Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidil Adha...


Assalamualikum sahabat semua..

Dua hari lagi kita akan merayakan Aidil Adha yang pastinya dinantikan bagi yang akan mengadakan ibadah kurban kali ini...sehari lagi aku akan pulang ke kampung untuk meraikan Aidil Adha,..memang tak sabar rasanya ingin bertemu mak abah dan adik beradik lain..dengar2 cerita semua akan berkumpul pada Aidil Adha kali ini..wah seronoknya..hati aku sangat teruja...muga sambutan Aidil Adha bersama keluarga dapat meleraikan sedikit kekusutan yang melanda aku.

Insyaallah tengahari khamis ini aku dan anak2 akan bertolak dari pejabat seperti biasa menaiki komuter ke Seremban dan menaiki express dari Terminal 2 Seremban menuju ke Melaka, tanah tumpah darahku..oleh kerana kebetulan cuti persekolahan, anak2 akan ku tinggalkan di kampung seminggu dua..kerana pada 4 & 5 Dec aku akan akan menjalani kursus di PD..insyallah setelah semuanya selesai anak2 akan ku ambil semula.

Bila tinggal seorang diri..ada yang bertanya..tak sunyi ke? tak rindu ke pada anak2?..bohonglah kalau aku kata tak sunyi..tipulah kalau aku kata tk rindu..tapi aku dah biasa hidup begini..sunyi dan sepi, rindu dan tangis adalah sahabatku..lagipun aku harus membiasakan anak2 supaya tidak terlalu bergantung padaku..siapa tahu usia aku panjang atau tidak..sekurang2nya bila aku tiada anak2 tidak terlalu terasa kehilangan aku ibu mereka. Namun aku sentiasa berdoa muga usia ku dipanjangkan agar anak2 dapat membesar depan mataku..

Kerja2 di pejabat tidaklah terlalu banyak seperti sebelum ini..Alhamdulillah aku dapat menyiapkan dengan sempurna walaupun sebahagian dari mindaku sentiasa berfikir masalah yang menimpaku dan ditambah pula dengan masaalah baru yang mula menganggu ketenangan hidupku anak beranak..insyaallah selepas cuti Aidil Adha ini, aku akan bercerita apa dia masalah baru yang sedang melandaku sekarang..dan aku ingin meminta pendapat sahabat2 di sini..lebih2 lagi mereka yang arif dalam perundangan. Aku rasa pasti di sini terdapat peguam2 syarie yang dapat membantu aku menyelesaikan masalahku dan memberiku khidmat kaunseling tentang apa yang ingin aku perkatakan kelak.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha, muga setiap pengorbanan yang kita lakukan memberi manafaat kepada sesiapa saja di muka bumi Allah ini..muga setiap pengorbanan yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang sewajarnya kelak dari Dia yang Maha Kuasa..

Maafkan aku jika sepanjang berblog aku dengan sengaja atau tidak, pernah melukakan hati teman2 semua..doakan muga semua urusanku di dunia dan akhirat nanti dipermudahkan..doakan aku..(alahai..mcm nak pergi tk kembali lagi lah pulak..)

p/s...dugaan silih berganti, membuat aku lebih kuat melangkah ke hadapan demi anak2 tercinta..

10 comments:

abu muaz said...

Selamat hari raya korban.

Kakcik Seroja said...

Salam Ida.. Salam Aidil Adha..

walaupun kebelakangan ini kita jarang 'berbicara', kakcik tetap mendoakan agar Ida tenang selalu. Moga2 kebahagiaan itu akan Ida temui jua nanti. InsyaAllah. :)

Abeli Rosli said...

selamat hari raya aidil adha dari abelitokjoro & mama danisya.

Tukang cerita said...

Salam kak ida...
salam aidiladzha....
semoga kegembiraan mewarnai akak skga sempena kdatangan hari nan mulia ini....

tabahkan hati mghadapi segala ujian idup......

HASNAH said...

Ida, selamat hari raya aidiladha..mohon ampun maaf zahir dan batin...

wachak said...

semoga selamat pergi dan pulang. Selamat Hari raya Aidil Adha juga buat ida sekeluarga.

Maiyah said...

salam aidil adha :)

azman said...

sush nk berpisah dgn anak sebb mereka dalah insan yang paling dkt di hati kita ....
dugaan sentiasa ada cuma cara kita untuk mengatasinya...
akurlah hidup aku juga kadang2 tidak ceria cuma aku paksakan diri untuk berbuat demikian...

anaklaut said...

salam....aidiladha buat idalara,


moga bahagia selalu disamping anak-anak.

HalwaTelinga said...

very nice blog ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...