Kelantan aku tinggalkan dengan seribu kenangan manis..kami menuju ke Terengganu Darul Iman yang pernah aku ziarah kira2 3 tahun lepas...semasa ziarah Terengganu dulu, Masjid Kristal masih dalam pembinaan..kini Masjid Kristal dan Taman Tamaddun Islam gah berdiri.
Dua2 Negeri ini memang memberi makna yang besar dalam hidupku...'B' berasal Kelantan tapi menetap di Terengganu..semasa sampai di Terengganu dia masih berada di Kelantan. 'Dia' yang pernah singgah dalam hidupku juga berasal dari Kelantan tapi menetap dan berkhidmat di Selatan Tanah Air...kini 'Dia' telah menjadi sebuah kenangan yang terindah dalam hidupku
Distinasi kami yang terawal ialah singgah di Kampung Losong untuk membeli keropok leko dan keropok kering...teruja betul nak membeli hinggakan tk sedar betapa beratnya mengusung keropok leko seberat RM75..bila dah duduk dalam bas baru rasa sakit2 tangan, takpelah..ntah bila lagi aku akan sampai kat Losong..
Semasa nk membeli, dalam kepala pikir berapa banyak hendak dibeli untuk buah tangan kwn2 opis dan adik beradik..sudahnya RM80.00 buat membeli keropok kering...manakala keropok yang siap bersira sebanyak RM20.00.
Selepas selesai membeli keropok leko dan keropok kering distinasi kedua ialah Masjid Kristal untuk menunaikan Solat Zohor Jama Asar..oleh kerana kesuntukan masa Taman Tamaddun Islam hanya aku pandang dari jauh saja.
Masjid Kristal yang banyak menimbulkan kontroversi suatu masa dulu...sampai juga aku di sini berada dalam Rumah Suci Allah ini...mungkin satu masa nanti aku akan menetap terus di sini..di Terengganu kalau bukan di Kelantan.
Selesai menunaikan solat Zohor Jama Asar di Masjid Kristal distinasi yang terakhir yang paling aku nanti2kan ialah Pasar Payang..terujanya melihat segala jenis makanan kesukaanku terdapat di Pasar Payang ini..hampir kesemua makanan yang dijual dengan harga yg sangat berpatutan...kalau tak pikirkan bonet bas yang dah sarat pasti lebih banyak yang aku beli...
Kira-kira pukul 5.00 petang aku dan rombongan Cik Kiah bergerak meninggalkan Terengganu.... Entah bila berkunjung lagi....
Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
dapat kita bertemu lagi..........
ps...segala kenangan manis di Kelantan dan Terengganu tetap tersimpan kemas dalam ingatan.
21 comments:
wah!! bukan main shopping keropok tu. Berkilo-kilo.. hehe
Suka makan keropok losong yang panas masak gitu je tak goreng..
Nampaknya memang banyak sungguh kenangan yang tertinggal...
bestnyeee laa nengok kopok lekor tuu...hihi...nakkkkkkk..
Salam Kak ida ..
Ada rezeki, boleh datang lagi..
Besh baca pengalaman kak Ida .
ehem2..hati masih berbunga2 lagi keee ?
Nampaknya hati kak ida dah terpaut kt pantai timur.
wah
sedapnya losong
lama xmakan
Episod Ke-25 ADKDA Boleh Dilayari Di http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-25.html
salam hans..mng kebetulan kak ida dpt keropok yg sedap..kak ida pun lama dah tk mkn keropok losong...tu yg beli beriya..
insyaallah nnti kak ida bc novelnya ye...
salam shameel..lama dah trpaut dgn org dn tempatnya...cuma tk berpeluang kerap ke sana.
salam linda maniss..
insyaallah ada rezeki kak ida mst pegi lg..
sentiasa berbunga2..hehe
cik amy nak kena dtg umah akak..tak pun g lah losong..dah tk jauh dr kb tu..
salam azie..
tertinggal dlm hati dn jiwa...
salam cikgu Rashid..
sesekali pegi ramailah yg dibg sebagai buah tangan,tu yg berkilo2 belinya...
kak ida tk bpe pndai mkn gitu..mst nk goreng dulu..
Eh, x singgah Kemaman ke?
Terkenang kembali keluarga angkat di terengganu. Ntah bagaimana mereka sejak ombak besar dulu. Rumah mereka di tepi pantai kompom hanyut. Berpuluh tahun tak dengar khabar. Rindu keropok losong. Rindu sata. Nak buat macam mana. Saya jauh di selatan
salam ziarah..
huhu, banyaknye sis b0rong k0pok..
yerla, lepas ni payah da nak sampai kang..da rezeki ley la menetap di sini nanti =)
Saya suka sangat kalau ke negeri-negeri Pantai timur. Ramai pelancong dalm negeri terus ke Kota Baru dan KT untuk shopping, menambah stok di di rumah. Kuantan, mereka tak minat, kecuali untuk bersantai di tepi pantai yang indah. Jadi, dah agih-agih kan ke bua tangan yang dibawa balik?
salam fatip...
tak singgah sebab dah singgah losong...fa dekat kemamang ke..
salam Norashikin..sedih juga dgr cerita sikin ni..terimaksih singgah sini ye..
salam azrai..
tu pun tak cukup..ramai sgt nk diagih2kan..insyaallah ada rezeki menetap terus puaslah mkn keropok..
Salam Kak nora..
betul tu...klu nak bersantai2 makan2 angin eluk ke chendering atau kuantan..tp klu ke KB atau Trengganu mst shoping..
dah siap agih2kan...kira2 semua merasa..
Waa menyimpan kenangan ye,teringat plk lagu kenangan terindah..
Post a Comment