Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, June 18, 2010

Awards dan Tanda Hati

Assalamualaikum...

Rasanya lama juga aku tidak menerima pemberian dari teman-teman di alam maya ini...mugkin sebab aku juga tidak memberi sesuatu yang istimewa kepada teman-teman..meskipun aku tidak pernah memberi sesuatu kepada teman-teman semua namun aku sentiasa mengingati kamu dan sangat sayang pada kamu semua...teman-teman yang sudi berkongsi suka dan duka di maya ini...terimaksih kerana sering mengunjungi aku di sini walaupun aku jarang mengunjungi kamu.

Mawar merah yang cantik ini pemberian dari cik amy sensei . Rasanya aku dah terlupa dari mana aku mengenali Cik Amy ini, mungkin dari kunjung mengunjung sesama blogger...bagaimana rupanya pun tidak aku ketahui kerana cik Amy terlalu perahsia orangnya, rasanya cik amy seorang yang cantik dan lemah lembut orangnya......selalu juga aku meminta cik amy menyiarkan gambarnya tapi cik amy tetap berpegang teguh pada perinsipnya..tidak akan sembarangan menyiarkan gambarnya untuk tatapan umum..Cik amy seorang guru Bahasa Arab dan mengajar di Sarawak..masih single and available..hehehe...jangan marah Cik Amy. Ini pula pemberian dari cik Yua Zawa
Aku baru mengenali Yua Zawa ini..jadi aku tidak dapat memberi gambaran bagaimana Yua Zawa ini..andai teman-teman ingin mengnali Yua, silalah ke blog beliau melalui link yang aku sertakan.

Apa-apapun aku ucapkan jutaan terimakasih kepada Cik Amy dan Yua Zawa kerana sudi memberi tanda hati yang sangat cantik ini....sayang kamu.

ps...pemberian darinya tetap ku simpan dalam lipatan hati..walaupun dia semakin jauh dariku...

16 comments:

Anonymous said...

beshnyew dapat awards!!!

Chenta said...

Sayang Kak Ida !

muaaaaah ..

Anonymous said...

salam...

dalam entri ini...ada kesilapan fakta,

cik amy bukan single lagi dah..
dia dah jadi milik saya..

ya..dia memang seorang gadis yg cantik..ayu dan sejuk je mata sape2 yg memandang,,

saya adalah milik dia, dia adalah milik saya...

harap maklum...

Anonymous said...

harap dapat betulkan fakta tu ya..

Idalara said...

Assalamualikum en anonymous..
sy berkwn baik dgn cik amy dn kerap bersembang melalui YM..setahu sy cik amy belum lagi menjadi isteri org..kalau sudah ada BF tu belum tentu akan menjadi miliknya.dan jika melihat mukaddimah cik amy di blognya dia masih mencari kebahagiaan sejati,,bermakna dia belumlah betul2 berpunya..

maafkan sy..selagi sy tidak mendapat pengesahan dari cik amy yg dia sudah berpunya sy tidak akan membetulkan fakta tersebut..

dan lagi andai en anonymous betul2 milik cik amy dan cik amy milik en anonymous mengapa bersembunyi di sebalik nama anonymous..berterus terang lah saja...kan lebih baik...

Idalara said...

JK..mng best pun bila tguk koleksi awards dan pemberian teman2,tanda kita dihaargai..

Idalara said...

sayang linda juga...
Muaaahhh.

Maiyah said...

tahniah dpt award..

Hjh Noralenna Abbas said...

Wah, saya suka rumah Ida. Bila tukar rumah ni. ada bunga-bunga lagi you! Tahniah, kreatif..

Idalara said...

salam maiyah
terimkasih ye dik..maiyah pun layak dapat award sbb maiyah paling rajin ziarah kt blog kengkawan.

Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...
This comment has been removed by the author.
Idalara said...

salam kak nora
terimakasih sudi berkunjung di rumah baru sy yg agak dah tak baru..

piewahid said...

tahniah ya,
tag mengetag utk saling mengenali dan mengukuhkan silaturrahim.

Idalara said...

terimaksih sdr piewahid...mudah2an di sini kita mendapat lebih ramai sahabat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...