Assalamualaikum...
Pejam celik, pejam celik sudah hampir 8 bulan anak-anakku mendapat status anak yatim bila abah mereka pergi meninggalkan dunia yang fana ini.....setiap malam bila melihat wajah mereka sedang tidur hati aku rasa sayu, anak-anak tak pernah bertanya tentang arwah abah mereka kerana mereka sendiri menyaksikan saat abah mereka dimandi, dikapan dan dikebumikan...mereka tahu di mana abah mereka berada.
Sepanjang membesarkan mereka bersendirian ini bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi...alhamdulillah semuanya dapat aku hadapi dengan kekuatan yang Allah SWT berikan...namun aku tahu akan datang lagi besar dugaan dan cabarannya bila mereka meningkat dewasa kelak..mudah2an Allah pelihara anak2ku dari segala perkara buruk dan tidak diingini.
Sekembali dari sekolah tengahari tadi Abdullah Zaki dengan wajah yang sungguh gembira, menyerahkan sebuah beg kepadaku..
"Ibu..tadi adik pegi majlis untuk anak yatim dan orang miskin kat Seroja"
"Adik pegi dengan sape?"
"Ustazah adik bawakkan...ramai ibu...semua anak yatim dengan budak2 miskin, adik dah makan tadi..bestttt..."
Rasa sangat terharu kerana ada insan yang sudi menganjurkan majlis ini buat anak-anak yatim dan fakir miskin..aku tahu ramai yang perihatin terhadap nasib anak2 yatim dan fakir miskin di mana-mana saja di Negara kita ini. Mudah2an segala sumbangan mereka mendapat balasan dari Allah SWT kelak.
"Maafkan Aku Teman"
Aku akui. ...di dunia nyata dan di dunia blog, aku bukanlah seorang kawan yang baik dan sempurna..terlalu banyak kelemahan di sana sini..mungkin aku kerap melakukan kesilapan dan tanpa aku sedar telah melukakan hati teman2...namun aku sedaya upaya cuba menjaga hati semua orang di sekelilingku...walaupun aku tak mampu menjaga semua hati...kerap ku biar hatiku terluka demi sebuah persahabatan..dan aku tidak terniatpun untuk melukakan hati sesiapa pun.
Aku berharap sekiranya aku pernah secara sengaja atau tidak telah melukakan hati teman2, aku meyusun jari sepuluh memohon jutaan ampun dan maaf...dan tujuanku bercerita tentang diriku dan anak2 di sini bukanlah untuk menagih simpati sekadar berkongsi dan meluahkan apa yg tersirat...mudah2an ada yang mengerti.
Siapalah diriku tanpa kamu semua...
ps hujan di luar seakan mengerti....
14 comments:
Ida...
seronok kan dapat memenuhi 'hajat' kawan... rajinlah ida masakkan untuk kawan.
Kakcik pun nak bubur caca jugakkkkkkkkkkk (campur durian) huhuhu....
Salam,
Alhamduilah syukur atas rezeki....moga kan bertambah dan tabah.
Syukur atas segala-galanya.
bumi mana yang tak di timpa hujan.
janganlah terlalu apologetik.
tiada gading yang tidak retak.
Anak yatim ni terlalu banyak keistimewaannya. Hatta menggosok kepalanya pun besar fadilatnya. Dan kalau dianiaya pula, terlalu berat hukumannya! InsyaAllah, anak2 Ida akan menjadi anak2 yang baik... :)
Moga kak ida tabah sentiasa menghadapi mehnah Rabbul Izzati.
Allah bersama orang yang tabah dan sabar.
Sedapnya bubur caca,Idah. Kenapa dipanggil bubur caca ek? Dari perkataan 'cacamarbah'ke?
salam kak nora
agaknya mungkin juga sebab bubur tu berwarna warni..so nk senang panggil je bubur caca..
salam shameel
insyallah..kaki ida akan sentiasa tabah meski pun berbagai dugaan di luar yg menanti.
salam fa'atip
itulah yang ida tahu tentang anak2 yatim ini...tp ada juga org yg cuma cari kesalahan anak2 yatim ini tanpa mahu membimbing dn memberi tunjuk ajar.
salam al- lavendari
yup..mungkin sy ni terlalu mengikut rasa....memang betultiada manusia yg tidak buat kesilapan.
salam kakcik..
kalau dekat mesti ida hntr semangkuk untuk kakcik...
salam ibu n abah..
tguk mood juga..kdg tu smpai berbulan juga nk penuhi hajat kwn2...
Untung kawan2 akak tu. Saya ni ngidam nak makan bubur chacha, tapi tak reti buat plak..hehe..
p/s: semoga tabah hadapi dugaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Post a Comment