Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, June 30, 2010

Rasulullah menuntut hutang

Bismillah.

Seorang lelaki Badwi singgah di Mekah membawa haiwan ternakannya untuk dijual. Abu Jahal menunjukkan minat mahu membeli dan menyuruh si Badwi membawa ternakan itu ke kandang muliknya. Abu Jahal berpesan, "Datanglah esuk " supaya dapat dia jelaskan bayaran haiwan yang dibeli.

Esuknya Si Badwi datang menuntut bayaran tetapi Abu Jahal meminta tangguh dan menyuruhnya datang lagi esuk. Keesukannya Abu Jahal memberi alasan lagi dan Si Badwi terasa dirinya dipermainkan oleh Abu Jahal, orang kaya Quraisy itu. Berhari-hari dia terpaksa tinggal di Mekah semata-mata kerana hutang Abu Jahal.

Si Badwi mengadu masalahnya kepada beberapa pembesar Quraisy lain tetapi tiada sesiapa yang mengambil tindakan. Berasa kecewa, si Badwi masuk ke kawasan masjid yang menempatkan Kaabah. Dia bertemu seorang pemimpin Quraisy dan mengadu masalahnya tetapi mereka mencadangkan supaya Si Badwi bertemu Nabi Muhammad SAW yang sedang beribadat berhampiran Kaabah.

Si Badwi tidak tahun bahawa sebenarnya pepbesar Quraisy itu sengaja hendak mengenakan Rasulullah. Seluruh penduduk Mekah tahu Abu Jahal amat benci kepada Muhammad dan fikir mereka, sudah pasti Rasulullah SAW tidak berani bertemu Abu Jahal untuk menuntut hutang Si Badwi.

Si Badwi yang lurus bendul terus bertemu Rasulullah dan mengadu masalahnya. Rasulullah bangun lantas mengajak Si Badwi ke rumah Abu Jahal. Sampai di kediaman Abu Jahal, baginda terus mengetul pintu dan memanggil Abu Jahal dengan suara yang kuat. Abu Jahal membuka pintu dan Rasulullah terus mencekak leher baju Abu Jahal sambil mengarahkan Abu Jahal menjelaskan hutangnya kepada si Badwi.

Abu Jahal ketakutan dan jelas gementar dengan kemarahan Rasulullah. Dia terus membayar hutangnya kepada si Badwi. Selesailah hutang si Badwi pada masa itu juga. Rasulullah dan si Badwi kembali ke Kaabah. Si Badwi terlalu gembira lalu menceritakan kepada orang ramai segala yang berlaku di rumah Abu Jahal.

Abu Jahal tiba di Masjid tidak lama kemudian. Dia dikerumuni orang ramai yang ingin tahu kisahnya. Abu Jahal bercerita, ketika namanya dipanggil, dia terasa jiwanya dilanda ketakutan. Apabila membuka pintu, dia melihat di belakang Rasulullah ada seekor ular besar yang menyebabkan dia takut untuk mmebantah aarahan Rasulullah.

ps ucapkan Selawat atas Junjungan Rasulullah SAW tidak kira waktu dn ketika.

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Allahhummasolli'ala Saiyidina Muhammad.

ahmad humairi said...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda, seterusnya buat tuan rumah yang dimuliakan.

Posting yang menginsafkan diri ini.

Alhamdulillah. Moga diri ini akan mnelangsaikan sugala hutang dan moga Allah ringankan serta tambahkan rezeki untuk tujuan itu, insyaAllah.

Ibu n Abah said...

Ida..
seronok baca kisah2 nabi ni... sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama-sama.... tq...

shameel Iskandar said...

Melunaskan hutang adalah satu kewajipan. Malah roh akan tergantung andainya hutang tak sempat dilunaskan sebelum mati.

Tentang hutang ayat terpanjang dalam al-quran ialah ayat ttg hutang. lihatlah Surah Al-Baqarah, ayat 282 itulah ayat terpanjang di dalam Al-Quran. Ia berbicara tentang hutang.

ini menunjukkan betapa islam memandang serius persoalan hutang piutang.

Idalara said...

salam kak cik..
muga kita aadalah umat yg di terima Nabi di Sana nanti dn mendapat syafaat Baginda.

Idalara said...

salam ahmad humairi
terimaksih..
ingat mengingati sesama kita agar tidak lupa membayar hutang dn sentiasa mengucap Selawat atas Junjungan Rasulullah SAW

Idalara said...

salam
betul tu ibu n abah...kisah2 Nabi dan para Rasul sngt bagus untuk dibuat tauladan.

Idalara said...

salam shameel
mudah2an kiat semua bebas dr hutang yg akan membuat kita tersiksa kerananya.

al-lavendari said...

salam.

memang orang yang berhutag sentiasa berada dalam ketakutan dan nampak macam2.

pengajarannya - elakkan berhutang dan kalau berhutang segera bayar mengikut tempoh yang telah dijanjikan.

FaAtip said...

Allahuakbar!

Thanks Ida, kerana sudi berkongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...