Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, June 18, 2009

Seni Perlu Bakat


Bila lihat gambar-gambar di atas, apa tanggapan kau org?..apakah kau orang fikir apa yang aku fikir?..mesti dalam fikiran kita berkata..cantiknya bakul dan lampu terendak rotan ni..mesti orang yang membuatnya sangat kreatif dan berbakat..
Masa mula2 melihat bakul dan lampu terendak ini aku langsung tak menyangka ianya bukan di buat dari rotan..jika tidak diberitahu hingga hari ini aku tak tahu sebenarnya ia dibuat dari kertas surat khabar lama.
Kalau sekadar bakul bulat biasa aku tak berapa hairan..tapi ini lampu terendak dan bakul setinggi 5 kaki. Modal yang diperlukan untuk membuat apa saja bentuk anyaman hanyalah bakat dan kesungguhan..modal wang hanya untuk membeli varnis..setelah dianyam..ia perlu divarnis untuk jadi kuat dan kelihatan seperti rotan..
Jangan tak tahu orang yang menghasilkan seni yg kreatif ini ialah abang ke empat aku..nama dia Azhar dan menetap di Johor Bahru. Sebenarnya kraftangan dari suratkhabar ini telah lama ujud cuma baru sekarang agak dikenali ramai..dan abang aku ni agak kreatif orangnya..hanya melihat seorang kawan membuat asasnya dia kemudian mencuba sendiri dan mereka berbagai2 bentuk..dari bakul..lampu tidur, lampu terendak, bubu, bakul bunga telor dan semua bakul hantaran untuk perkahwinan adik adalah hasil tangan abang aku.
Banyak juga tempahan yang diterima, lebih2 lagi abang aku tidak meletakkan harga yang mahal bagi setiap tempahan...itulah rezeki namanya..dari hobi menjadi pendapatan sampingan. Mesti teman2 bertanya..idalara tahu buat tak?..tahu..tapi aku masih belum berkesempatan membuatnya. Lagipun menjelang Ramadhan yang hanya dua bulan lagi ini aku mula sibuk membuat sample Biskut Almond London untuk tempahan Hari Raya.
Siapa yang berminat untuk menempah kraftangan dari surat khabar dan almond london bolehlah hubungi aku..

12 comments:

GRuNGe said...

Kalau orang tak berbakat macam saya ni kak, mak dengan adik-adik selalu kata, tangan tak bedung masa kecik2. Hehehehe.

hysMan.. said...

salam kak..lama tak nampak akak..
sihat kak??
hehe..tak sempat..
bakul tu kreatif bangat..
nice wooo...
kat uamh pon byk ni ade mokcik pandai buat jugak..
hehe...
almond london??huh..
meleleh wa ckp lu..gemar sungguh saya..hehe

al said...

nak tempah satu.

berapa harganya ni?

Naz said...

saya ada dpt bekas isi telur dari surat khabar yg kelihatan spt kayu. cantik dan nampak seolah2 mcm diperbuat dr kayu. skrg ni mcm2 hasil seni boleh dibuat, janji ada kesungguhan, kerajinan dan sedikit bakat.

u-neey said...

saya pun ade byk koleksi kraftangan kertas ni. cantik dan harga murah. saya suke.. pernah skali ke bengkel buat tu tapi tangan ni takde seni la nak buat sendiri.

intan shaheera@ieyra said...

raya dah dekat nih...sempat buat promosi untuk tempahan kuih raya ek...nak order bleh....

Idalara said...

grunge..
tkpe kalau tak berbakat seni mungkin di bidang lain pulak..dalam penulisan contohnya..

...................................

Salam hysman..
akak baru satu dua harini update blog..mcm2 hal..anak sakit lah pulak..yup mng kreatif..tp dah ada makcik pndai buat apa lg mintak kat dia je lah..
man suka almond london? tak menang tangan akak nnti puasa ni..
...................................

Al nak tempah? boleh..untuk lampu terendak ni harganya RM35 tp bakul tu sy kurang pasti pulak..
...................................

betul naz..seni tu boleh mendatangkan rezeki bg org yg minat dan ada kesungguhan.

...................................

betul u-neey..kena ada bakat untuk benda berseni ni..tp kalau rajin belajar tentu boleh buat.
...................................

salam iyera..hehehe..pe slhnya buat promosi..iyera nak ke?nnti auntie postkan..tp sampai ganu coklat pun cair..

hysMan.. said...

dan ia juga boleh buat biznes juga..
hahahaa..

Idalara said...

betul hysman..boleh bat bisnes..tmbh pendapatan.

Idalara said...

betul hysman..boleh bat bisnes..tmbh pendapatan.

Anonymous said...

salam...singgah idalara..


moga anda dan family sentiasa dirahmati allah swt sellau..:)

Idalara said...

salam singgah annoymous..terimakasih..
mengapa tidak mahu berkenal dgn sy..tunjukkan namamu yg sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...