Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, April 05, 2009

Apa Sebenarnya......

Teman2 yang tidak pernah tahu apa sebenarnya berlaku hinggakan rumahtanggaku menemui kehancuran..sering bertanya..apa sebenarnya..apa berlaku..sedangkan aku dan suami merupakan pasangan yg sgt bahagia..hinggakan kami pernah dianugerahkan 'best couple of the year' di tempat tinggal ku dulu.

Bukan untuk membuka kembali memoir silam yg buat aku dan anak2 trauma, bukan mahu menyiram air garam ke atas luka yg hampir sembuh,.bukan juga ingin menceritakan aib sesiapa..lebih2 lagi bekas suamiku..
Sekadar ingin berkongsi dgn teman2 di sini yg ku rasa sgt memahami dan menerima aku seadanya...dan mengambil iktibar atas apa yg belaku.

Ada sebab mengapa Allah SWT mengharamkan dadah, arak dan pils yg mengkhayalkan..kerana benda2 haram tersebutlah manusia menjadi lupa diri..menjadi bukan diri mereka dan melakukan apa saja yg tak masuk dek akal..

Apa yang berlaku kepada diriku dan anak2 tak mungkin aku lupakan selagi aku bernafas.. luka itu telah sembuh cuma meninggalkan parut yg masih segar. Bertahun lamanya aku dan anak2 dikejar mimpi ngeri dan menjadi igauan dalam tidur kami..hinggakan anakku abdullah zaki jatuh sakit akibat terlalu trauma dgn insiden itu....baru kini aku dan anak2 merasa tenang dan damai..Alhamdulillah.

Semuanya bermula saat suamiku tamat perkhidmatan dalam angkatan tentera di awal tahun 2002....mata hatinya jadi tertutup bila mendapat wang ganjaran semasa berkhidmat...taklah banyak bagiku jika setakad RM70 ke 80 ribu..tapi sebab duit, iman yg senipis kulit bawang, dia jadi kelabu mata...dia mula lupa diri dan terbabit dengan perkara2 yang salah disegi Agama..hampir tiap malam dia pulang menjelang dinihari dalam keadaan mabuk...bertahun aku cuba bersabar dan terus berdoa muga2 Allah membuka hatinya untuk berhenti dan bertaubat..tapi arak telah menutup terus pintu hati lelaki itu...

Dalam tahun 2004..kira2 seminggu umat Islam menjalani Ibadah puasa..lelaki itu pulang dalam keadaan mabuk sewaktu aku dan anak2 baru selesai sahur..bayangkan..betapa hancur luluh hati seorg isteri sepertiku...sepatutnya dia bersamaku dan anak2 bersahur dan menunggu solat subuh..tapi sebaliknya..anak2 ku arahkan ke atas..cuma Abdullah Zaki yang ketika itu baru berusia 6 tahun tak mahu ke bilik atas..dia berbaring di ruang tamu.

Saat lelaki itu melangkah ke ruang tamu..dgn suara yg teramat lembut aku berkata padanya..

" Kenapa jadi mcm ni bang...abg tak malu ke dgn jiran2?..tiap malam abg macamni..kan ni bulan puasa"
Tanpa ku duga tiba2 lelaki itu naik darah dan terus memekik di subuh hening itu..

"Hah! apa lagi yg kau tak puas hati?..aku dah bagi kau duit..tak cukup?kenapa kau tak tidur..kenapa kau sibuk2 hal aku?..suka hati aku lah aku nk balik bila...aku nak balik mabuk ke..aku tk nak puasa ke...duit aku suka aku lah..!!"

Aku tak menjawab sepatah pun kerana aku sedia maklum risiko yg bakal aku hadapi jika aku menjawab..tetapi lelaki itu tidak puas..dia menghempaskan talifon bimbit di tangannya..berkecai..tak cukup..dia mencapai vcd player..juga dihempas sekuat hatinya ke lantai..anakku abdullah zaki yg hampir tido sgt terkejut dgn kejadian tersebut..aku mengarahkan abdullah zaki ke atas..bersama2 kakak dan abgnya...lelaki itu masih tak puas...dia mula lupa diri...menghempas apa saja yg tercapai dek tangannya...radio gram yang berharga 2k juga hancur lebur dihempaskan ke lantai.

Masih tak puas... dia naik ke tingkat atas...aku menjerit menghalang..ku sangka dia mahu mengapa2kan anak2 tapi sebaliknya..dia mencampakkan tv 16 inci dari tingkat atas ke bawah...mujur aku sempat lari...kalau tak mungkin dah jadi arwah...bayangkan keadaan huru hara dan riuh rendah yg teramat sangat di subuh hening itu..walaupun dalam tak sedar dia tidak pula mencederakan aku dan anak2...syukurlah.

