Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, October 04, 2010

Pemaafnya Rasullullah

Bismillah..

KISAH 1

Seorang wanita Yahudi datang bertemu Rasulullah SAW, menghadiahkan daging kambing yang diletak racun dengan harapan Rasulullah SAW akan mati selepas memakannya. Baginda mendapat tahu daging tu beracun lalu bertanya kepada wanita berkenaan. Wanita Yahudi itu mengakui,

"Aku memang mahu membunuh kamu!"

Rasulullah membalas, katanya:

"Allah tidak berikan kuasa begitu pada engkau!"

Sahabat kehairanan melihat Rasulullah amat berlemah lembut dengan sikap kejam wanita itu..

"Mengapa tidak dibunuh saja dia... bukan dia mahu membunuh tuan?"

Namun Rasulullah menghalang mereka dengan larangan tegas "Jangan!"

KISAH 2

Seorang Yahudi cuba membunuh Rasulullah SAW dengan cara menggunakan sihir. Rasulullah mendapat tahu akan hal itu melalui malaikat Jibrail. Akhirnya sihir berkenaan berjaya dikeluarkan dari perigi Zarwan dan berjaya dilepaskan. Rasulullah mendapat sakit berikutan kejadian sihir itu, namun Rasulullah tetap memaafkan Yahudi berkenaan dan tidak pernah menyebut hal itu setiap kali banginda bertemu Yahudi itu..

Begitulah pekerti Rasulullah yang sangat mulia dan susah didapati pada manusia lain..tidak pernah berdendam dan sentiasa bersifat pemaaf.

Kebaikan Sifat Memaafkan:

* Sesiapa yang berlapang dada memaafkan org lain maka Allah memaafkan dosanya.

* Allah berikan hati yang tenang lapang kepada si pemaaf kerana dia tidak lagi terbeban dengan perasaan marah yang boleh membawa kepada sakit hati.

* Allah murahkan rezeki orang yang bersifat pemaaf dengan memberikan kemudahan dalam cara yang tidak diduga olehnya.

* Bakal beroleh ketinggian darjat, kemuliaan dan dimurahkan rezeki di sisi Allah dan manusia.

sumber: midi


p/s maafkan aku terpaksa melukakan hatimu, maafkan aku kerana terpaksa menolak hasratmu...maafkan aku...kerana tidak mampu menjaga hatimu.

8 comments:

sahromnasrudin said...

salam..sikap memaafkan kan membuatkan kita sentiasa berfikir positif...

Rashid said...

salam

Bukan semua dengan hati redha dapat memaafkan orang lain .. tapi itulah sebenarnya yang membezakan seorang itu punya hati yang bersih dengan orang yang punya hati ada sikit kotornya ..

Berikan bunga kepada mereka yang berikan racun ..

zedmagel said...

Salam Ida,

Sebab itu lah baginda menjadi idola umat Islam semua...

Kamsiah said...

salam
saya teringat kisah seorang wanita yahudi memberi sebiji liamu yg amat masam kpd Baginda..namun Rasulullah tetap tersenyum memakannya sambil memberitahu para sahabtanya,limau tersebut amat manis...wanita yahudi tersebut merasa amat malu dan terpegun dgn peribadi Rasulullah lantas memeluk islam

en_me said...

salamm akak idalara ittewww..

Azmi said...

betul k,ida..bila kita maafkan seseorang hai kita akan terasa lapang..kalau boleh sebelum tidur maafkan semua org...

imanshah said...

salam, jauhnya kita dari sifat rasulullah

abu muaz said...

memaafkan orang salah satu ubat awet muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...