Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, June 27, 2009

Cinta Pertama Zaman Remajaku..



(gambar hanya hiasan)

Rasanya aku terlalu kerap berlara di sini...ada antara teman2 yang menyuruhku membuang nama 'lara' dihujung namaku itu..hmmm..akan ku fikirkan..sebenarnya idalara itu sudah sinonim dengan diriku...bila aku singgah di blog seorg sahabat..aku jadi tambah lara...di blog dia penuh cerita cinta pilu dan lara..so..bagaimana mahu ku buang rasa lara ini?


Aku rasa kali ini aku ingin berkisah tentang cinta pertamaku sewaktu aku berusia 18 tahun dulu...betul kata orang cinta pertama yang lekat di hati kita memang sukar dipadam dari ingatan..aduhai...sampai kini aku masih teringat lelaki itu yang pernah mencuri hatiku...dan bila aku sudah sendirian begini aku teringin sekali bersua semula dengan dia...menyambung ikatan yang terputus..aku pernah membaca sebuah novel yang kisahnya ala2 aku...bercinta dengan orang lain, berkahwin dgn org lain,berpisah dan bertemu semula dgn first love dan berkahwin..mengapa tak terjadi pada ku?hehehe..mengigau di siang hari aku ni..


Di awal tahun 80 an, semasa aku berusia belasan tahun aku ditawarkan menjadi seorg guru sandaran di Lendu, Alor Gajah Melaka...naifnya aku waktu itu..tinggal bersama keluarga angkat yang bercakap lorat negeri Sembilan...tiap hari makan masak lomak cili api....tempat yang terlalu asing bagiku...di sebelah rumah keluarga angkatku tinggal satu keluarga pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Lendu..Pegawai polis yang ku panggil pak cik Aziz itu mempunyai seorang anak teruna, Azizul Aziz (nama sebenar), seorang mahasiswa UKM, kacak dan kuat beribadat orangnya..aku hanya memuja dia dari kejauhan saja...siapalah aku ini ingin berangan menyulam kasih dengan jejaka terpelajar dan handsome pulak.


Setiap pagi aku akan berjalan kaki ke sekolah...jika aku berjalan macam itik pulang petang, aku akan sampai kira2 40min ke sekolah...tanpa aku duga satu pagi yang hening, sedang aku berjalan..suatu suara memberi salam..


A " Assalamualaikum..hai...boleh jalan sama?"

Aku : Waalaikumsalam..." aku agak terkejut bila lihat yang menegurku itu adalah jejaka handsome yang ku puja dalam hati itu.

A: " Boleh berkenalan?"

Aku: " Boleh..apa salahnya " Jantungku berdegup laju dan tak tentu arah rasanya bila mata kami bertentang.

A: Nama Ida kan? dulu sekolah kat SMSR dengan adik saya Azza..Azza yang bgtahu saya tentang ida."

Aku: "Ooooo..ni abang Azza lah ?(aku memang tak tahu itu abang azza..)

A: "yup...saya Azizul Aziz..selamat berkenalan...eh! sudike berkawan dengan saya?"
Aku: " Kalau awak sudi apa salahnya?tapi siapalah saya ni..." ( yahooo...dalam hati aku menjerit, rasa nak melompat2 waktu itu..mujurlah aku masih waras..hehehe)

A: " Eh..janganlah cakap mcmtu..saya dah lama nak kenal dengan awak..saya takut awak yang tak sudi"..


Sepanjang jalan macam2 yang kami bualkan..kami berpisah dipersimpangan jalan, dia ke kiri dan aku ke kanan menuju ke sekolah, sepanjang hari di sekolah aku rasa cukup bahagia hinggakan wajahku yang ceria di sedari oleh kak Som, seorang cikgu di sekolah itu, teruk aku di usik oleh kak Som kerana dia terlihat aku berjalan dgn jejaka itu pagi tadi...sejak dari hari itu kami kerap berutus surat( waktu itu tiada hp, komputer jauh sekali)..dia banyak memberi nasihat dan galakan supaya aku berlajar lagi..dialah yang mengubah pendirianku supaya memakai tudung hinggalah sekarang..


