Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, June 25, 2009

Jangan Marah!!

Jarang orang jadi marah tanpa sebab..pasti bersebab..namun jangan cuba hamburkan kemarahan semasa sedang marah..waktu itu kita separa sedar..mungkin akan berlaku berbagai perbuatan yang tak diingini atau percakapan yang kurang elok keluar dari mulut kita..cuba berastagafar dan ikuti tip di bawah :

1.Berdiam diri
Ini adalah langkah pertama dan terpenting yang harus dilakukan, jika tidak berhasil cara ini barulah disusuli dengan langkah seterusnya, harus diingat, sifat marah adalah satu pilihan dan bukannya kewajipan. Jika kamu marah diri kamulah yang mampu mengawalnya, tenang sejenak dan fikir buruk baiknya sebelum kamu melunaskan kemarahan itu. Jika difikirkan kemarahan itu tidak memberi apa2 kesan lebih baik berdiam diri.

2. Jangan terus dibelenggu
Maksudnya jangan menyimpan kesalahan orang lain dalam jangka masa yang agak lama, ini akan membuatkan perasaan kamu membuak-buak dan lama kelamaan akan menwujudkan perasaan dendam. Cara terbaik seba selesaikan masalah kamu dengan baik, buang segala ego yang ada dan akhiri dengan ungkapa, maaf.

3. Proaktif
Orang yang proaktif adalah orang yang secara sedar memberikan tindak balas terhadap kemarahan mengikut pemikiran yang positif contohnya:

* jangan marah kepada peribadi seseorang tapi marahlah pada persoalannya.
*fikir satu cara apakah dan bagaimana cara terbaik untuk anda memarahinya secara halus agar dia sedar kesilapannya.
*bersikap terbuka, jelaskan kenapa anda marah. Jangan hanya pendamkan di dalam hati kerana itu bukanlah jalan yang penyelesaian terbaik.
*akhir sekali, berdoa agar ditenteramkan hati dan dihindari daripada perasaan amarah dan dendam.

"p/s ada suatu insident yang buat aku terlalu marah pada Aiman dan zaki...namun alhamdulillah tips ini berjaya membantuku mengawal rasa amarah yang teramat..dan anak2 terselamat dari menjadi mangsa kemarahanku, hanya Allah yang membantuku"

21 comments:

pejuangkesan said...

btul tu kak..saya se7.Ni merupakan pendekatan tbaik yg perlu dambil time mrh..jgn main lepas je..

anaklaut said...

salam..idalara,

puisi yang penuh dengan maknanya sendiri, apapun terima kasih atas ulasan ida, ya, cinta itu suatu anugerah yang paling agung daripada tuhan kepada hambanya..

moga ida memperolehi cinta yang sejati.insyallah.

ya saya izinkan...

al said...

ambillah..saya izinkan.

Tirana said...

Marah biar bertempat dan mengikut seni..Marah pun ada seninya..hehehe

blueCITY said...

marah?

huhuhu..

biru pernah marah pada dia, pernah marah pada diri sendiri, pernah marah pada org lain...

kadang2 biru rasa cam kenapa org lain tak mcm biru?

now, kita kena jadi masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu me? apa erk? heheh...

marah ku ada sebab,
marahku akan buat ku berdiam,
marahku akan membuatku menangis..

=)

reen said...

klu marah..g blik air..amek air smbhyang...
jiwa akn tenang...

Idalara said...

salam pejuangkesan..terimaksih sering kunjung ke blog akak..betul..mujur akak rebaca tips ni..jadi nak marah pd anak tak jadi..

Idalara said...

salam anaklaut..
kadang2 saya hairan mengapa al sgt berjiwa seni..itulah anugerah dari Dia untuk hiburkan ht al..terimakasih..saya akan simpan dalam diari hati saya.

Idalara said...

ye ke tirana..marah berseni..ye lah..silap2 org yg kita marah tu terus jadi baik sbb cara kita marah..

Idalara said...

blue..nampaknya kita sama..kalau ida marah ida akan diam..tp tak pada anak2..anak2 kalau nak dimarah kena cakap kalau diam mereka tak fhm.
biru marah pada siapa? marah pada dia?ida pun penah marah paad diri sendiri kerana kesilapan sendiri dia tggalkan ida..sedihkan..

Idalara said...

al..terimakasih
saya akan ambil.

Idalara said...

reen..betul..kalau marah sgt ambil wuduk...buat solat sunat..pasti tak jd marah.

Rashid said...

salam kak ida

yup jangan cepat marah kak ida. Sabar k..

Ada juga petua bila marah, kita perlu tarik nafas beberapa kali.. tarik dalam-dalam & hembus perlahan-lahan. Masa tarik tuu katakan, aku perlu sabar.. masa hembus tu katakan, buangkan segala rasa amarah.. jauh-jauh..

anaklaut said...

salam...idalara,

terima kasih sudi singgah anaklaut..

"p/s pasni ramailah awek dr seremban cari al...dan al pasti temui seseorg yg berjaya menawan ht al...adalah nnti satu hati yg menangis bila al ada kekasih hati.."

kenapa idalara ckp mcm tu..?

Naz said...

saya suka yg no 1 tu. walaupun nmpak mudah, tp perlu kesabaran yg tinggi utk berdiam diri...

Idalara said...

salam cikgu Rashid..
kdg2 bila terlalu penat dan diduga dgn berbagai masalah rasa marah tu tak boleh dikawal..insyaallah panduan dari cikgu ini berguna juga buat kak ida.

Idalara said...

salam al.
maafkan saya jika kata2 saya buat al terasa..saya hanya bergurau saja..tak bermaksud apa2pun..tapi al kan masih solo....tak mustahil ada yg terpaut hati kat al..dan hati yg terluka itu...lupakan saja..

Idalara said...

naz...ye...betul tu...nak bersabar dan berdiam diri ni perlu kekuatan.

Naz said...

saya ada juga cuba, memang payah tahap gaban. kalo time marah tu, rasa mcm hapa ntah. sesungguhnya marah tu seumpama api yang akan menjadi besar kalo x dikawal... huhuhu....

idalara said...

betul naz..kak ida pun kalau terlalu marah pada anak2 rasa mcm tak terkawal..bila marah kat anak2 rasa marah sgt kat bapak diaorg kerana tak amik tahu hal anak2..

Naz said...

ayah bebudak tu ada dtg jengok2 ker? hai... susahlah kalo ayah depa tu buat lepas tangan jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...