Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, June 11, 2010

Nasi Lemak Buah Bidara

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba turutkan..

Sebenarnya tiada kena mengenapun pantun di atas dengan entry kali ni...sejak seminggu lepas Abdullah Zaki minta dibuatkan nasi lemak..katanya beli kt kedai tak sedap..ibu buat sedap...so subuh2 tadi siaplah nasi lemak permintaan anak-anak..rasanya hampir bertahun juga aku tk memasak nasi lemak ni...inilah hasilnya...tak cukup lengkap..tiada kacang dan ikan bilis....

Alhamdulillah setelah 12 tahun( istilah yg digunakan utk menunjukkan dah terlalu lama tk buat)..nasi lemak aku eluk lembut dan sedang2 lemaknya..nasi lemak yg keras mematahkan selera nk menikmatinya..


Timun dan telur rebus..nak makan tad baru dikupas dan dipotong....

Sambal nasi lemak ni memang berwarna meraah pekat..menandakan cukup masak, cukup asam garam dan gulanya...boleh tahan hingga seminggu kerana dimasak hingga 1 jam.


Bekas-bekas ini untuk aku tapau ke ofis....kira2nya pagi tadi semua merasa nasi lemak air tangan aku...kata mereka
" Ni macam boleh berniaga ni....buka warung jual nasi lemak..."
Apa saja yang aku masak dn bagi diaorg rasa, mesti keluar kata2 tu...insyallah masin mulut mereka, satu hari nanti tercapai juga niat dan harapan aku untuk berniaga kedai makan...masak asam pedas Melaka...atau ambil alih tugas mak abah....buka cathering, ambil tempahan untuk memasak nasi beryani...Insyaallah.


ps.....hujan di luar bagai mengerti hati yang dihimpit pilu...

17 comments:

Ibu n Abah said...

ida..
mana nak menurunnya air tangan mak ida kalau tidak kepada ida...
hmmm... nampaknya memang boleh sangatlah ida menyambung warisan dari mak dan ayah ida...(hmmmm kena merasalah nasi lemak dan asam pedas orang umbai ni...)

yua said...

wow msti sdp nin... tgok pon da kecur air liur.. nasi lmk mmg feveret yua..

Acik said...

Salam..
Boleh jual pd kawan2 la buat tambah pendapatan...
Air tangan ibu memang tak sama dgn air tangan org lain..

mamawana said...

Salam Chef Ida....

Wahhhh sedapnyerrrr nasi lemak. Nakkk

Amieynna Amin said...

bila baca blog akak mesti lapar...
sedapnye...
mana ikan bilis n kacang???

azieazah said...

Woww! Kalu masak sambal sudah menjadi sedap, buat masak dgn sotong ker, kerang ker, sambal udang ker.. gerenti sedap lah!

tingin nak cuba. Kalu menjadi usaha berniaga, kabor2 yerrrr....

Umi Nazrah said...

meleleh air liur tengok gambar :D

Idalara said...

Salam Nazra...
hihi..sory buat air liur nazra meleleh...

Idalara said...

salam azie...
betul tu azie...yg pnting sambalnya mst sedap..

insyallah...nnti ida kabo2kan..cuma mungkin amik masa sikit.

Idalara said...

salam mamawana..
wahhh...mudah2an masin mulut mama....nak meh lah ida buat kan lg..

Idalara said...

salam dik myna..
sejak dua menjak ni akak mng suka betul masak,lebih2 lagi bila guna kuali periuk yg baru dibeli kat kelantan...

ikan bilis dgn kacang tk sempat goreng..

Idalara said...

salam acik..
kwn2 selalu juga buat cadangan mcmtu.kak ida mng penah buat jual mcmtu tp tak lama sbb mcm tak pulang modal bila beli brg2 kt kedai yg mahal..imsyallah akan buat juga mcm tu nnti.

betul..air tangan ibu tk sama dgn air tangan org lain..

Idalara said...

salam yua..
tang sambal tu yg buat air liur meleleh kan...

Idalara said...

salam ibu n abah..
adik2 perempuan ida pun mng menurun bakat mak..insyallah mng kami ada perancangan nk teruskan bisness mak abah..

(ni nak kena ajak akak dtg umah..tp seganlah pulak nk ajak)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bila tgk gambar, mmg Pn Ida pandai masak.Sebenarnya tiadalah apa2 rahsia membuat nasi lemak ni (bagi saya) kecuali kita perlu fikir dan kreatif. Tetapi kekuatan nasi lemak bergantung kpd sambalnya. Kekuatan sedap atau tidak sambalnya pula bergantung kepada jenis belacan dan cili yg digiling! Mcmanapun ini pengalaman nostalgia saya yg pernah jual nasi lemak bertahun2 dari kecil sehingga habis alam persekolahan!

Idalara said...

Waalaikumsalam wbt sdr Tajnur..
nak kata pandai taklah..bolehlah sikit2..betul sy setuju dgn kata2 sdr tajnur..kalau smbal tk sedap dan tak betul2 masak memang mematahkan kesedapan nasi lemak..dan belacan yg sy gunakan memang belacan asli yg dibuat oleh org kampung..
pengalaman sdr tajnur yg bertahun2 menjual nasi lemak sudah pastilah sdr pandai memasak nasi lemak...bertuah isteri sdr tajnur, bila sesekala sekali masakkan untuk anak isteri...
terimaksih singgah.

MaizaC'Joe said...

salam my lovely sis idalara

hehe... akak sihat ka?? lama maiza tak singgah sini.. terbau nasi lemak.. sbb tue singgah.. sedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...