Tiap hujung minggu aku akan pulang ke kampungku di Umbai,Melaka..tak ku sangka satu hari Azizul telah mengunjungi rumah ibuku..katanya dia ingin berkenalan dengan ibu bapaku dan ingin meminta kebenaran mereka untuk berkawan denganku..aduhai..lelaki apakah ini?..sanggup datang dari jauh hanya untuk meminta kebenaran ibubapaku....?


Hampir setahun kami berkawan...dia memang pandai mengambil hatiku dan ibubapaku..aku memang sudah benar2 jatuh cinta padanya..dialah cinta pertamaku...kata orang mengingati dia makan tak lalu tidur tak lena...aku rasa dialah lelaki terbaik yang pernah ku kenali..(memangpun sbb sebelum ini aku tak pernah jatuh cinta)..


Entah di mana silapnya...aku hampir lupa sebabnya..percintaan kami terputus di tengah jalan...aku dan dia berpisah kerana sebab2 yang aku dan dia tidak pasti..jodoh memang tidak menyebelahi kami..berhari2 aku bermuram durja, berhari2 aku menangis...mungkin waktu itu aku terlalu muda maka cinta yang terputus tidaklah begitu membebankan aku....namun begitu dia tak pernah aku lupakan walaupun selepas itu aku bertemu lelaki lain dalam hidupku..


Selepas cinta pertama itu aku dikenalkan pula oleh ibu saudaraku dengan teman sepejabatnya...juga nama A.....dia seorang kakitangan bank dan juga seorang pemain bolasepak negeri Melaka, mewakili Melaka untuk piala Malaysia...agak terkenal orangnya jadi tak usahlah aku perkenalkan dia..jika aku sebutkan namanya di sini mungkin masih ada yang mengenalinya..dengan A juga jodoh kami tiada..dia berkahwin dengan seorang peminatnya...

Aku juga pernah bercinta dengan seorang juruhebah negeri Melaka.....kalau ku sebutkan namanya mungkin pendengar radio Melaka akan mengenalinya..jadi untuk menjaga namanya biarlah aku rahsiakan...juruhebah itu rupanya sudah berkahwin...jadi aku berundur diri..aku tidak mahu jadi orang ke tiga dalam rumahtangganya...dia pernah menawarkan aku menjadi isteri keduanya..tapi aku menolak...mana mungkin.!


Di antara ketiga2 kisah cintaku itu aku tetap tidak boleh melupakan cinta pertamaku....hingga saat ini aku masih dapat mengingati wajah lelaki itu ( tanpaku duga..wajah 'dia' seiras dengan Azizul..ajaibkan kejadian Allah)...dan aku berharap suatu hari nanti aku dapat bertemu dengan lelaki yang pertama singgah di hatiku itu..pastinya dia telah berkeluarga dan hidup bahagia kini.


Jodohku juga dengan lelaki bernama A...tapi malangnya jodohku tak berpanjangan...dan aku berharap kalau ada jodohku lagi biarlah juga dengan lelaki bernama A....


"kata 'dia', cinta pertama tetap terpahat dihati telah tersimpul mati dalam ingatan..mana mungkin begitu mudah melupakan cinta pertama"

42 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

moga akak terus tersenyum..
sy suka tgk akak gembira.
walaupun baru baca blog akak, tapi sy taknak tgk akak bermuram durja.

kak,
pahit, manis adalah warna kehidupan.
kalo takde sumer tu hidup kita bosan kan kak?

Amieynna Amin said...

KAK IDA..
best nye kisah2 cinta akak..
insyaallah, akak akan bertemu dgn si A itu..
jodoh dtetapkan ALLAH..

Rashid said...

ermmm.. cinta pandang pertama memang sukar dilupakan. Panggil lagi 'pandang pertama'.. tapi pandang kedua..ketiga.. okey gak.. hhehe.

