Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, September 07, 2009

Buat suami..........

Buat suami2 yang budiman di luar sana.....jadilah suami yang terbaik pada bulan Ramadhan ini....@ tentunya di bulan2 lain pun...Insyaallah.

Suami harus memahami keadaan isteri berkerjaya dan sering sibuk di luar rumah terutamanya ketika Ramadhan. Sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting, cubalah ikuti beberapa panduan ini supaya dapat membantu anda menjadi suami yang terbaik :

Ringan Tulang
Jangan jadi tuan besar di rumah dengan hanya memerhati dan mengarahkan saja isteri melakukan semua kerja rumah, sesekali atau selalulah ringankan tulang membantu isteri mengemas meja makan untuk berbuka ataupun sahur. Tak jatuh taraf seorang suami hanya setakad membantu isteri membasuh pinggan kotor.

Ambil hati isteri
Janganlah masa bercinta je pandai ambil hati buah hati tapi bila dah jadi isteri selalulah beri kata pujian terutamanya apabila isteri memasak juadah untuk berbuka...jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh anda, contohnya jika masakan kurang garam atau minuman tawar..jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukanlah orang gaji.

Uruskan anak-anak
Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolonglah uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah atau ke pusat penjagaan. Layan kerenah anak-anak supaya mereka tidak menganggu ibunya yang sibuk di dapur. Jangan hanya duduk membaca paper sementara menanti waktu berbuka.

Tunjukkan kasih sayang
Bekerja seharian dan melakukan kerja-kerja di rumah memang memenatkan, oleh itu suami harus faham jika isteri kurang melayan suami ketika Ramadhan ini. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

Belikan juadah berbuka puasa
Sesekali atau seringlah belikan juadah untuk berbuka, sekurang2nya isteri dapat berehat sedikit. Jika mampu bawalah isteri dan anak-anak berbuka puasa di luar untuk mengeratkan kemesraan sekeluarga.

Sediakan pembantu rumah
Kerja-kerja rumah seperti memasak dan semua urusan di rumah bukanlah tugas sebenar seorang isteri, jika mampu. sediakan pembantu rumah untuk isteri..isteri boleh tumpukan memasak makanan untuk suami dan anak-anak sementara pembantu rumah boleh membuat kerja2 lain seperti membasuh baju dan mengemas rumah, dengan cara ini dapat mengurangkan beban isteri dan isteri lebih banyak masa melayan suami dam anak-anak.

Bawa isteri membeli belah
Sempena Hari Raya ini bawalah isteri membeli belah persiapan Hari raya dengan duit anda sendiri..walaupun isteri berkerja dan berpendapatan sendiri, jangan lepas tangan dan buat tak tahu saja. Kewajipan suami ialah menyediakan segala keperluan walaupun isteri mampu buat begitu dengan duitnya sendiri. Kecualilah isteri anda menolak pemberian anda kerana faham keadaan anda waktu itu.

Doakan kebaikan untuk isteri
Ambil kesempatan sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan isteri ketika Ramadhan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

p/s siapapun yang akan menjadi suamiku kelak..dia bukan yang pertama tapi dialah yang terakhir buatku..insyaallah.

20 comments:

kakna said...

hurmm.. kak ida
seumur idup saya x pernah lagi saya melihat seorang lelaki yang punya ciri-ciri seperti yg kita harapkan ini.. tidak pada datuk saya, tidak pada ayah, tidak juga pada abang long saya, pakcik2 mahupun rakan2 lelaki.. lalu saya simpulkan persoalan ini, mungkin saya sendiri belum cukup layak mendapatkan lelaki yang sempurna atau mungkin separuh sempurna.. moga tuhan berikan kita jodoh yang selayaknya kerana Dia lebih mengetahui segala sesuatu..

Kakcik Seroja said...

Kakcik doakan Ida akan bertemu jodoh dengan lelaki yang 'sebenar-benarnya baik' buat Ida.. dapat menerima Ida dan anak2 seadanya. Juga menjadi pembimbing keluarga ke jalan yang diredhoi Allah swt.

zedmagel said...

Salam Ida,

Sangat bagus nasihat dan pandangan dalam N3 ini. Boleh dikatakan saya hampir memenuhi perkara-perkara yang dikehendaki oleh seorang isteri di bulan ramdahan ni.

Cuma saya tidak menyediakan pembantu rumah, kerana pembantu rumah itu ialah jawatan saya dalam rumah saya.

Kebanyakan suami juga ingin memenuhi kehendaki isteri-isteri, tetapi seorang wantita sangat sukar untuk dimengerti. Mawduk wanita berada didalam terang.

Semuga harapan Idalara akan tertunai segera...

mamai said...

bukan tak nak tolong tapi tulang ku reput hehehehehe

Anonymous said...

tips yg bguna ni..
thanks sis...
smoga sis bjumpa ngn jodoh yg terbaik..kkasih awal&akhir..

MaizaC'Joe said...

salam akak...
insyaallah.. harap2 dpt suami yg cmtu..ahakss.. larikss..

al-lavendari said...

Tip yang sangat berguna. Saya akan (dah pun ...kekadang) amalkan. Saya setuju ... kalau tak caya, sorot kembali en3 saya bertajuk "Isteri Saya Tidak Bekerja! bertarikh 24 April 2009, dalam blog ini. Salam.

ckLah @xiiinam said...

Salam Ramadhani Idalara....

.......suami yang mendamaikan, rezeki termahal bagi seorang isteri.

anaklaut said...

salam...idalara,

wah..satu n3 yg sangat baik ni..banyak tips2 yg berguna ni..

:))

fadzilah said...

salam idalara..
salam singgah..nice blog..good entry.. saya juga berdoa semoga Allah jodohkan saya ngan laki yg baik..dan akak jgk akan dpt suami yg baik.. Amin.

Idalara said...

sakam kakna
bila kita sedar kekurangan kita,pasti kita dpt terima pasangan kita seadanya begitu juga dgn dirinya...insyaallah diluar sana ada seseorg yg mng diuntukkan buat kita...pasti tk sempurna tapi dapat buat kiat bahagia cukuplah.

Idalara said...

salam kakcik..mudah2an doa kakcik akan jd kenyataan insyaallah.

Idalara said...

salam zedmagel
wah..beruntung isteri zedmagel ada suami seperti zedmagel..untuk kekalkan kebahagiaan begitulah sepatutnya.

ye..wanita mng sukar dimengertikan..begitu juga lelaki..

terimakasih.

Idalara said...

salam mamai
macam biasa ku dengar kata2 itu...

Idalara said...

salam reen
kekasih awal dan akhir..dimata dan di hati di jiwa dan di raga..:))

Idalara said...

salam maiza
hope mcmtulah..kena bnyk2 doa dik..:))

Idalara said...

salam al-lavendari
yup sy percaya..sbnrnya ramai lelaki yg punyai ciri2 tersebut..tk susah amalkan jika rasa kasih yg tulus ikhlas pd isteri.

terimakasih singgah

Idalara said...

salam xiiinam
terimakasih singgh
suami yg membahagiakan untuk kita dunia dn akhirat pastinya.

Idalara said...

salam AL
bgus buat al bila jd seorg suami nnti..tp sy yakin al mampu jd yg lebih terbaik dari itu.

Idalara said...

salam fadzilah
betul tu dik..tk siappun yg sempurna melainkan Allah
terimakasih atas doa fadzilah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...