Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, September 27, 2009

Kotak Email......

Terkejut..tergamam...terkedu..bila baca email yang aku terima pada 20 September baru2 ini..kerana kesibukan menyiapkan tempah almond london dan berbagai2 masalah aku jarang membuka kotak emailku..lagi pun 'dia' sudah terlalu jarang menghantar sesuatu di kotak emailku maka mood untuk membuka kotak email agak berkurangan.

Sejak semalam aku sudah membuka kotak emailku namun tak perasan satu email dari seseorang yang tidak aku kenali..

Mengenalkan dirinya sebagai A adik kembar kepada arwah tunang seseorang yang aku kenali dan mungkin pada firasatnya aku amat menyukai lelaki itu kerana dia sentiasa mengikuti perkembangan blogku dan abang iparnya ( sebenarnya belum pun sempat menjadi abang iparnya)...kalaupun benar aku menyukai lelaki itu adalah hakku dan ianya satu anugerah dari Allah..dan tak semestinya bila aku menyukai lelaki itu, dia juga menyukaiku...tak semestinya bila kita mencintai seseorg kita akan memilikinya.

Menurut email gadis itu (pastilah gadis) dia memintaku supaya tidak menganggu abang iparnya, bila pula aku menganggu lelaki itu?...memintaku menjauhkan diri dari abang iparnya kerana menurutnya keluarga mereka sedang dalam perancangan mahu menggantikan arwah kakak kembarnya dengan dirinya menjadi isteri lelaki itu.

Menurutnya lagi abang iparnya akan menyambung pelajaran ke luar negara pada tahun 2010 dan sebelum pergi mereka akan disatukan walaupun harapan agak tipis, tetapi mereka akan berusaha juga supaya dia dapat berkahwin dengan abang iparnya itu..permainan apakah ini..boleh kah cinta ditukar ganti, bolehkah perasaan dipaksa2 supaya menerima orang yang kita tak suka. Walaupun adik kepada arwah tunang lelaki itu seiras tak semestinya lelaki itu dapat terima orang lain...diawal2 persahabatan aku dengan lelaki itu dia pernah bercerita keluarga arwah tunangnya mahu menjodohkan dia dengan adik kembar tunangnya tapi dia tak bersetuju...semuanya soal hati..

Apa yang paling aku kesalkan gadis A ini mengaku dia dapat membaca semua emailku pada abang iparnya kerana add email berserta password abang iparnya ada dalam diari arwah kakak kembarnya..dia boleh membaca emailku dan juga email abang iparnya ( semua email lama yg pernah aku hantar pada dia dulu)..duhai..permainan apakah ini...apakah hukumnya membaca rahsia peribadi orang lain tanpa kebenaran..jikapun ingin menakluki hati abang iparmu janganlah sampai hukum agama diketepikan..Allah boleh mengampuni dosa kamu. bagaimana jika aku tidak memaafkan..selagi itu Allah tidak akan mengampuni kamu...(aku tahu gadis A ini membaca entri ini kerana dia sentiasa mengikuti perkembangan blogku dan abang iparnya yg tak jadi itu.)

Wahai gadis A..walau seribu kali aku menyukai abang iparmu, aku memang tetap bukan pilihan dia atas sebab2 ini:

1. Hati dan perasaan bukan boleh dipaksa2.,biarpun aku menyukai dia kalau dia tak menyukaiku tentu aku bukan pilihan dia.
2. Aku lebih tua dari abang ipar kamu yang layak dipanggil kakak.
3. Aku seorang ibu tunggal dengan 3 orang anak.
4. Aku tak cantik, tiada harta, budi bahasa jauh sekali (tentu abang iparmu memilih yang cantik)
5. Aku terlalu banyak masalah..mana ada lelaki yang mahukan perempuan bermasaalah macam aku.
6.Aku tak mungkin melahirkan zuriat buat abang ipar kamu kerana dia masih muda dan perlukan zuriat...sedangkan usia ku tidak digalakkan melahirkan anak.
7.Aku tak berpelajaran tinggi dan tak berpangkat..mungkin tak setaraf dengan abang iparmu.

Jadi aku berharap muga gadis A tidak merasa bimbang aku akan merebut abang iparnya dari dia...muga dia tidak menyangka aku cuba menganggu abang iparnya lagi..cubalah memenangi hati abang ipar kamu denga ikhlas dan jujur bukan dengan permainan kotor dan tidak bersopan ini...hentikan menyiasat dengan membaca rahsia peribadi orang lain..hentikan..dan terimalah takdir Allah jika kamu bukan pilihan abang ipar kamu...

Dan hingga saat ini aku tetap tertanya2 mengapa ada insan lain yang mempertikaikan perasaan yang ada dalam hati kita pada seseorang..bukankah perasaan itu adalah satu anugerah dari Allah...

p/s aku rasa terlalu sedih hari ini...bila tahu semua email ku telah dibaca oleh orang lain yang bukan hak dia membacanya.

p/s Gadis A..maafkan aku kerana entri ini...dan A juga..maafkan aku..
dan segeralah tukar passward email kamu.

20 comments:

mamai said...

sejauh mana sekalipun kita merancang andai itu bukan hak kita maka ia tetap bukan hak kita.

dah balik ke kl ker...tak sempat nak beraya sama kat kampung yer

Maiyah said...

salam.. dah le baca email org len pas tu selamba plak serang hendap.. patutnya be le gentlewomen.. have a good talk, nicely.. dptkan penjelasan dr tuan punya badan haaa.. kan puas hati.. thats the way hehe speakong sepah :D

al-lavendari said...

betul kata mamai tu. cinta tak boleh di paksa2. sedang dalam mulut pun kadang2 terlepas!