Rupa2nya di waktu yang sama, jiran2 yang terdekat keluar rumah dan menunggu aku menjerit meminta tolong..mereka agak takut nak masuk campur selagi aku tidak meminta pertolongan..apa dayaku..awal2 lagi lelaki itu telah memberi amaran supaya aku berdiam diri saja...aku hanya memerhati dgn linangan airmata perbuatan suamiku...seluruh ruang tamu penuh dgn kaca2 dan serpihan barang2 yang dihempas....aku juga terluka dek kerana terpijak kaca yg bertaburan..Ya Allah..dugaan apakah ini...

Allah memberiku ilham untuk memberhentikan perbuatan gila lelaki itu..aku pura2 pengsan...aku rebahkan diriku..dan menahan nafasku selama yg mampu..syukur...dia yang menyangka aku pengsan terus berhenti..dalam keadaan yg masih tak waras aku dengar dia berkata.."hah!..bila abg dah mengamuk baru nak diam..."..ni pengsan ke mati..." katanya.

Aku tak sedar bila masanya dia tertidur.(ikut dari pengalamanku org yang mabuk akan tidur dalam jangka masa yg agak lama..kdg2 hingga satu hari)...agak lama aku menahan diri..setelah aku pastikan dia benar2 tidur, aku mula menghubungi abg dan kak iparku yg mengetahui masalahku selama ini..

Atas nasihat abg2 dan kak iparku aku membawa lari anak2 pulang ke kampung...kebetulan waktu itu cuti persekolahan hanya seminggu saja lagi..jadi tidak ada masalah anak2 bercuti terlalu lama...tapi aku ke sekolah juga memaklumkan apa yg berlaku..dan syukurlah pengetua dan guru besar memahami.

Sewaktu menghantar anak2 ke kampung, tentulah org yang paling terkejut ialah emak dan abah, mak mcm nak pengsan bila mengetahui cerita sebenar.....pandainya aku berlakun selama ini...menunjukkan kebahagiaan rumahtangga ku di hadapan mereka..padahal..umpama pantai yg sering bergelora..dan akhirnya titanic pecah berkecai jua di landa ombak...aku pasrah dan redha dgn apa jua ketentuan Ilahi..bertahun aku cuba mempertahankan rumahtangga ini...tapi akhirnya aku gagal jua..

Selesai urusan di kampung aku kembali ke sini...aku ke pejabat Agama untuk buat lapuran..aku tak mahu dianggap nusyus kerana meninggalkan rumah tanpa izin suami...segala keterangan ku diambil oleh pegawai pejabat Agama..kesimpulannya aku tak bersalah kerana harus menyelamatkan diri dan anak2 dari lelaki itu...hampir sebulan aku berulang alik dari BBST ke Melaka kerana anak2..dan sebelum Hari Raya Aidil Fitri aku kembali ke pangkuan suami kerana pujuk rayunya, kerana dia seperti hilang arah tanpa aku dan anak2...dia berjanji akan berubah serta menghentikan semua perbuatan kejinya dulu, dia sanggup mencium kakiku asalkan aku kembali ke rumah.....tapi mampukah dia berhenti..mampukah rumahtangga aku kembali pulih seperti dulu...?

Sebenarnya ini hanyalah babak permulaan sebelum aku dijatuhkan talak oleh lelaki itu...........nantikan sambungannya.....

(Maafkan aku teman.... tidak mampu menahan tangisan ini..kerana telah terlalu lama cerita duka ini ku simpan...)


"Sesungguhnya tiap kejadian ada hikmah yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta."

22 comments:

Tirana said...

Sekiranya luahan itu melegakan, maka luahkan lah.. Mudah-mudahan selepas ini Ida akan tenang setenang-tenangnya. Untuk melupakannya tidak mungkin kan? Tapi cukuplah jika mengingatinya tidak akan memberi bekas lagi... Yang sudah berlalu, jadikan pengajaran...

anaklaut said...

salam...

idalara..

saya sangat bersimpati pada idalara. rumahtangga yang dibina daripada paduan dua jiwa, hancur disebabkan tindakan suami yang sangat jelas tidak menunaikan amanah yang telah diberikan oleh Allah swt..

kala bulan baik, bulan ramadan, bulan penuh kesyukuran dan keampunan, begini pulak jadinya..

saya sangat sedih dan tidak dapat menyembunyikan rasa pilu apabila membaca kisah penuh warna warni puan..

puan, kita berada dalam bumi allah ini cuma semenatra sahaja,..yang kekal hanya di Sana nanti..banyakkan bersabar menempuh segala rintagan dan dugaan yang mendatang..

suami sepatutnya menjadi tonggak dan ketua dalam sebuah rumahntangga tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt, beginilah jadinya( maafkan saya kata mcm tu)

harapan saya, moga puan, banyakkan bersabar dan banyak kan berdoa pada yang maha esa..pasti, saya yakin, kebahagiaan akan hadir dalam hidup puan sekeluarga..


saya sangat bersimpati-

anaklaut-

Idalara said...

ye tirana utk melupakan tak mungkin..insyaallah apa yg tirana katakan adalah doa buat ida dan anak2..terima kasih kerana berkongsi segalanya.

