Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, September 25, 2009

Aku Kembali.....bersama seribu satu rasa...

Sempat berposing dalam perjalanan berhariraya...hijau warna kegemaranku

Satu-satunya gambar tiga beranak yang sempat diambil pada satu hariraya..merahnya mak ngah..sepatutnya tema baju raya kali ni hijau tapi last minit bertukar merah...

Adik beradik sibuk menjamu selera...(ramai yang tak masuk dalam gambar)

Sebahagian dari sanak saudara yang mengunjungi pada satu hariraya.

Salam sejahtera semua....
Rindunya pada kamu semua..rindu pada blog yang hampir seminggu ditinggalkan..kini aku kembali semula di sini..di sini yang melakar terlalu banyak memori indah dan kadang2 pedih..di sini yang punya seribu satu cerita dan rasa.

Oleh kerana tugas2 di ofis yang melambak2, aku korbankan cuti yang sepatutnya hingga hujung minggu ini. Hari selasa iaitu Hari Raya ke 3 aku sudah kembali ke BBST..anak2 masih di kampung kerana belum puas beraya di kampung kata mereka.

Entah mengapa Mood nak up date blog takde dua hari ini...baru harini tergerak hati nak masuk blog dan up date mana yang patut..wah..tiba2 hati sangat teruja bila lihat banyak komen balas dari teman2 di entri ku yang terakhir sebelum balik raya....'dia'? sudah pasti jadi tanda tanya siapa dia..yang agak best bila ada sorang dua yang mengucapkan tahniah dan menanti jemputanku untuk makan nasi minyak lepas raya ni..duhai..kalaulah semudah itu aku menukarkan hatiku pada 'dia' pada yang lain...bukankah bagus. Siapalah gerangannya yang sudi pada insan yang bernama idalara ni...

Penat, letih, gembira,bahagia dan seribu satu macam rasa di Hari raya..penat dan letih kerana sejak petang raya hingga satu hari raya aku jadi chef...rendang daging, sambal tumis udang, ketupat, nasi impit segera dan soto dengan 8 ekor ayam aku yang sediakan..mak dan adik tinggalkan aku dengan adik ipar di dapur pada malam raya...kebetulan mak dan adik perempuanku tak berapa sihat..adik di Batu Pahat balik pada satu hari raya..kakak2 ipar di rumah masing2, maka akulah yang jadi chef menyediakan menu hari raya kali ini..gembira sebab semua menu yang aku sediakan habis tak tinggal bekas..sedap..best mereka kata...tahun depan buat lagi...(tahun depan kalau aku dah ada cik abang jangan haraplah aku nak tolong..hehehehe)

Siap menyediakan juadah untuk tetamu aku sempat 'melarikan' diri bersama adik beradik ke rumah mak2 saudaraku di sekitar rumah mak..kembali dari ziarah aku terus ke bilik berehat sebentar..sebentar apanya...aku tidur 'mati'..hinggakan aku langsung tak sedar adik beradik sebelah mak seramai 9 kereta datang ke rumah....agaknya penat masa bulan puasa dulu bercampur dengan penat memasak yang buat aku terlalu letih sampai 'pengsan'.

Walau apapun aku puas hati...segala penat lelahku menyediakan juadah dihargai, bertemu sanak saudara yang kadang kala setahun sekali dapat bertemu...masa tu lah macam2 soalan timbul.."eh..kurusnya kau..(tkpe asal muka tetap maintain cun..hehehehe).....bila nak kwen lagi..dah ada pengganti ke....bla,bla,bla..."..rumah mak dan abah memang penuh dengan anak2 sedara mak abah sebab mak anak sulung dan abah pula dah jadi pak sedara yang sulung bila abang2 dan kakak2 abah dah meninggal dunia...semua anak2 sedara berkumpul di rumah abah.

Tapi yang paling buat aku bahagia bila abah dan mak macam tak percaya bila aku menghulurkan wang hasil tempahan almond london ku pada abah...'eh banyak ni' kata abah..tak banyak bah..jika dibanding dengan jasa mak dan abah melahir dan membesarkan aku..dan menjadikan aku insan.


p/s Hari raya...seribu satu rasa..seribu satu cerita...dan 'dia' tetap menjadi tanda tanya..

8 comments:

al-lavendari said...

ada tak orang beri duit raya? saya dapat RM2. ada orang beri pada malam raya bila kita pergi takbir ke rumah dia. lucu juga bila dah tua2 orang beri duit raya. nak tolak takut tuan rumah kecik hati. ambik je lah!

maiyah said...

selamat kembali.. umah dah sy sapu2.. wah beraya sakan :D

Naz said...

SELAMAT HARI RAYA Kak Ida..
MAAF ZAHIR BATIN kalo2 saya ada tersalah kata... :)

kakna said...

tgk raya kak ida macam seronok.. mcm meriah sungguh..
untung bile adik beradik sume berpakat baik2 kn..
sedih kak ida bile hubungn siraturrhm antr saudara mara terputus..
lagi sedih bile terkenang raya tanpa semangat persaudaraan tu..

mamai said...

seronok beraya bila semua ada dan lagi seronok beraya jika tiada lagi sifat membenci dan sakit hati

zedmagel said...

Salam Ida,

Dah habis beraya? Raya sakan nampaknya tahun ini, merah dan hijau dan berbagai tema. Ida nampak meriah dan gumbira di aidilfitri tahun ni.

Idalara said...

salam al-lavendari.
dah tua2 mcmni tkde org un nk bg duit raya..idalara yg kena kuar duit raya..tkpelah..setahun sekali bersedekah..

salam maiyah
rumah dah sapu dah cat baru..nak raya..tak beraya sakan sgt..:)

salam naz
slmt hariraya gak buat naz
insyaallah rasanya tkde salah dn silap naz..kak ida pun sama..andai ada maafkan ye..

salam kakna
mng seronok pun beraya dgn sanak saudara..lebih2 lagi bila lama tk bersua..mcm2 citer yg timbul.

salam mamai
betul kata mamai..mudah2an di sini tiada perasaan itu.

salam zedmagel
lama dah idalara dah habis beraya di umbai..tggu gak zed dtg..alhamdulillah raya kali ni betul2 meriah dan penat gile idalara..tp seronok..lupa segala mslh lerai semua lara.

Naz said...

Akak pun x der silap apa2 kat saya ni... semoga Akak dpt sinar lebih gemilang di bulan mulia ni dan juga masa2 akan dtg... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...