Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, June 22, 2009

Aku Dan Dia


Bila aku bercerita tentang 'dia'..apa yg berlaku antara aku dan dia...akan jadi perhatian kepada semua teman2 di sini..bukan untuk meraih simpati..sekadar berkongsi rasa..bila aku rasa sedih, saat aku rasa bahagia..ketika aku rasa terlalu rindu..waktu aku terlalu mengingatinya......sebenarnya siapa kah 'dia' yang pernah aku nyatakan dulu..ooppss...dia tetap jadi rahsia dalam hidupku....maafkan aku teman kerana inilah janjiku pada diriku...

Sebenarnya.....tiada apa-apa yang istimewa aku ini dalam hidup dia...mungkin hanya istimewa kerana kami adalah sahabat..sahabat yg dulunya sering berkongsi kisah pilu...sahabat yang bertemu secara tidak sengaja di alam maya ini..lucukan..aku dan dia tidak pernah bersua..hanya sekali berbual di talian telefon..mungkin aku terlalu mendambakan seorang yang istimewa dalam hidupku maka aku merasakan dia amat istimewa buatku..
Namun aku tersilap...dia hanya sahabat..untuk memberi hatinya padaku tidak mungkin..di sudut hatinya telah terpahat kukuh satu nama yang akan dibawa hingga ke hujung nyawa, katanya hatinya masih belum terbuka untuk bercinta lagi.....mujurlah dia menyedarkan aku dari terus hanyut dibuai perasaan, siapalah aku untuk memaksa dia menerima hatiku....jangan bersimpati padaku teman..kerana kecewa sudah sinonim dengan diriku...hari ini aku kecewa esuk aku sudah mampu tersenyum..hari ini hatiku terluka, esuk aku tetap teruskan kehidupan, malam ini aku menangis, esuk aku bangun dengan semangat baru....aku tak akan patah semangat dan akan terus mencari bahagia yang hakiki..


Dia tetap sahabat aku dunia dan akhirat, dia tetap sahabatku selagi dia mengingininya.... dia tetap berada di hatiku..dan aku juga berharap suatu masa nanti dia akan bahagia, berjaya dalam kerjaya dan mengejar cita-cita yang satu..buat sahabat ku 'dia' aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia...kebahagiaan dia di dunia yang fana dan di akhirat yang kekal abadi.

"saat yang paling bahagia bagi seorang wanita bila pertama kali jatuh cinta dan diterima cintanya..saat orang yang dicinta mengucapkan akad nikah sebagai suami, saat pertama doktor mengesahkan yang ia bakal jadi ibu, saat doktor menyerahkan bayi yang baru lahir padanya, saat anaknya menyebut 'ibu'' "

Namun

"saat paling memilukan bagi seorang wanita bila mahligai yang dibina hancur ditengah jalan, bila suami yang dicintai memberikan cintanya kepada perempuan lain.,saat anak2 bertanya dimanakah ayah mereka..saat hatinya bukan milik seseorg"

11 comments:

GRuNGe said...

Kakak, saya gambarkan kakak seorang yang tabah dan kuat. Amat kagum dengan ketabahan kakak. Teruskan berjuang dalam hidup dan teruskan senyum yea kak.

anaklaut said...

salam.

mungkin dia belum bersedia untuk bercinta..cinta pertama adalah segala-galanya..

ras-adieza said...

salam kak ida

lama saya tak menjenguk, saya baru balik 'bercuti'. Siapakah gerangan si Dia tu, mesti istimewa kan... Cinta pertama dan cinta kedua, ada beza?

reen said...

dan..saat paling membahagiakn bg seorang ibu...tika mlihat kjayaan ank2...airmata kbhgian itu akn trus mnitis mngalir kjiwa seorang ibu mnutupi sgala duka..
siapa pn "DIA"....smoga dirimu bbahagia..mnjadi ibu yg kuat smngt,tabah mngharungi suka duka pjalanan idup dduniawi ini...

SYAbAR said...

Menjalin persahabatan bukan semestinya berakhir dengan cinta hingga ke jinjang pelamin. Eerti persahabatan adalah keikhlasan di dalam silaturrahim yg terjalin. Itu lebih bermakna kerana keikhlasan menjadikan kita terbuka dan bersedia berkongsi rasa kala suka dan duka

Idalara said...

Grunge..
ketabahan dan kekuatan hanya akan datang bila kita reda dan pasrah dgn takdir..akak pasti Allah menyediakan hikmah yg terbaik buat diri akak dn anak2.
...................................

Salam al..
mungkin pintu hati dia telah tertutup kerana cinta pertama..bagi saya cinta pertama telah terkubur dgn terlerainya ikatan perkahwinan.
.................................

Ras..wah..bercuti dimana agaknya..dia..memang sgt istimewa bagi saya..cinta pertama bila dikhianati rasa cinta kedua itulah cinta pertama.
...................................

betul reen..lebih2 lagi bila anak2 sedar pengorbanan seorg ibu..
muga dia akan bahagis.
...................................

Syabar..itulah yg jd pegangan ida sekarang..biarlah ida hilang dia sebagai insan yg ida suka darpd hilang dirinya sebagai seorg sahabat.

anaklaut said...

salam...

semua yg berlaku sudah takdir.

u-neey said...

sabar dan tabahlah wahai hati..

Idalara said...

salam al..ye..kerana percaya dgn takdir saya yakin sy akan temui cinta yg sejati.
..................................

u-neey..
sabarlah wahai hati yg merintih..

Amieynna Amin said...

salam kak ida..
sedih baca ayat yg last tu..
sabar ek..
yg berlaku ada hikmahnye..
ALLAH xkan menguji hambaNYA dengan dugaan yg hambaNYA xmampu hadapi..
maknenye..
akak mampu hadapinye..
tabah yer..

Idalara said...

salam myna..
kta diuji dgn berbagai rupa...begitu dan begini..pasti bukan untuk menyulitkan hidup kita tapi untuk kita tambah dekatkan diri pada Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...