Adinda Amy Sensei said...

salam kak ida..

tabahkan hatimu menempuhi dugaan yang berat ini..
moga ada sinar di balik kesedihanmu itu..
janganla bersedih kerana Allah sentiasa bersama kita..

Idalara said...

salam anaklaut...terimakasih sebab rasa simpati anaklaut kepada saya...itulah yg terjadi dalam hidup saya dulu...meskipun sudah bertahun berlalu namun ia tak pernah saya lupakan..
saya harap kisah saya ini jadi pengajaran kepada teman2 di sini..juga pada anaklaut yg bakal menjadi suami dan ayah kepada seorg wanita suatu hari nanti..mudah2an saya akan terus tabah dan temui kebahagian satu masa nnti.

Idalara said...

salam cik amy....terimaksiah kerana sudi membaca kisha kak ida ni..insyaallah..mudah2an kak ida dan anak2 temui bahagia..kallau tk di dunia..di akhirat pastinya.

anaklaut said...

salam...ida lara.


Tabahkanlah hatimu Idalara,


Bekunya air mata dari kerasnya hati..
Kerasnya hati dari banyaknya dosa..
Banyaknya dosa dari lupanya mati..
Lupanya mati kerana terlalu mencintai dunia...
Renungkanlah...

Tiada ertinya kita menangis
Jikalau sekadar perpisahan
Tiada gunanya kita bersedih
Jikalau ianya membelenggu jiwa.

Kita seharusnya bersyukur
Dan tabah menghadapi kenyataan
Kerana setiap apa yang berlaku
Ada hikmah di sebaliknya

Kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Dan setiap kelahiran akan diakhiri dengan kematian
Oleh itu tabahkanlah hati dan bergembiralah
Dengan orang yang anak-anak, permata hati puan,
Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya


anaklaut-

Idalara said...

salam anaklaut...terimakasih yg tak terhingga..ida tidak penah kesal dgn apa yg berlaku..malah bersyukur..Allah telah memberi jalan yg terbaik buat ida dan anak2..perpisahan bukan penamat kehidupan ini.....cuma kekadang kenangan pahit amat berat buat ida..terimakasih kerana pandangan dan nasihat yg sgt bermakna buat ida..

Mrs. ORENSEED said...

ALHAMDULILLAH, kini auntie bahagia. :)

It takes Courage to care about each member of the family and the struggles they face!

It takes Courage to care about friends and the daily test they encounter. To let them know you will stand by them through each struggle.

It takes Courage to complete each commitment you make toward others.

It takes Courage to confront the weaknesses in your life and be willing to address needed changes

It takes Courage to confess your thoughtless words or neglectful actions toward a person you love.

It takes Courage to proclaim your faith and convictions to people who are judgmental.

It takes Courage to live each day with Integrity.

It takes Courage to respect others when others show little or no respect for you!

It takes Courage to focus on what remains rather than what you've lost

It takes Courage once you recognize that life is a test and your willing to accept the everyday challenges.

Zamz said...

salam ida

harapnya kehidupan lepas ni akan lebih memberi kebahagiaan dan ketenangan utk ida skeluarga..

Ryehanna said...

salam, kak ida..

betullah.. hidup ni berbagai2 dugaan.. saya sendiri jadi insaf bila bace cerita ni.. kalau kita rs hidup kita susah, ade orang lagi susah dari kita..

saya pun dari keluarga bermasalah.. sebab ayah juga..

tak tahu lah saya nak kahwin nanti nak cari dia di mana... he left us, u see..and didnt divorce my mother.. just biar bgantung tak bertali..

Stay strong.
haih.

it is easy to stay happy, bubbly and cheerful.. but in our hearts, only God knows how we feel..

:)

anaklaut said...

sama-sama..

moga anda sekelurga dirahmati allah swt sellau hendaknya..

amirul said...