PK said...

slm kak Ida...
Cerita cinta yg begitu hebat.3 kali tk jadi...Jodoh itu ketentuan Ilahi. Semoga akak ketemu dengan insan yg akak mksdkan.Best bca cita ni...:p

Naz said...

wah..wah.. ada 3 kisah dlm 1 entry. leka saya membacanya... kak Ida, dunia ni pnuh dng kebetulan seolah2 mcm mahu memberitahu kita sesuatu. cuma kita yg kurang prihatin dng perkara2 tu, termasuklah saya sendiri. lelaki yg start dng hurug 'a'... hmmm... mungkin boleh berjumpa, pasal kat Malaysia ni ada berjuta2 lelaki nama mereka start 'a'. cuma bila nak bertemu tu, kena lah berdoa2 semoga cepat2 berjumpa.. hehehe...
saya tolong doakan sekali... ;)

anaklaut said...

salam...


cerita cinta yang sangat menarik.anaklaut membacanya berulang-ulang kali..

bahagianya apabila jatuh cinta pandang pertama,

jodoh pertemuan, perpisahan adalah lumrah hidup, setiap yang bertemu past ada perpisahan, cuma caranya saja yng berbeza.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

anaklaut

Ryehanna said...

wahhh seronok bace cerita cinta pertama..

mmg ianya paling sukar untuk dilupakan... :)

biru said...

wahhh, 18 tahun dah bercinto erk? hebat!!!

cinta wanita mmg setia & abadikan kan =)

biru pernah menyukai seseorg gak time sekolah2, tapi biru takut? wakakakak...
pernah dpt surat cinta time sekolah, leh biru balas surat tuh kata, mak marah, mak suruh study dulu..huahua.. padahal mak tak tahu pun. malu arhh..huhuhu=)

Adinda Amy Sensei said...

cinta pertama memang payah nak lupa..tapi nape kak ida leh putus ngn dia pulak?

zaidharis said...

huh, cinta pertama?

hurm, saya pernah jugak bercinta untuk pertama kali, tapi agak-agaknya dia teringat dekat saya ke? hehe..

apa-apa pun, salam perkenalan..

anaklaut said...

salam...idalara

berinta denga pemian bola sepak melaka, juruhebah melaka..ida seorang yang hebat..

u-neey said...

cinta pertama memang akan sentiasa dikenang sebab di situlah kita belajar tentang cinta.
saya bertemu jodoh dengan cinta pertama, tapi saya boleh rasakan betapa peritnya bila cinta putus di tengah jalan..

sudi-sudilah singgah ke 'rumah' saya untuk ambik sesuatu. hehe..

SYAbAR said...

Aisayman, Ida sudah buka cerita lama la. Jgn jiwang2 selalu, build up build up...

Redynne™ said...

salam kak ida..

n3 kak ida membuat sy terimbas kenangan lama.. hehe...

terasa syahdu la pulak nih..

Idalara said...

salam nur..insyaallah akak akn terus tersenyum..senyum tu kan satu sedekah.

Idalara said...

ye syg myna...
mng sgt menarik..sbb akak bercinta dengan dua org yg agak terkenal di melaka..tp jodoh tkde..A?mudah2an adalah jodoh kak ida tu.

Idalara said...

ye lah cikgu rashid...nama pun yg pertama...tp yg ke 2, ke 3 dan seterusnya pun okeh gak..

Idalara said...

salam pejuang kesan..sbnrnya bila kak ida rasa sedih kak ida imbas kembali kenangan lama yg mengusik jiwa..akak harap sgt dpt bertemu A.

Idalara said...

naz..mekasih hingga leka banca kisha hidup kak ida ni..ye lah kebetulan dan takdir yg ditentukan...mudah2an akak bertemu dgn lelaki bernama A itu..

Idalara said...

salam al..
wah..tak sangka al sudi membacanya berulang kali...tak sehebat mana kisah cinta ini..tp mng benar cinta pandang pertama sgt sukar dilupai..walaupun sudah menjangkau puluhan tahun..kata2 al sgt puitis..sgt menarik..sy suka membacanya. terimaksaih sudi singgah memberi komen.

Idalara said...

ryehana..dah lama sgt kak ida simpan..so kak ceritakan..mana tahu dgn bercerita di sini kak ida dpt bertemu semula lelaki yg pertama kak ida jatuh cinta dgnnya.

Idalara said...

biru...nak kata cinta minyet ke..tp masa tu ida dah kejapun jd cikgu...so kira2 dah agak matang lah..

Idalara said...

Cik amy...kak idah lupa sbb apa..tp kalu tak silap kami ada berselisih pasal pegangan..nan2 agama yg menyentuh hatinya..gitulah kira2.

Idalara said...

zaidharis..selamat berkenalan...cita pertama terus kekal dalam nostalgia..rasanya semua org mengalami cinta pertama..bezanya samada kekal atau tidak.

