum baca lagi dah tersenyum ..
kita tak sedar tentang 5 perkara itu... atau buat-buat tak sedar.
Salam Ida..
nampaknya di bulan Ramadhan ini, kakcik tak berpeluang melanjutkan waktu tidur di hari cuti.. mesti diganggu mimpi yang entah apa-apa yang memaksa kakcik bangun segera. :)
IM..bila terlebih tidur semua keja tak menjadi...mng betul dlm Quran sendiri telah membariskan waktu2 tidur yg tak baik iiatu waktu matahari naik dn lepas asar.
Waalaikumsalam kak erna
ya seperi hari ini,kita berpeluang lagi melihat matahari dn berpuasa..
abu muaz
kita manusia yg sering leka...padahal setiap saat kita diingatkan tentang hal itu.
waalaikumsalam kakcik
ye lah kakcik..tak sempat dah nak bersedap2 di atas tilam..contohnya ida..kalau tk ke opis ada saja keja yg menanti di rumah.
ida..
bagi yang kerja banyak mengerahkan otaknya.. memang perlu banyak tidur..
suami sayalah contohnya...
kalau dah seharian penat kat opis ke.. hospital ker.. tidur yang lebih dari biasa memang perlu...
tapi idaklah berlebih-lebihan...
Salam Ida....
Semoga sihat di samping anak2 tercinta.
ckLah memang rasa nak tidur saja akhir2 ni.....bagai dibius-bius. Tapi, banyak tugasan perlu diutamakan...kadang2 buat kerja pun terlelap.
Tidur adalah sebaik baik rehat. Tapi kalu berlebihan ia menjadi mudarat.
Berpada-pada...
lucu tgk kucing tu la... hhehee
Salam Ida,
Tidur sekejap sebelum zohor sedap dan dpt menyegarkan bdn utk bertarawikh di mlm nanti.
semoga amal ibadah kita diterima Allah....
tu la kadang2 azmi banyak jugak tidur...
hehe...
ibu n abah
memang benar, bila bekerja menggunakan minda(spt ida juga)kita perlu banyak rehat dan tidur..;lebih penat bekerja dgn minda dr membanting tulang..itu sebabnya tidur mst cukup tak boleh berlebihan..
Waalaikumsalam ckLah
insyallah..terimaksih...saya tahu..bila baca tulisan ckLah nampak tersangatlah padanya dan meletihkan...mudah2an allah permudahkan segala urusan ckLah
aziezah
kalau tak cukup tidor boleh dtgkan penyakit,kalau terlebih tidur pun sama gak..
armouris
terimaksih singgah dan bg info yg sgt bagus.
yahya
yelah..mata yg mengantuk jd segar tguk keletah kucing2 tu.
waalaikumsalam mamawana
itulah waktu yg baik untuk merehatkan badan waktu siang...
azmi..insyallah...akak ni kerap kurang tidur lebih2 lagi bila dah duduk dpn pc..hehehe
saya hujung minggu je tido, kalau malam jam 1 sampai 5..huhu
Post a Comment