Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, June 05, 2010

Menu Sepanjang Hari Ini....

Cuti Sekolah telah bermula ( Selamat bercuti buat semua guru-guru wlupun selalunya guru2 tetap bertugas semasa musim cuti sekolah) Bila cuti sekolah, bermakna tiada kesibukan mengurus anak2 nak ke sekolah...tapi kesibukan menyediakan minum pagi, makan tengahari dan minum petang pula bermula..

Sejak balik dari bercuti, keja2 ofis tidaklah terlalu banyak dan mendesak..cuma sibuk buat bayaran pengeluaran yuran anggota Koperasi dan menyediakan bank reconcilition untuk Mei..juga persiapan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi pada hujung Jun ini.

Seperti biasa weekend begini kalau tk ada urusan penting, seharian aku akan ke ofis..sebelum duduk seharian di ofis, inilah yang sempat aku sediakan untuk anak2 dan untuk bekalan aku di ofis...Sila2kan menjamu mata....

Cucur manis...kegemaran anak2...untuk menjadikan rangup dan bulat2 macmni kenalah perap dulu adunan tepung cucur manis ni..sebelum solat suboh aku bancuh dulu adunannya dan perap selama 1 jam...kemudian barulah di goreng dengan minyak yang banyak.

Bihun goreng memang favourite aku..hari2 mengadap bihun goreng pun tak apa...kali ni aku tak letak tauge kerana anak2 tak berapa suka ...so aku gantikan dengan sayur kubis...perahkan limau kasturi lagi terangkat....
Sambal tumis udang....walaupun aku kurang makan udang tapi aku memang suka beli udang...kerana udang adalah bahan penting dalam banyak masakan dan juga kesukaan anak2...sambil menumis sambal, aku menanak nasi dan menyediakan bahan2 untuk bubur kacang pula...
Inilah menu terakhir untuk pencuci mulut petang nanti..kacang hijau memang telah siap aku rebus malam tadi...memudahkan tugas aku memasaknya pagi2 tadi, kalau pagi tadi baru nak rebus tentu lambat masaknya......lebih menyelerakan bila aku letak lempuk durian yang aku beli di Pasar Payang hari tu..ada juga kwn pejabat yang tak tahu apa tu lempuk durian...jenuh aku nk jelaskan...tempoyak dia tahu pulak...
Selamat sudah menu untuk hari ini....esuk lusa tulat langkat ntah apa pulak.....memasak memang semudah A, B, C...jika ikhlas dan lahir dari hati....
ps...rasa ingin ke Terminal 2 Seremban menonton LBS....tapi sendirian rasa tak best pulak...

11 comments:

windi said...

bertuahnya anak2 dapat mak yang prihatin dan selalu masak sedap camni. terliur pula nampak bubur kacang tu. nak masak bubur kacanglah..hehe

tuan director said...

sedap2
dah lama x mkn cucoq manis

Idalara said...

salam windi..
alhamdulillah ms tgh rajin ni bertuahlah anak2...msk ni bukan susah pun..yg penting hati mau..

Idalara said...

salam Wan Perlis..
kerap mkn cucuq udang,ikan bilis sesekali tukar yg mani lak...

Maiyah said...

wahhhhh.. nak sket..

azieazah said...

woww...! Sambal Tumis Udang. Menyelerakan.

Bubur Kacang campur Lempuk Durian, menggoda wehhhh!

Pn Kartini said...

salam my dear sis..:):)

Rajin akak..:):)
tabik springgggg gituu..:):)
Pe2..tumis udang tuu..sedap jek nampak..:):)

Idalara said...

salam Kartini...:))

kenalah rajin utk anak2...bila dh siap semua dok sehaari suntuk kt pejbt pun tkpe..

Idalara said...

salam azie...
nak2 pulak tgh lapar2 mengadap dua menu ni....mak mertua lalu kt belakang pun tk sedar...

Idalara said...

salam maiyah..
nnti kak ida poskan....

PUAN PIA said...

kenyang btl bila dpt tgk makanan.... bile nk post nye ke sini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...