Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, June 23, 2009

Raja Buah...My Favourite..



Aku memang akan rasa pelik bin hairan kalau ada antara kengkawan atau sedara mara yang tak makan raja buah ni..ada yang bau pun tak boleh..pelik kan..bukan kata tak makan buahnya, kalau kueh yang letak durian pun diaorg tak mahu sentuh, ish,ish,ish..ruginya...


Inilah raja segala buah yang aku, ibubapa serta adik beradikku paling suka(malangnya anak2 tak menggemari buah ini)...kalau dihidangkan nasi dan durian aku pasti terjah durian dulu..Alhamdulillah perutku boleh terima buah durian ini seawal pagi tanpa menjamah makanan lain.


Kalau makan durian aku kena pastikan mengambil air kosong yang banyak..kalau tidak inilah akibatnya...disebabkan terlalu asyik makan durian, badanku jadi panas, tekak mula sakit dan mata mula berpinar...inilah penangan raja segala buah..sekarang ni terpaksalah aku 'berpuasa' sementara dari menikmati kelazatan buah durian ni...hingga kesihatanku betul2 pulih...pulak tu sabtu 27 Jun ini aku terpaksa menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi di Bangi...aku diarahkan memegang wang kehadiran perwakilan, kalau aku tak hadir...alamat mengamuklah bos aku..tapi kalau dah nak sakit nak buat mcmne kan..


'bagaimana rindunya aku pada raja segala buah ini..rindu lagi aku pada dia..hehehe"

12 comments:

GRuNGe said...

Assalamualaikum kak. Saya ni bukan penetik Raja Buah ni mahupun Raja Lawak. Cuma fanatik kepada jem durian jer. Best, makan dengan roti kosong boleh habis sebuku seorang.

Idalara said...

waalaikumsalam..grunge, kira suke gak lah tu, walaupun tak makan durian rasa durian tu tetap ada gak..

@e_da said...

saya pun suka sgt buah ni.. pregnant2 ni pun nak jugak tp kena kawal takut baby demam lak kat dalam.. hihi..


pssstt akak rindu raja di hati akak ek... heheh

anaklaut said...

salam..

terima kasih ida setia singgah di anaklaut.. sedap ya buah durian tu..

CITY® said...

huaaaaaaaaaa...


i fanatik durian gak, huhu...
g kuantan baru2 nih sempat makan durian, walo dalam chalet. huhuhu...

best2!!!

u-neey said...

saya pun baru je buat pengat durian semalam. sedapnyaaa.. (buat sahur ari ni).
beli durian ade jugak yg isi keras, nak buang sayang sbb tu buat pengat,cicah roti..

Idalara said...

eida..kak ida ms mgandungkan zaki selamba makan durian..ok je pulak..tp eida kena jaga tau..

Idalara said...

salam al..
insyaallah sebagai sahabat sy tetap setia singgah di al wlupun al tidak online wktu itu..

Idalara said...

blue..wah kita sama2 suka durian ni ye..mng kalau dah suke tu tak kira kat mana pun mst nak pekena..

Idalara said...

salam u-neey..hmm bestnya pengat durian..tak sempat lagi nak buat..tggu masa cuti.

Anonymous said...

duyan ni pn pebret sy...samo la kita!!!tp x leh mkn bnyk2...paling minat bhgian yg orng pnggl..KUCEN TIDO..hikhikhik...

Idalara said...

reen..dah bakal besan mestilah bnyk yg sama citarasa...bab kucen tido tu yg ida tak tahan tu...pulak tu rasa pahit2..hmmm best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...