Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, June 25, 2010

Rezeki Anak Yatim..

Bismillah....

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik sudah hampir 8 bulan anak-anakku mendapat status anak yatim bila abah mereka pergi meninggalkan dunia yang fana ini.....setiap malam bila melihat wajah mereka sedang tidur hati aku rasa sayu, anak-anak tak pernah bertanya tentang arwah abah mereka kerana mereka sendiri menyaksikan saat abah mereka dimandi, dikapan dan dikebumikan...mereka tahu di mana abah mereka berada.

Sepanjang membesarkan mereka bersendirian ini bukan sedikit dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi...alhamdulillah semuanya dapat aku hadapi dengan kekuatan yang Allah SWT berikan...namun aku tahu akan datang lagi besar dugaan dan cabarannya bila mereka meningkat dewasa kelak..mudah2an Allah pelihara anak2ku dari segala perkara buruk dan tidak diingini.

Sekembali dari sekolah tengahari tadi Abdullah Zaki dengan wajah yang sungguh gembira, menyerahkan sebuah beg kepadaku..

"Ibu..tadi adik pegi majlis untuk anak yatim dan orang miskin kat Seroja"

"Adik pegi dengan sape?"

"Ustazah adik bawakkan...ramai ibu...semua anak yatim dengan budak2 miskin, adik dah makan tadi..bestttt..."
Beg berwarna hijau ini bertulis " Majlis kesyukuran bersama anak yatim-miskin"..aku sendiri tak tahu siapa yang menganjurkan majlis yang sangat bererti buat anakku ini, dan aku sendiri tidak dimaklumkan sebelum majlis ini berlangsung..

Rasa sangat terharu kerana ada insan yang sudi menganjurkan majlis ini buat anak-anak yatim dan fakir miskin..aku tahu ramai yang perihatin terhadap nasib anak2 yatim dan fakir miskin di mana-mana saja di Negara kita ini. Mudah2an segala sumbangan mereka mendapat balasan dari Allah SWT kelak.
Inilah barang-barang yang diberi kepada anakku Abdullah Zaki, sebuah beg yang mengandungi Surah Yasin, buku Nota, air kotak, alat tulis, cawan seramik dan sekeping sampul surat berisi wang RM50.00...teringat kasut sekolah anak2 sudah agak lusuh..bolehlah wang pemberian ini ku belikan kasut sekolah mereka...Alhamdulillah mudah2an rezeki anak2 yatim ini bertambah setiap hari.

Tengahari tadi sempat juga aku masakkan bubur caca untuk kawan-kawan di pejabat..sudah hampir dua minggu salah seorang ofis-mate teringin nak makan bubur caca..bukan mengidam tapi teringin sebab isteri di rumah tak mahu masakkan..oleh kerana mood aku agak baik harini makan aku masakkanlah bubur caca ini.

Lega rasanya bila hajat kawan2 dah tertunai..selagi tidak dibuatkan rasa terbuku dalam hati...lagipun bahan2 untuk bubur caca ni dah lama ku beli..
"Maafkan Aku Teman"
Aku akui. ...di dunia nyata dan di dunia blog, aku bukanlah seorang kawan yang baik dan sempurna..terlalu banyak kelemahan di sana sini..mungkin aku kerap melakukan kesilapan dan tanpa aku sedar telah melukakan hati teman2...namun aku sedaya upaya cuba menjaga hati semua orang di sekelilingku...walaupun aku tak mampu menjaga semua hati...kerap ku biar hatiku terluka demi sebuah persahabatan..dan aku tidak terniatpun untuk melukakan hati sesiapa pun.
Aku berharap sekiranya aku pernah secara sengaja atau tidak telah melukakan hati teman2, aku meyusun jari sepuluh memohon jutaan ampun dan maaf...dan tujuanku bercerita tentang diriku dan anak2 di sini bukanlah untuk menagih simpati sekadar berkongsi dan meluahkan apa yg tersirat...mudah2an ada yang mengerti.
Siapalah diriku tanpa kamu semua...
ps hujan di luar seakan mengerti....

14 comments:

Ibu n Abah said...

Ida...
seronok kan dapat memenuhi 'hajat' kawan... rajinlah ida masakkan untuk kawan.

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun nak bubur caca jugakkkkkkkkkkk (campur durian) huhuhu....

ahmad humairi said...

Salam,

Alhamduilah syukur atas rezeki....moga kan bertambah dan tabah.

Syukur atas segala-galanya.

al-lavendari said...

bumi mana yang tak di timpa hujan.
janganlah terlalu apologetik.
tiada gading yang tidak retak.

FaAtip said...

Anak yatim ni terlalu banyak keistimewaannya. Hatta menggosok kepalanya pun besar fadilatnya. Dan kalau dianiaya pula, terlalu berat hukumannya! InsyaAllah, anak2 Ida akan menjadi anak2 yang baik... :)

shameel Iskandar said...

Moga kak ida tabah sentiasa menghadapi mehnah Rabbul Izzati.

Allah bersama orang yang tabah dan sabar.

Hjh Noralenna Abbas said...

Sedapnya bubur caca,Idah. Kenapa dipanggil bubur caca ek? Dari perkataan 'cacamarbah'ke?

Idalara said...

salam kak nora
agaknya mungkin juga sebab bubur tu berwarna warni..so nk senang panggil je bubur caca..

Idalara said...

salam shameel
insyallah..kaki ida akan sentiasa tabah meski pun berbagai dugaan di luar yg menanti.

Idalara said...

salam fa'atip
itulah yang ida tahu tentang anak2 yatim ini...tp ada juga org yg cuma cari kesalahan anak2 yatim ini tanpa mahu membimbing dn memberi tunjuk ajar.

Idalara said...

salam al- lavendari
yup..mungkin sy ni terlalu mengikut rasa....memang betultiada manusia yg tidak buat kesilapan.

Idalara said...

salam kakcik..
kalau dekat mesti ida hntr semangkuk untuk kakcik...

Idalara said...

salam ibu n abah..
tguk mood juga..kdg tu smpai berbulan juga nk penuhi hajat kwn2...

Unknown said...

Untung kawan2 akak tu. Saya ni ngidam nak makan bubur chacha, tapi tak reti buat plak..hehe..

p/s: semoga tabah hadapi dugaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...