Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, June 05, 2009

KE MELAKA LAGI...

Aku balik kampung lagi..seawal pagi aku telah bersiap..panggil teksi untuk ke Bandar Baru Salak Tinggi..kemudian ke Nilai dengan bas dan ke Seremban dengan Komuter..agak meletihkan, tapi keghairahan untuk bertemu anak2 buat aku tak rasa letih...seminggu hidup seorang diri tanpa anak2 memang amat membosankan...semalam sempat melihat email..terharunya, seorang teman blogger sanggup bersusah payah mahu memberikan perkhidmatan transport jika aku benar2 memerlukan..dia faham kepayahanku kerana dia pernah melaluinya dulu..terima kasih dari kak ida..insyaallah selagi ada kudrat aku tidak akan menyusahkan sesiapa.

Aku sudahpun sampai di Melaka Sentral..bila cuti sekolah Melaka yang memang terkenal dengan Bandaraya Bersejarah selalu ramai dikunjungi pelancung, tak kira dr luar atau pun dalam negeri...tapi..aku anak jati Melaka pulak yang jarang berkesempatan melawat tempat2 bersejarah..kalau nak tahu beberapa sejarah tentang Melaka silalah ke anaklaut blog, kat blog ni ada beberapa kisah sejarah tentang Melaka..sangat menarik.

Seawal pagi esuk pula aku dan family akan ke Beruas Perak..kerana majlis pernikahan adik lelakiku pada 7 Jun. SemeNtara majlis kenduri di rumah ibu dan ayah di Melaka akan diadakan pada 14 Jun 2009. Insyaallah aku akan mengundang teman2 semua ke majlis tersebut nanti..siapa yang sudi silalah datang ..tentu seronok jika bertemu teman2 yang hanya dikenali di alam maya ini..

Doakan perjalananku dan familyku selamat menuju distinasi...dan selamat juga pulang semula ke Melaka dan aku ke BBST,...doakan majlis kami berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Insyaallah muga2 bertemu lagi teman2 semua.

"seumpama sejarah negeri hang tuah ini, begitu juga sejarah hidupku, penuh liku2..penuh ranjau, penuh dengan airmata"

9 comments:

anaklaut said...

salam...


idalara siap pormote blog saya lagi tu... alahai...terima kasih...
semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik..

Idalara said...

salam al..
apasalahnya promote blog anaklaut dan teman2 bloger lain..betulkan..kat blog anaklaut ada sejarah negeri melaka..
terimakasih.

Naz said...

kak Ida, saya ni cicit Jebat. kita sekampung lah yer? :)

Amieynna Amin said...

kak ida..
esok sy ke melaka gak..
ada jemputan kahwen..
=)

amirul said...

Salam Kak Ida,
Semoga majlis kawin adik akak berjalan dengan lancar...
Jauh juga tu nak hantar mempelai ke perak...semoga semuanya selamt pergi dan balik...

Krasz bAtu said...

hehhehe
nanti promote lak blog saya

Unknown said...

wah akak pegi jenjalan..
hamboi lame nye tak berupdate..
selamat pergi dan kembali ke pangkal
jalan.. ehh... merepek plak... hahaha

jumpe lagi.. insyaallah... amin~

Dj Epoi said...

Salam...

Wah Kak Ida nih.....Kuat & Bersemanagt sungguh!!!

Round da World ar Kak heheheeh...

Sejarah yang lalu tak boleh DIUBAH Kak Ida....
Kita buka sejarah Baru yang GEMILANG yer Kak!!!!

Idalara said...

ler..naz..betul ke naz ni owg melaka gak...wah jpe cicit hang jebat lah ni..tp akak ni anak sultan Mahmud..hehehe..kbtlan nama abah akak Mahmud.
...................................

Myna..kalau ada no hp kan boleh contact akak kan..man tahu boleh jpe..
...................................

Salam mirul...alhamdulillah dah selamat pun adik akaka,tp rumah kat melaka belum selamat lg..jemput dtg..
...................................

Krasz batu..insyaallah kalau ada yg menarik kak ida promote blog krasz batu pulak..
...................................

Azman@kruger..
ye lah..balik dr perak keja dah bertimbun..hati melonjak2 nak hapdet blog..pas ni nak cuti lagi..lagi lamalah tk hapdet..penatlah man tiap minggu balik melaka..tp tkpelah..ni yg last adik kwen..
...................................

Salam Dj epoi..
Alhamdulillah Allah bg kekuatan pd akak..akak pun tak tahu dr mana kekuatan tu dtg..dgn keja yg bertimbun..tak menang tangan..
ye sejarah yg lalu tetap sejarah..tak boleh diubah lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...