Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, November 15, 2009

Pelabuhan Sepi

Dermaga ini terlalu sepi kini
sejak sang pelaut pergi lagi
menjejak cintanya di hujung pelangi
mengejar kasihnya bintang hati.
meninggalkan pelabuhan bertambah sunyi

Sang pelaut masih tak jemu mencari
walau di hujung dunia tidak ditemui
tetap pasti walau jauh di sudut hati
tak jemu bermohon pada ilahi
muga ditemui kasih nan abadi

Duhai perawan berhati suci
mengapa masih lagi di sini
menanti dan terus menanti
sang pelaut kembali ke sisi
membawa harapan yang belum pasti

Biarkan sang pelaut pergi
relakan dengan hati murni
mungkin perginya ada pengganti
yang ditetapkan ilahi sejak azali
menemanimu hingga akhir nanti

Seperti juga diri ini
sendirian sepi begini
menagih pada yang tak pasti
Menanti pada yang telah pergi
mengharap pada yang telah benci..

p/s gelap malam adalah diriku yang teraba2 mencari sinar menerangi hidupku...cahaya Ilahi yang ku dambakan

p/s aku sedar aku bukan yang sgt istimewa dalam hatimu namun aku pernah singgah sebentar di ruang legar hatimu...

10 comments:

abu muaz said...

Salam dan semoga ceria dipagi minggu ini.Saya dah baca rintihan tuuuu...tapi tak tahu cam mana nak komen.

zai said...

Sesungguhnya takdir, rezeki, jodoh pertemuan dan ajal setiap dari kita telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dari azali iaitu ketika berusia 120 hari didalam rahim ibu..justeru itu yakinlah bahawa sekiranya ada jodoh itu..tidakkan kemana..orang dulu2 ramai yg bertemu jodoh tanpa bercinta pun tapi dek kerana jodoh terjadi jua sebuah perkahwinan itu dan tetap bahagia hingga keakhir hayat..

Sabarlah Ida...setiap dari kita pasti akan melalui ujian dari Allah SWT..walaupun ujian masalah yg diberikan tidak sama tapi satu yg pasti semua tidak akan dapat lari ujian dan musibah sepanjang perjalanan kehidupan ini..ada yg diuji dgn kekayaan, kemiskinan, perkahwinan tanpa anak, penyakit dan bermacam lagi..itulah hakikat kehidupan yg mewarnai dunia ini..percayalah Allah lebih tahu apa yg terbaik utk hamba2nya..

blueCITY said...

salam idalara,

best puisi ni
pasti hanya yg mengalami akan memahaminya
heeeeeeeeeeee

sepi
sunyi
semua mainan perasaan

=)

maiyah said...

sgt berpuitis.. menarik.. berkisar ttg hidup.. empunya diri mungkin :)

Org Ganu said...

salam kak ida..
pe kabar? thanx sebab jenguk blog saya yang dah berhabuk tu..sy dah lama x blogging.bz memanjang..iskisk..sory sgt2 kak sbb dah lama x tanya kabar..puitis betul puisi akak, jangan sedih2 ye kak..insyaAllah meby ada hikmah di sebalik pe yang terjadi..smoga ceria2 selalu ye...all the best in ur life kak! =)

p/s : lawa background..ceria! hehe

Idalara said...

salam sdr abu muaz...
t.kasih pg2 dah sudi baca..hnya sekadar tulisan bukan rintihan..tu kira dah komenlah tu..:)

Idalara said...

salam zai..terharu bila tiap kali menatap bingkisan zai..rasa tenang dan damai jiwa ini..insyaallah mudah2an apa yg ida harapkan akan jd kenyataan..insyaallah.

Idalara said...

salam biruuu..
gaknya sape yg makan gula dia yg rasa manisnya ek..
puisi yg ntah apa2 je biru..tkde kene mengena sama ada yg hidup atau telah tiada..:)

Idalara said...

salam maiyah..
hnya puisi..tiada kene mengena dgn yg hidup atau mati..kuar idea bila lihat pic yg sgt cantik tu..

Idalara said...

salam org ganu..tk pe kak ida fhm..org ganu sibuk belajar..tp kak ida tguk org ganu yg paling rajin singgah blog kak ida..
kak ida pun jrg singgah blog org ganu yg dah bersawang tu hehehehe..
imsyaallah muda2an kata2 org ganu adalah doa buat kak ida..

ish..tk puitis mana pun..hentam saja lah labu..cantik ke..kwn buatkan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...