Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, October 21, 2010

Suami @ Isteri bercinta lagi..

Bismilah...

Menulis dari pengalaman sendiri? itulah pertanyaan yang agak kerap aku terima bila mereka membaca entry "Suami bercinta dengan isteri orang"..sebenarnya tiada kaitan langsung dengan pengalaman hidupku..aku menulis hanyalah dengan niat membuka matahati mereka2 yang terlibat dengan perkara ini..berhentilah....

Hingga kini..walaupun sudah berbulan entri tersebut aku hasilkan, masih ada yang membaca dan menghantar emel meminta pendapat dan pandangan aku...rasa macam counsellor pulak....siapalah aku mahu memberi pendapat dan nasihat...apa lagi yang bersangkut paut dengan hukum2 dan bab2 agama..pengtahuanku teramat kurang dan cetek...bila menyentuh hukum hakam apa kata masuk saja ke blog orang2 yang arif dalam soal agama...tanyakan apa saja pasti mendapat jawapan yg diingini..jawapan yang betul dan tepat.

Namun..pada dasarnya semua tahu...perhubungan terlarang begitu sememangnya salah di segi agama, apa pun alasan yang diberi ia tetap salah, samada suami atau isteri yang bercinta dengan pasangan org lain.....apa lagi jika telah melampaui batas dan terlanjur...hentikanlah sebelum terlambat..berundurlah sebelum bertambah parah..cegahlah sebelum penyakit itu bernanah dan berdarah..

Renunglah wajah anak2 yang sedang tidur..jangan kerana cinta terlarang anak2 terbiar dan membawa haluan sendiri..renung2kanlah..fikir2kanlah..timbang2kanlah dengan hati yang waras.

19 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ida sayang...

saat hati dikuasai syaitan, tika minda dirangsang nafsu, segala yang jelek kelihatan indah.. maka lupalah kepada dosa dan pahala...

Semoga kita dijauhkan dari perkara2 yang membuatkan kita hilang pertimbangan.

Kakcik doakan Ida dan anak2 agar sihat dan ceria selalu. :)

piewahid said...

salam ida,
tumpang lalu sbb lama tak berkesempatan ziarah.
moga ceria selalu di samping anak2.

p/s- semoga kita terpelihara daripada perkara yang dilaknat Allah spt yg ida kongsikan.

Hazlin Nazri said...

salam Ida,
moga ida sihat sejahtera..

tentang kes ni, kalau bertepuk sebelah tangan, takkan menjadi..

tapi kadang2 yg bercinta tu tak nak mengaku.. kita yg melihat hari-hari tentu dapat agak yg 2 org tu bercinta. mana taknya kalau asyik berkepit berdua tak kira masa.. bila ditanya, jawabnya hal kerja.. tapi kalau diluar waktu kerjapun berkepit.. apa hal..
tu la ida kan...
kita berdoalah supaya "benda" tu tak terjadi pada kita, anak2 dan kalau bolah tak nak sesiapapun terlibat pada hubungan terlarang tu...

Anonymous said...

setuju sgt2!

zulkbo said...

salam..
mohon Allah di jauhkan..
tapi saya tidak menolak takdir..



New Entry "Hikmah Dalam Wuduk"

al-lavendari said...

salam.

tidak ada siapa yang normal dan baligh yang tidak tahu ia berdosa dan tak ada tapi-tapi !

abu muaz said...

t.kasih atas nasihat dan ingatan.

Idalara said...

Salam Kakcik sayang..
mudah2an kita semua dijauhi perbuatan yg diluar batasan dan agama..Muga Allah sentiasa memelihara kita dan anak2 kita..

Idalara said...

Salam piewahid
terimaksih masih sempat tumpang lalu di rumah saya...

mudah2an kita sentiasa terpelihara...

Idalara said...

Salam Hazlin
ida setuju kata2 hazlin tu..mana mungkin hubungan begitu berlaku di sebelah pihak saja..apa2pun kita berdoa muga kita dijauhi hubungan terlarang begitu..nauzubillah.

Idalara said...

Lelaki ini...
terimaksih singgah..dan setuju dgn semua org..

Idalara said...

Salam Zulkbo..
bukankah kita boleh mengubah takdir dengan berdoa bersungguh pada Allah SWT mohon dijauhi perkara itu.andai terjadi juga barulah berserah pada takdir..

Idalara said...

Salam Al Lavendari..
cuma kdg2 bila dah berlaku pada diri mereka noda dan dosa ditolak ketepi..

Idalara said...

Salam Abu Muaz..
yang baik diambil jadi panduan..yag buruk ditinggalkan..

IMANSHAH said...

salam..perlu juga dilihat dipihak lelaki..tak mampu ke??atau curang ke? ganas ke?? sehingga isteri berpaling..

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

kita ini manusia tak sesempurna tak juga lengkap... namun kita sering alpa... hanya Allah tempat ku pohon pertunjuk... moga di lindungi segala perbuatan buruk

ckLah @xiiinam said...

Salam...
Yang penting, jangan sampai membuka ruang untuk itu....

Bila sudah punya anak-anak, tanggungjawab buat mereka sewajarnya jadi keutamaan...

Anonymous said...

Salam Pn. Ida,

Bagus blog ni. Dlm kerja perkara ni boleh dan lebih mudah berlaku.
I got experience berlaku pd kawan2saya akhirnya cerai ngan pasangan masing2 n keduanya kahwin.

Sebenarnya kita tak boleh layan perasaan. Set a boundary between us.Sbb setan selalu dok kat tepi kita nak bagi kita jahanam. Kadang2orang tu bukan lawa pun tapi dah setan hias bagi lawa akhirnya kita hanyut.

Selalu ingat mati. Mudah2an kita dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

Mountain climber

Anonymous said...

Salam Puan Ida,

Satu lagi cepat- cepat berundur sekiranya nampak hubungan antara kita ngan suami/isteri orang tu dah lain macam je. Takut nanti ia berubah menjadi cinta seterusnya boleh menjurus ke lembah maksiat.
Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dari godaan syaitan.

mountain climber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...