Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, June 20, 2010

Maafkan Saya Cik Amy Dan Pasangannya

Assalamualikum WBT.



Pada entry yang bertajuk "Awards Tanda Hati" yang ditujukan kepada Cik Amy Sensei dan Yua Zawa, saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Cik Amy Sensei masih single dan available. Rupanya kenyataan itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati seseorang...cara En Anonymous memberi komen memang menunjukkan dia memang marah pada kenyataan yang saya buat....saya minta maaf kerana kesilapan itu..dan bukan niat saya untuk mempromosi Cik Amy... hanya gurau senda di entry yang tiada bermaksud apa-apa....Jangan bimbang, jika Allah telah menetapkan jodoh kamu berdua pasti takkan kemana...

Saya memang kerap bersembang dengan Cik Amy melalui alam maya, kerana saya percaya pada Cik Amy yang jujur...saya kerap bercerita hal saya..jadi saya sangkakan saya telah mengenali Cik Amy yang terlalu perahsia itu..baru tersedar selama ini hanya saya yang bercerita, cik Amy hanya bertanya tentang seseorang pada saya dan menjadi pendengar setia tetapi memang tak pernah sekalipun Cik Amy bercerita hal peribadi dan kehidupan beliau kepada saya apa lagi kisah percintaan beliau, jadi saya menyangkakan Cik Amy masih single apabila membaca Mukaddimah cik Amy di blog.

Semalam barulah saya mendapat pengesahan dari Cik Amy yang dia memang telah di miliki seseorang, tapi saya tidak pasti samada sudah berumahtangga, sudah bertunang atau hanya sedang bercinta, mungkin En Anonymous boleh beri kenyataan pula kan...:))

Saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kepada en Anonymous iaitu pasangan Cik Amy kerana membuat kenyataan yang Cik Amy masih single and available, saya doakan kamu akan bertemu jodoh andaikata belum ada ikatan pernikahan dan akan berkekalan hingga akhir hayat..

Dan di sini saya saya dengan rendah hatinya ingin membetulkan fakta iaitu CIK AMY SENSEI dari blog kilauan cinta "not single and not availble...."Saya berharap selepas ini En Anonymous akan berpuas hati.


ps: kalau dia adalah pilihan kamu, aku doakan muga kamu berbahagia...

14 comments:

LiNda said...

Timbul kekeliruan bila Cik Amy masih mengekalkan gelaran 'CIK' . So, bukan salah Kak Ida...

Penting untuk kita memberitahu status diri .. samada bergelar isteri, ibu atau sigle . Agar tdk menimbulkan fitnah .

Idalara said...

salam sayang linda..
tak salah rasanya jika kita berterus terang status kita kan..mcm linda kata untuk tidak menimbulkan kekeliruan dn fitnah..

terimaksih linda keran memahami kak ida..sayang linda..

kakcikseroja said...

Hmmmm.. bukankah senang kalau berterus terang?? :)

piewahid said...

salam,
biasalah tu ida, maksud saya kdg2 tersilap sana sini. saya ada baca n3 dan komen tu. bagi sy bukan isu besar pun...

kalau dah mmg hak kita, hak kita lah. tak perlu gelabah! moga sahabat2 kita berbahagia dunia akhirat.

ahmad humairi said...

salam,

buang yang keruh, ambil yang jernih...baru teguh peribadi.

shameel Iskandar said...

perkara yg kecil tak perlu diperbesarkan.

birU said...

salam

ada gaduh2 n salah paham ke?
hmmm
saya seperti memahami cerita sebenar
saya seakan tahu siapa mereka
so,

saya jauhkan diri dari semua ini
agar saya tak masuk campur
lalala...

Anonymous said...

pasangan cik amy aka anon itu adalah?













apa yg akak fikirkan itu lah
yup, betul...
dia lah pasangan cik amy

Idalara said...

salam anonymous..
muga anda sentiasa dirahmati..

Idalara said...

salam biru
tak gaduh..cuma salah faham...keliru dan tersilap..
insyallah selepas inipun sy akan jauhkan diri dr mereka.

Idalara said...

salam shamel..
bukan perbesarkan cuma menunaikan janji nk membetulkan keadaan..skrg semua sudah jelas dan nyata...

Idalara said...

salam ahmad humairi
insyaallah semua sudah jernih.

Idalara said...

salam sdr piewahid
kdg2 kita sangak kita dah kenal seseorg tu bila kita berkwn baik dgn dia..itu sebab timbul salah faham..
betul sy setujuh..klu dah jodoh tkkan ke mana.

Idalara said...

salam kakcik..
setuju..jujur,ikhlas berterus terang adalah sebaik2nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...