Idalara said...

salam anaklaut..taklah sehebat mana..cuma mng rasa bangga sgt masa tu..

Idalara said...

u-neey..
kenangan kadang2 mendewasakan kita..syukurlah u-neey beroleh cinta pertama dan bahagia bersamanya..ada apa nk bg kak ida ni?nnti kak ida singgah ye.

Idalara said...

hehehe..sybar..saje2 je...tp ida tak lah rasa sedih..cuma nak imbau kenangan lama je..dont worry...ida tetap kuat.

Idalara said...

Redynne..kenangan lalu kdg2 mengembirakan kdg2 menyedihkan..tp buat kak ida semuanya mendewasakan kita..

Rosez Leena (Org Ganu) said...

tersentuh sy bace kisah akak..byk kali bercinta tapi x de jodoh.
betul tu cinta pertama susah nak lupa..walau smpi ke tua pun
tumpang tanya..suami akak sekarang macam mana akak jumpa?

p/s : thanx sudi singgah ke blog sy..=)

Tukang cerita said...

Salam kak...
sering juga teringat cinta ptama dulu...

tp, sekadar ingat saja...
bertemu????
Sudah tidak mahu...
:)

~Bersyukur dengan kebahagiaan hidup kini....
Tidak mahu lagi mengenang kenangan silam...

Idalara said...

salam org ganu..mekasih juga sudi singgah kat rumah akak..mng bnyk kali bercinta tp tkde jodoh..suami akak sekarag?..org ganu mst taj bc bnyk kisah akak..akak ni dah single dah..tp x hsb akak dulu mak sedara juga yg kenalkan..kira2 bercinta gaklah..namun cinta pertama tkpernah akak lupakan..

Idalara said...

Salam TC@nurul
bila cinta pertama sgt melukakan pasti kita tak mahu bertemu semula,lebih2 lagi bila cinta sekarang mengatasi segalanya..
so jgn dicari cinta lama yg telah hilang..

zaidharis said...

cinta pertama, berapa je pernah kekal?? hehe, tak kesah la, kalau asyik-asyik yang pertama je tak merasa lah apa itu kedua ketiga dan seterusnya..

Rosez Leena (Org Ganu) said...

im sorry kak ida..sy bru je msuk blog akak..i still duno a lot of thing abt u..watever happen..smoga kak ida tabah menghadapi dugaan hidup..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

insyaAllah akak akan bertemu dgn huruf A tu. nur doakan..

doakan nur bertemu dgn org tak kisah la huruf ape..ye?

oh ye..akak dah sihat?

Idalara said...

zaidharis..cinta pertama jrg yg kekal sbb biasanya terjadi di zaman remaja..jrg cinta pertama terjadi bila usia dah meningkat tua..tp cinta pertama mng sukar dilupakan..bila ada yg pertama mst ada ke dua dan seterusnya..

Idalara said...

tk pe org ganu..samalah dgn akak..tak tahu org ganu ni pompuan rupanya...thanks skrg dah jd one of my pren..org ganu giatkan lagi menulis..

Idalara said...

nur...harap2 bertemulah kak ida dgn si A...tp kalau dah jodoh dgn sape pun tak kisahlah asalkan dia jujur terima kira seadanya.

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

tul tu kak..
doakan yg terbaik buat diri kita, keluarga kita di dunia dan di akhirat.

Idalara said...

mekasih nur..sebab sudi singgah kat blog kak ida...suatu masa nanti boleh ke kita bertemu dan berkenalan?

hysman said...

asyik ku membaca kak..
best woo...
ku nak jadi gentle mcm si 'A' la..
cool woo..manyak berani sapa sama itu Ida lorr..klu idak suda lama kena tendang..hahahaa...

skrg mane boleh usha mcm tu kak..elakkan trus kawen parah..kikikikikkk...

saya doakan akak ditemukan dgn 'A'..aminn..
hehee

Idalara said...

salam hysman..
A mng berani dan gentleman..that why akak susah nak lupakan..dia sgt berbudi bahasa..murah senyuman dan pandai berlawak,yg penting kuat pegangan agamanya...namun jodoh akak tiada dgn dia..tapi akak hope sgt dpt jpe dia..manalah tahu ada jodoh kami hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...