Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, September 18, 2009

Tempahan siap....Jom Balik Kampung....

Assalamualaikum... salam Aidil Fitri...

Alhamdulillah..itulah kata2 pertama yang keluar dari mulut ini bila segalanya selesai..semua tempahan yang berjumlah 150 botol telah dapat aku siapkan dan diserahkan kepada pelanggan semalam dan hari ini..terimakasih pada sahabatku mimiey yang banyak membantu aku membeli bahan2 almond london dan juga membantuku menyiapkan tempahan...

Namun kemaafan ku pinta kepada DJepoi dan Cik Skaf..tempahan DJepoi tak dapat diserahkan atas sebab2 tertentu dan pada cik skaf pula, kak ida tak dapat membawa balik tempahan cik skaf kerana kesukaran membawa dengan menaiki bas...harap kamu berdua faham keadaan kak ida.

Memang sangat meletihkan, dengan tugas2 di pejabat yang seakan mencabar kewibawaanku..saat tempahan diterima aku menerima dugaan yang amat berat dalam hidupku..ditambah pula dengan kemalangan yang menimpa adik dan abah..semuanya seakan mematahkan semangatku..namun segala kekuatan kukumpul semula..aku ketepikan segala masalah yang menimpa dan meneruskan tugasku...akhirnya semua dapat kusiapkan..tugas di pejabat dan tempahan almond london.

Saat yang paling mengembirakan bila semua bayaran AL yang berjumlah RM....berada dalam genggaman..sirna segala kepenatan, kelelahan dan keletihan..hasil yang diterima buat aku bertekad untuk terus berusaha lebih kuat lagi di masa akan datang...

Sesekali sempat juga singgah di blog dan blog teman2..curi2 singgah untuk menghilangkan keboringan yang terlampau!..kadang2 rasa rindupun menggamit hatiku untuk singgah bertanya khabar.

Kehadiran 'dia' yang sering mengambil berat tentang diriku buat aku rasa dihargai dan diperlukan..dan aku rasa tidak akan menoleh lagi kebelakang bila 'dia' sentiasa mahu menemaniku dalam apa jua keadaan..susah, senang, bahagia dan derita. Apa gunanya aku menunggu pada yang tak sudi..apa guna ku membuang airmataku semata2 kerana kasih yang tidak bersambut..berikan hati pada yang sudi..itulah kata hatiku..

Malam ini sepatutnya aku pulang ke kampung..aduhai terujanya hati nak balik kampung..akan tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan plan nak balik malam ini terpaksa dibatalkan..so pagi2 esuk aku akan berangkat ke Melaka..Apa yang lebih buat aku teruja sangat nak balik...'dia' mahu menghantarku ke Terminal 1 Seremban pagi2 esuk......walaupun telah ku tolak secara berhemah dan seribu alasan..namun dia tetap berkeras mahu menghantarku dan anak2..terimakasih yang tidak terhingga..Sekurang2nya aku tak perlu berjalan kaki memikul bag baju dari Stesyen Komuter ke Terminal 1 esuk..

BUat semua teman-teman..insyaallah kita akan bertemu semula selepas hari raya ini..pastinya dengan cerita2 menarik sekitar sambutan hari raya nanti..berhati2 memandu, muga selamat menuju ke distinasi dan pulang semula ke tempat mencari rezeki.

Ampun maaf dipinta andainya selama mengenali kamu semua ada kata2 yang menyentuh rasa.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

p/s muga lebaran menjanjikan sesuatu yg sangat bererti buatku.

14 comments:

ber_uwang said...

lepas raya ada kenduri ke? ehmm ehmm

bagus lah kalau ada dia mesti tak sunyi lagi...

maiyah said...

alhamdulillah.. Selamat hari Raya.. moga ceria :)

en_me said...

salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhanns wat akak ida ittewww..

amirul said...

Salam Kak Ida,

Lama juga tak singgah sini... bukan tak sudi... cuma tak berkesempatan... apapun...

Alhamdulillah... tempahan kuih raya yg walaweiii...

Selamat menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kesyukuran dan meraikannya dengan penuh makna... kami suamisteri mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir&batin... buat sekeluarga kak Ida... maafkan kami sekiranya ada salah silap kami sepanjang perkenalan ini...

anaklaut said...

salam.

anaklaut mendoaskan kebahagiaan kak idalara..moga hari lebaran yang mulia ini menjanjikan seribu keceriaan dan kebahagian..

makan nasi minyak nanti..jangan lupa ajak anaklaut..insyallah anaklaut akan datang..

anaklaut...

kakcikseroja said...

Selamat Hari Raya Ida dengan pesanan 'terimalah orang yang menyayangi kita seikhlas hati (meskipun sebenarnya kita tak dapt membaca sejauh mana kejujuran dan keikhlasan org lain) daripada mengejar2 org yg kita sayangi ttp jelas dia tidak memperdulikan kita'. Semoga bahagia itu milikmu, dik...

al-lavendari said...

wah ... 150 botol, banyak tu. tentu ada pembantu. boleh buka IKS lepas ni dgn jenama "idalara".

Kuatkan semangat, hidup mesti diteruskan. Selamat pergi dan selamat kembali dari berhari raya "in one piece".

mamai said...

la dah baik melaka ke ingat nak tumpang..selamat hari raya semoga sentiasa berbahagia

jumpa di melaka

zedmagel said...

SALAM LEBARAN IDALARA,

SELAMAT HARI RAYA MAAF DZAHIR DAN BATHIN DARI SAYA DAN KELUARGA.

TERLIHAT LEBARAN KALI INI AKAN MEMBAWA SINAR YANG LEBIH BAHAGIA KEPADA IDA, APABILA "DIA" TELAH HADIR DALAM DIRI IDALAR.

Pn Kartini said...

Salam kak Idalara...
Syabas sis..berjaya tempuhi segala dugaan ..dan yg utamanya segala tempahan siappp..:):)
dannn..Semoga sinar bahagia menanti akak dgn si 'dia'...Sememangnya tak perlu lagi ditangisi kegagalan yg lepas..kerna disebalik tangisan ada hikmahnya..:)
Selamat Hari Raya sis...semoga selamat sampai ke Melaka..:):)

kakna said...

kak ida jom!!
saya pon nak balik..
malam ni jugak..
x kire..
hee..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Idalara,

"salam Syawal yang jernih".

azman shah said...

slmt hari raya maaf zahir batin dari aku untuk anda

idalara said...

salam ber-uwang
kenduri apanya?kalau kenduri sepupu adalah..insyaallah klau kak ida kwen mst bgtahu semua..

salam amiyah..
maaf terlewat jwb komen ni..selamat hariraya..

salam en-me
salam aidil fitri buat en-me gak..

salam amirul..
tkpe kak ida faham..selamat hari raya juga buat amirul sekeluarga..rasanya tiada apa yg nak dimaafkan..amirul terlalu baik buat kak ida.

salam kakcik
insyaallah ida akn terima..jika dia terima ida seadanya..cinta dan kasih syg boleh dipupuk..


salam al-lavendari
alhamdulillah..adalah rezeki buat almd london tu..
mng apa pun berlaku kehidupan mst diteruskan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...