Salam Kak Ida,
Akhirnya... akak meluahkan juga apa yg terbuku dlm hati selama ini... terima kasih kerana berkongsi... bukan mudah utk berkongsi masalah rumahtangga jika tak kena gayanya... Saya yakin sedikit sebanyak bebanan yang akak tanggung kurang sedikit setelah meluahkan apa yg terbuku selama ini... sesungguhnya akak ini seorang yg kuat&tabah...

Alhamdulillah... sepatutnya akak harus bersyukur... kerana terlepas dari seorang lelaki yang bernama suami... yg tidak
bertanggungjawab...

Mungkin mmg benar sikap manusia yg mudah lupa diri... bila dah senang sedikit... mudaha2an kita dijauhkan dari menjadi begitu... semoga ianya menjadi satu pengajaran buat semua...

Semoga akak terus sabar + tabah mengharungi hidup ini dengan anak2... setiap permulaan yg susah akan berakhir dgn senang... InsyaAllah...

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

akak...
org dah lama teringin nak tao..
rupenye macamni..
terkejut sangat..
sebak gila..
betul kak,sebab duit,manusia jadi lupa diri..
tu mmg betul..
sy takut nak kawen walaupun kadg2 gatal miang cakap nak kawen..
sebab tu yg sye nmpk..
syg macam mane pun kite tak boleh duge apa yg jadik..
boleh berubah org yg kite syg..
jadi smpai trauma..
kdg2 rasa macam tak payah kawen pun tak pe..
takut sangat..
akak kena kuat kak..
mmg sedih hidup ni..mmg kite perlu bercerite supaya beban tu ringan sikit..
keep writing kak,sye tunggu.. :)

Idalara said...

Qaseh...thanks...mudah2an kata2 semangat dari qaseh buat kak ida dan anak2 lebih tabah hadapi hidup..
..................................

Salam Zamz...insyaallah dgn doa dr teman2 dan zamz juga.
...................................

Salam ryehana...Ya Allah...jika anak2 akak masih ada walinya ryehana lebih teruk nasibnya dr mereka...menitik airmata akak bila tahu hal ryehana...yup...siapa tahu apa ada dalam hati kita..
...................................

Salam amirul..akak mengambil masa yang agak lama berfikir menceritakan kisah hidup akak ni...sejak baca kisah amirul yg tertekan dgn masalah kaum keluarga di situ akak dapat kekuatan..ye..akak sgt bersyukur,kerana terlepas dr lelaki spt dia..
mudah2an apa yg amirul dan teman2 doakan akan jadi kenyataan..terimakasih atas sebb perihatin amirul dan teman2 semua.
..................................

Secreet...jgnlah jadikan kisah hidup akak ni alasan secreet tak mahu berumahtangga...tak semua r/t tak bahagia..ramai yg lebih bahagia dr yg tak...cuma kehidupan rmahtangga akak bahagianya tak berpanjangan ..semuanya ada hikmah..
Alhamdulillah skrg akak dan anak2 lebih bahagia..walaupun hidup alakadar saja..

Eiba said...

kakkkkk...sabar kak yaaa...Sedih baca kisah ini..Saya doakan agar akak tabah dalam apa jua dugaan yang akan akak tempuhi..makin banyak dugaan makin sayang Allah pada kita kak...Saya percaya...pengalaman ini akak jadikan akak lebih kuat...InsyaAllah....

Idalara said...

salam Member Hj Sirat.
Terimakasih..pandangan yg sangat mendamaikan hati saya..sbnrnya nama idalara tu seperti dah sinonim dgn diri saya..insyaallah satu masa nnti nama itu akan lenyap..insyaallah apayg sdr catatkan akan menjadi doa buat saya dan anak2.
...................................

Salam eiba...terimakasih kerana turut merasa apa yg akak rasa...terimakasih keran perihatin dan apa saja kata2 yg baik adalah doa buat kak ida.

alizankamar said...

salam kak....
bersabar la yea...
berbanyakkan berdoa kepada allah...
semoga sinar kebahagiaan menyinari hidup akak...

alizankamar said...

salam kak....
bersabar la yea...
berbanyakkan berdoa kepada allah...
semoga sinar kebahagiaan menyinari hidup akak...

Idalara said...

Salam setiasahabat..terimakasih sudi membaca kisah lara akak..insyaallah apa yg setiasahabat harapkan jadi doa buat akak dan anak2..

Rashid said...

Salam kak ida..

ermm.. moga sentiasa tabah..

maaf!! saya tak nak guna kata lara tu lagi.. bolehkan..

Idalara said...

Salam cikgu Rashid...
its ok..ramai yg tak mahu panggil nama idalara tu..rasanya kak ida pun kena tukarlah..sbb nama itu akan mencerminkan perasaan kita..
akan lara selamanya jika tak dibuang..right?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...