Kakcik Seroja said...

kenapa perlu meminta maaf dari gadis itu, Ida?? sepatutnya dia yg perlu memohon maaf dari Ida kerana telah menceroboh hak peribadi Ida.

anaklaut said...

ish...isih...sambil geleng kepala.

anaklaut said...

salam..kak idalara,

saya sangat terkejut apa yg berlaku, marah, malu tidak terhitung saya rasa..

maafkan saya.

Idalara said...

salam mamai..
kita hnya merancang tp Allah yg menentukan..

nape tk ckp awal2 nk beraya sama...

Idalara said...

salam maiyah
tu yg kak ida kesal sgt..nape berperangai mcmtu..akak pun tk fhm..apa salahnya ckp eluk2 kt lelaki pujaan hati dia tu...

Idalara said...

salam al-lavendari
sokong kata mamai dan al-lavendari..
biar kita tentukan hala tuju hidup kita..cinta itu hak kita..

Idalara said...

salam kakcik..
takpelah ida minta maaf kat dia...
nnti mst dia minta maaf kat ida pulak...

Idalara said...

salam al
nasi dah jadi bubur..nak buat mcmne..saya juga malu yang teramat...apa dosa saya diperlaku begitu...
tak perlu minta maaf..anggap dugaan di aidil fitri..

Idalara said...

klau al geleng kepala..
saya mcm nak pecah kepala..tk percaya apa yg berlaku...sgt tk percaya...

alang said...

Ehem. Ok la tu. Nampak sgt ada org jeles. Dat mean Idalara ni masih comel lg kan.hehe.Dia tu plak, takde org lain ke nak cari selain dari Suami Arwah kakak dia. Mungkin niat dia baik, tapi mungkin juga tidak. Apapun, just ignore je org mcm tu. Dia sapa dalam hidup Idalara naksound2 mcm tu. Dia nothing. Takde manfaat pun nak ikut ckp dia. :D

zedmagel said...

Salam Idalara,

Harap dapat bersabar dengan dugaan yang mendatang.

Kadang-kadang sesuatu kejadian diluar jangkaan kita.

Idalara said...

salam alang
senyum simpul idalara baca tulisan alang..dan terimakasih tk terhingga sebab menyebelahi idalara..
mng bg idalara apa yg berlaku tak menjadi kudis dalam hidup idalara..
malah rasanya tmbah semangat nak pikat bekas abg ipar dia tu..hahaha(taklah..gurau je)

Idalara said...

salam zedmagel..
wah..lamanya bercuti..
tkpe..tk jadi apapun bg idalara dengan org yg mcmtu..dia yg sentiasa dikejar bayang2 cemburu.
muga dia dapat apa yg dia mahu setelah melakukan begini pada sy..
tp saya rasa rugi lelaki yg menjadikan dia seorg isteri kerana dia tk jujur..tk takut pada dosa dan tak tahu menjaga perasaan org lain.
dia meminta maaf pada sy pun sebab dipaksa..dan menurutnya tk penting jika sy tak maafkannya asalkan dia menurut perintah org yg dia kejarkn itu..bukan mengikut perintah Allah.

terimakasih zedmagel sudi singgah.

Unknown said...

salam idalara,
satu yang pasti nama tu kena tukar pada "idaria", sesuatu yamg berlaku ada hikmahnya. setelah kita accept the facts kita akan tenang dan terus bejuang, tidak kira dimana usia kita, kita ada hak untuk gembira, cinta adalah sesuatu yang indah, manusia sanggup berkeorban dan terkorban kerananya, sabar dan berdoa selalu, kekadang kita kena accept keterbatasan kita, masih ada cinta lain yang belum di ketemukan lagi oleh Nya. Be happy!!

Idalara said...

salam shah
thanks..betul kata shah..mungkin sudah sampai masanya saya bertukar dari lara kepada ceria..
cinta memang anugerah..suatu yg indah, ditiupkan rasa cinta itu oleh Dia pada saya..bukan salah kita jatuh cinta..nmun tak semestinya cinta berakhir dgn kita memilikinya.
alhamdulillah rasanya sy sudah temui cinta yg saya dambakan..dan cinta saya berbalas...
insyaallah tak selamanya kita kecewa,,sampai masanya bahagia pasti menjelma.

Anonymous said...

salam adilifitri.

lama x singgah di blog kak ida>

Banyakkan bersabar kak ida.jodoh ajal pertemuan semuanya telah ditentukakn olehnya.

kekadang dugaan itu dtg tanpa jangkaan kita,kekuatan diri kita sendiri kekadang tidak bersedia menerimanya tapi sentiasalah berdoa dan mohon kepadanya

Si "a" KALAU DIRASA ITU CARA TERBAIK UTK DIPERJELASKAN KEDUDUKANNYA,REDHAKANLAH MOGA SATU HARI NANTI PENJELASANNYA ITU AKAN MEMPERLIHATKAN BAIK DAN BURUK..


BERSABRLAH KAK.

SALAM AIDILFITRI

Idalara said...

salam aireel
terimakasih..
mudah2an kak ida sentiasa tabah dan sabar dgn apa jua dugaan yg datang.

muga selepas ini 'a' akan lebih tenang dan berjaya mendapat apa yg dia mahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...