Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, October 17, 2010

Doakan Kami Panjang Umur dan berbahagia..

Bismillah...



Wah!!...lamanya aku tak ke udara...rasa bersalah? seperti yang YB penah cakap? tak perlu rasa bersalah andai tak sempat up date blog..aku tak rasa bersalah tapi rasa rindu sangat nak bertemu rakan2 maya, rasa bersalah sebab tak sempat nak jawab komen yang telah aku baca..terimaksih semua!! sayang kamu....



Sehari dua ini kesihatanku baru agak ok..kerja2 di opis pula terlalu banyak..mana satu nak dikejar mana satu nak di capai...kesihatan juga sgt penting tapi periuk nasi pun penting juga...

Semalam adik kat kampung bagitahu...mak demam...hati aku memang rasa tak senang bila dengar mak tak sihat...tengahari tadi, selepas menyiapkan beberapa keja yang agak urgent, aku bergegas balik ke Melaka bersama sahabatku M..dan kebetulan hari ini (17 Okt) adalah hari ulangtahun kelahiran adik perempuanku (yang ke 34) di kampung maka aku bercadang membuat satu kejutan pada dia....

Secara kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran kami hanya berselang sehari, jadi aku mengambil kesempatan meraikan bersama harijadiku yang jatuh pada 18 Okt (40+++) ....selepas menjenguk emak dan memastikan mak tak apa2, aku terus ke rumah adik dengan sebiji kek...dia memang terkejut dengan kehadiranku...apa taknya, sepanjang setengah hari kami banyak bersembang di fon tiba2 aku dah sampai depan rumah..
Seronoknya membuat kejutan pada orang yang kita sayang..dan kejutan itu memang dia tak sangka2,....walaupun sambutan yang dibuat sangat sederhana namun kami cukup gembira..dan aku juga terlebih2 bahagia kerana dapat mengembirakan hati aku juga...kalau kita yang tak gembirakan hati kita siapa lagi kan....


Aku doakan muga adikku Mar tabah dan sabar menghadapi apa saja dugaan dalam berumah tangga..muga dia akan berbahagia bersama suami dan anak2 walaupun hidup dalam serba kekurangan..aku tahu susah payah yang dia hadapi dalam membesarkan anak2 seramai 5 orang dan aku pasti dia akan berjaya kerana dia seorang yang sangat pandai berusaha mencari rezeki untuk membantu suami menambah pendapatan keluarga..pandai memasak dan membuat kueh adalah satu aset yang berharga buat dirinya..satu hari nanti impiannya untuk membuka kedai makan pasti berjaya..insyallah.


Buat diriku...muga satu hari nanti aku temui apa yang aku cari2 selama ini......kasih sayang dan cinta sebenar dari seorg insan, keredhaan Allah...Cinta Ilahi dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat..jika tidak bersama insan yang bernama suami...memadailah bersama anak2 dan cucu...


Muga tiada yang menyakiti hatiku, muga tiada yang membenciku, muga tiada yang mengejiku, muga tiada yang mendendamiku...muga2 aku sentiasa disayangi dan disenangi.



******aku hanya wanita biasa yang mahukan kehidupan biasa dan cinta yang bukan luar biasa*****

19 comments:

Pengasas said...

Salam Ida,
Selamat harijadi. Semoga berkat usia, berjaya dalam hidup serta bahagia dari dunia hingga ke akhirat. Aamiin ya Rabbal-'alamin.

Amieynna Amin said...

selamat hari lahir kak ida..
smoga panjang umur dan dmurahkan rezeki..
semoga akak akan mencapai impian akak..

kak Erna said...

salam ida..selamat hari lahir..semoga tercapai apa yang diimpikan dan dirahmati allah sentiasa.

Kamsiah said...

SALAM
semoga ida diberi ketabahan,kekuatan menghadapi hidup..semoga usia diberkati..
selamat harijadi

Azmi said...

insya-Allah...
kak ida dengar tak lagu insya-Allah maher zain??
lagu tu memang best dan mengajar kita erti ketabahan...

Ummi Humaira said...

salam Ida....

selamat menyambut ulangtahun hari kelahiran...semoga sehat2 selalu hendaknya...

dan tercapai segala impian di hati ..BAHAGIA SELALU..Ameen

shameel Iskandar said...

Selamat hari lahir juga kak ida.

Moga redha dan rahmat Allah sentiasa mengiringi degup jantung dan denyut nadi.

Ibu n Abah said...

Ida...
selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran... semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati... bahagia di dunia dan di akhirat....

Idalara said...

Salam Prof@Pengasas...
terimakasih doa2 dari prof..insyallah...termakbul semua doa.

Idalara said...

Dik Amieynna..
terimaksih..muga2 begitulah hendaknya..

Idalara said...

salam kakerna..
terimaksih..doa dari rakan2 yg tulus insyallah akan diperkenankan.

Idalara said...

salam Kmasiah..terimakasih..terhari kerana ucapan dn doa dr teman sprti kamsiah..

Idalara said...

salam azmi..
ada juga kak ida dengar..lagunya best2 semua...tp tk dpr dgr selalu sbb pc wat hal..

Idalara said...

Salam Ummi..
terimaksih ucapan yg sgt bermakna buat ida..insyallah.

Idalara said...

Shameel..terim

Moga redha dan rahmat Allah sentiasa mengiringi degup jantung dan denyut nadi.
terimaksih..(akak suka kata2 ini..cukup bermakna)

Idalara said...

salam ibu n abah@akak
terimaksih atas doa untuk ida...insyallah

luahfikiran said...

SALAM,
UCAPAN SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN. DIDOAKAN SIHAT DAN TERCAPAI SEGALA YANG DIHAJATI.

wachak said...

Selamat ulang tahun kelahiran sis ida. moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.

orang muo said...

selamat hari lahir yg ke...semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan rahim, murah rezeki, serta kesihatan sepanjang hayat buat ida n famili amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...