Walaupun aku tidak dapat meneruskan kebahagiaan bersama insan yang pernah aku cintai suatu masa dulu, apasalahnya aku berkongsi sedikit panduan untuk kekal bahagia dengan pasangan hidup anda..
Untuk kekalkan bahagia dengan pasangan hidup kita bukanlah perkara yang mudah...jika tidak ada daya usaha dari kedua belah pihak tentunya tidak akan tercapai kebahagiaan yang diimpikan...apakata ikuti sedikit panduan ini : -
1. Sentiasa memberi yang terbaik untuk pasangan.
2. Tidak salah sesekali mengenyitkan mata pada pasangan.
3. Pastikan Sambut hari jadi atau ulang tahun perkahwinan bersama.
4. Sentiasa memaafkan pasangan anda.
5. Bersikap sentiasa menerima kelemahan pasangan anda
6. Sentiasa mewujudkan suasa romantis.
7. Sentiasa bertanya " apa yang harus saya lakukan untuk buat anda gembira"
8. Sentiasa berpandangan positif
9. Baik hati pada pasangan
10. Mudah menyesuaikan diri.
11. Sentiasa bertindak pantas terhadap kehendak pasangan
12. Selalu bercakap mengenai cinta.
13. Sentiasa mencari masa sesuai untuk berdua2an
14. Sentiasa bersikap baik dengan rakan dan saudara mara pasangan.
15. Menghantar bunga atau kad pada hari istimewa pasangan.
16. Mengaku bila buat kesalahan
17. Sentiasa peka dengan kehendak seksual pasangan anda
18. Sentiasa berdoa kepada pasangan anda setiap hari
19. Melihat matahari terbenam bersama setiap hari(jika boleh)
20. Katakan "Saya sayangkan kamu" selalu yang mungkin.
"Buah bidara masak layu
Diambil dara letak di peti
Jiwa gelisah kerana merindu
Orang dirindu tak juga mengerti"
"Bunga melur bunga cempaka
Putih berseri harum mewangi
Hati merintih jiwa terluka
Mengenang dia yang tetap di hati"
"Kadang2 walaupun ianya bukan cinta pertama, tetap sukar dilupakan,kerana ianya pertama setelah sebuah kegagalan"
# sumber : majalah midi.
22 comments:
Terima kasih atas panduan akak tu. Nanti boleh dijadikan panduan buat masa hadapan.
betul grunge..bnyk lagi panduan kat blog kak ida ni boleh jadikan panduan..grunge dah sihat ke?..
wahh good guide untuk org yg blom kwen macam sy..hehe..
thanx kak..akhir tahun ni meby sy kwen..bleh la guna ptua akak.ngeee..
laaa...dah nak kwen hujung taun ni ke,jemput akak nanti tau....ada lg panduan kat blog akak ni kalau org ganu rajin tguk2..boleh buat panduan dan pedoman..hhehe
insyaAllah kak..anyway thanx!=)
org ganu...ok..wlcome...kak ida ada bestfreng org ganu so maybe kaka iada kerap ke sana nanti.
satu perkongsian petua yang baik dari kak ida..
ermm..
wah kak ida..
panduan yg baik..
utk jadi ingatan pada diri bila dah berteman nanti...
salam Kak Ida...
wahhh!!!!windu la kak..
hehee...
kekal bahgia??
gempaq tu tajuknya..
bagus kak info nih..
tapi teman tak kawen lg daa..
teman bahagia dgn parent teman la nih..hehee..
~kekal bahagia ok janji jgn mungkir bahagia tu yg parah..
fuhyoo....tip berguna ni.....
Salam Idalara,
Damai, harmoni dan selesa dalam blog ini. Tak seperti dalam blog politik.
Maaf, blog ini saya senaraikan pada Pemaya (A-J) blog Catatan Santai.
salam cikgu rashid..
bagus buat cikgu yg belum beistei ni..boleh dipraktikan.
salam nur...skrg ni nur belum berteman lagi lah ye?..ye..bagus buat panduan..kena amalkan nanti.
salam hysman..ye lah akak lg windu kat man..lama ko menyepi..
tkpe tak kwen lagi lah kena simpan tips ni...untuk kekal nahagia bukan mudah..janji jgn mungkir bahagia (my paberet song tu)
ieyra..yup mng berguna..nnti. thanks sudi singgah..lama tk sms ye.
salam Pengasas..
terimakasih sudi singgah di sini,blog yg tak punya apa2 istimewa..
di sini hanya ada suara hati dan kisah hidup, kisah luka dan sedikit panduan.terimakasih beri nama blog santai.
wahh..best panduan ni kak. Harus di ikut...
hai shima...man yang baik u ambillah buat panduan..
tq kak Ida... sudi kongsi2 tips yg berguna ni... :)
Alhamdulillah, semua yg kat dlm list tu kami suami isteri ade praktikkan tapi satu je, bab nak tgk matahari terbenam tu susah skit.
Mase zaman cintan cintun dulu boleh la sambil2 dating. hehe..
salam...
panduan yg sangat baik..
tq sudi singgah di anaklaut..:))
salam..panduan utk al juga bila dah bergelar suami nnti kena dipraktikan..
Post a Comment