Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, June 27, 2010

Lalai atau lupa....

Bismillah...

Entah apa kena denganku...hari Jumaat lepas, waktu rehat yang agak panjang aku manafaatkan dengan memasak bubur caca (kak nora bertanya nape dinamakan 'caca' )..agaknya sebab tepung tu colourful...dimasak bersama ubi keledek dan labu..jadilah caca marba lalu dipanggil bubur caca...mungkin juga.

Tungku yang agak kuat apinya aku gunakan untuk memasak bubur caca, manakala tungku yang apinya agak slow aku gunakan untuk memasak nasi..aku lebih suka memasak nasi menggunakan dapur gas kerana nasi lebih sedap dan tahan lama. Setelah nasi kering aku terus mengangkat periuk dan letakkan ke dalam bekas periuk nasi elektrik.
Pada masa yang sama, bubur caca sudah pun siap...aku sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam tupperware untuk dibawa ke pejabat...kemudian aku menunaikan Solat Zohor..

Hampir 2.20ptg aku sudah siap untuk ke pejabat tanpa menjenguk semula ke dapur...semua rakan2 ofis merasa bubur caca yang aku bawa...Alhamdulillah.

Waktu pejabat tamat pukul 5.15..bercadang nak ke pasar malam tak jauh dari tempat kediamanku..aku solat Asar dulu sebelum ke pasar malam.

Aku hanya mengambil masa selama hampir 1/2 jam saja di pasar malam..setelah mendapat apa yang dihajati aku kembali ke rumah...nak cepat sebab nak menonton 'benci bilang cinta'...(ni yang malas..bila dah ikuti susah nak tinggalkan)

Masuk saja ke dalam rumah, aku dah berbau benda yang terbakar....ooo..agaknya orang bawah rumahku memasak kot..aku terus ke dapur...aduhai...terkejut bukan kepalang bila lihat api dapur gas menyala...bila pulak api ni terpasang,siapa pulak yg nyalakan..Aiman masih di sekolah..Abdullah Zaki ada bersama aku ke pasar malam.

Barulah aku teringat...aku yang terlupa padamkan api gas tersebut tengahari tadi...masa memasak tengahari tadi aku selak langsir..cahaya agak terang menyebabkan aku tak perasan api dapur masih menyala...bila dah senja, dapur jadi gelap, barulah nampak api berwarna biru sedang menyala....

Banyak jam juga api gas tersebut menyala., dari pukul 2.00 hingga 6.00 ptg....aku kerugian gas...dan hampir kerugian rumahku andai sesuatu yang buruk berlaku...Alhamdulillah...bukan gas yang keluar tanpa api menyala..kerana itu lebih bahaya...walaubagaimanapun tetap bahaya kerana aku lalai atau lupa?

Itulah akibatnya kerana asyik berfikir semasa memasak...macam2 benda yang aku fikirkan hingga aku terlupa memadamkan gas. Mudah2an ia menjadi pengajaran kepadaku dan berhati2 dilain kali.

moral of the story : masa memasak pikir pasal masak saja..jangan kusutkan minda dengan hal2 lain :)

ps bohong kalau aku katakan kejadian itu tidak menganggu emosiku...

12 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:)
Aduhaii...bahaya tu kak...
Syukur tak ada apa2 yang berlaku..
Harap di lain masa ..akak beringat2 yaa..:)

p/s:adussss...samalah dgn tinie ..terjebak lakk dgn citer indon!!ishh!hehehe..

Maiyah said...

uikk.. bahaya tu.. jgn memain ngan gas ni.. takut tau..

Ibu n Abah said...

salam ida..
kejadian terlupa tutup api dapur memang merbahaya tapi Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian yg tidak diingini berlaku. Saya pun pernah terlupa nak tutup api dapur hingga kuah laksa pernah kering dalam periuk. Apa nak buat, kita semakin berusia... jadinya memang akan sekali-sekali jadi pelupa.....

Unknown said...

salam Ida....

Alhamdulillah semuanya selamat ...

dan pengajaran juga buat para pengunjung blog Ida...

wachak said...

Ish ish ish ... jgn selalu wat cam tu sis. Berhati-hati di jln raya ... ngeee

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah.. tiada perkara yang tidak diingin terjadi. Kita menjadi lupa kerana lalai, dan kita menjadi lalai kerana lupa... :)

CITY® said...

salam,
saya juga antara org yang kerap cuai
jadikan ia sebagai peringatan kan
jgn buat kali kedua
tapi kita ni lah
selalu gak buat silap yg sama
huwaaaaaaaa...

Idalara said...

waalaikumsalam biru
tu lah kdg2 benda ni nk hati2 mcmne pun bila dh kelam kabut akan berlaku juga...

Hami Asraff said...

Salam. Terima kasih sudi follow blog saya yang tak seberapa. Sangat hargai :) BTW, nasib baik la teringat. Boleh meletup kalau dibiarkan lebih lama tu. Syukurlah teringat dan sempat tutup :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

JANGAN DAPUR TAK BERASAP SUDAH LAPO PERUT

mamawana said...

Salam ida...

Alhamdulillah , nasib bek semua selamat takdak apa2 bahaya.

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah...tak jadi apa2 musibah...takut saya membayangkannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...