Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, June 23, 2009

Didik Anak Cara Luqman.

Aku bukan lah ibu yang sempurna..aku bukanlah seorg ibu yang berjaya..aku bukanlah ibu yang terpelajar..aku hanyalah seorang ibu yang mengharapkan kejayaan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat...apakata aku kongsi bersama tip2 ini dari hasil pembacaanku...

Tugas mendidik anak bukannya mudah dan merupakan amanah daripada Allah SAW, mungkin kisah Luqman yang pernah menasahiti anaknya yang ppernah diulas dalam Al Quran ayat 12 hingga 19 surah Luqman boleh aku dan teman2 jadikan panduan..

1. Dalam surah tersebut Luqman mula mengajar anaknya dengan menanam kalimat tauhid yang hakikatnya memurnikan ibadat hanya untuk Allah AWT sahaja.

2. Kewajipan berbakti dan taat kepada ibubapa selagi ia tidak menyalahi syariat.

3. Selain itu, sematkan di hati keyakinan tentang hari pembalasan, kewajipan menegakkan solat.

4. Amar maaruf nahi mungkar yang berperanan sebagai faktor penting untuk memperbaiki umat.

5. Luqman juga menyentuh sikap sabar dalam perlaksanaannya dan mengalih perhatian kepada adab-adab seharian yang tinggi. antaranya..larangan memalingkan muka ketika berkomunikasi dengan orang lain kerana ia mencerminkan sikap takbur.

6. Melarang anaknya berjalan dengan bongkak dan sewenang2nya di muka bumi, sebabnya Allah tidak suka orang yang sombong.

7. Sebaliknya ajar anak berjalan dengan sedang2 tidak terlalu cepat dan terlalu lambat.

8. Luqman menasihatkan anknya merendahkan suara dan tidak berlebih-lebihan dalam berbicara.

Kisah Luqman ini boleh dijadikan tauladan kepada ibubapa..jangan pula ibu bapa hanya sekadar mencurahkan kemewahan fizikal semata2 tanpa diseimbangkan dengan keperluan ukhrawi. Ini bagi menentukan anak2 menjadi insan yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat.

p/s" untuk menjadi ayah dan ibu pada anak2 adalah sebuah pengorbanan yang bukan kecil buat seorang ibu...maka anak2..hargailah ibu"

6 comments:

hysMan.. said...

nak mendidik salam kak,
bukan mudah kak ye..
skrg ni mcm otak org berfikir sedangkn niat kita hanya utk bg pengajaran tp disalah erti jika kita memukul.. (pukul manja)
tahniah kak..

pejuangkesan said...

ada insan yg tidak tahu mengenainya, ada pula yg tahu tapi kekadang terlupa.Cttan dan peringatan yg bagus bukan sahaja utk ibu atau bapa tetapi insan yg bergelar manusia.

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Idalara,

"catatan yang sangat bagus",

"didikan perlu betul, kerana anak-anak harta kedua orang tuanya - iaitu kita sendiri"

anaklaut said...

salam..

panduan yang sangat berguna, kepada yang ada anak, sesuai amabil ini sebagai panduan..

u-neey said...

semoga kita berjaya sebagai seorang ibu yg dapat mendidik anak2 menjadi anak2 yg soleh dan solehah.
Insyaallah..

Idalara said...

hysman..mng bukan mudah nak mendidik anak2,dan hari ini akak diduga lagi..nnatilah satu hari bila akak rasa dah tenang akak akan hasil entri insident yg berlaku.
...................................
pejuangkesan..mudah2an apa yg kak ida tuliskan dapat manafaat bersama.
...................................
Salam sdr zulkifli..
anak2lah harta saya didunia dan akhirat..mudah2an semua ibu2 tunggal dapat mendidik anak2 hingga berjaya.
...................................
salam al..berguna untuk al juga..satu hari nanti al juga bakal jd ayah bukan.
...................................
insyaallah u-neey..itulah harapan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...