Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, September 07, 2009

Abah oh Abah..

Perkhabaran yang aku terima seawal pagi tadi benar2 seperti mahu menghentikan denyut nadiku, benar-benar meluruhkan semangatku....sesudah subuh aku lelapkan mata sejam dua kerana tak tidur sepanjang malam. kira2 pukul 8.30 pagi deringan telefon no celcom bertalu2 mengejutkan aku dari lena yang sebentar.

'Kak..nape tak jawab kat no. maxis' satu suara di hujung talian seakan menjerit..

'Sape ni'. aku bertanya agak keheranan, tak dapat megecam suaranya kerana mungkin aku masih mamai terjaga secara tiba-tiba (maaf..bukan sdr mamai ye)

'Mar lah.., eh kak ida tak tahu abah ke?'

'Abah? kenapa?' aku terjerit kuat..jantungku segera berdegup kencang.

'Abah jatuh kat bilik air subuh tadi..akak tk tenguk ke owg call banyak kali.'

'Ya Allah..abah macam mane..' ada getar dihujung suaraku menahan sebak..terasa longlai kakiku.

'Akak penat sangat lah Mar..akak tidur tak sedar langsung...abah macam mana..mak macam mana..?'

Bertalu-talu soalan aku..aku mula terbayang wajah tua abah..rutin abah akan ke masjid setiap kali waktu solat. Abah memang seorang yang sangat kuat beribadat, cita-cita abah hendak mengakhirkan hayatnya di bumi Mekah, itu sebab abah sentiasa menguntukkan simpanan untuk menunaikan umrah...walaupun dah berkali-kali dia ke sana.

'Abah nak mandi nak g masjid..depan pintu bilik air tu licin, abah tak pegang apa2 masa nak keluar dari bilik air..tergelincir..kepala abah terhantuk kat batu pintu bilik air..darah melambak2, mak macam nak pengsan tenguk darah banyak..nasib baik adik wan ada..dia dah bawak abah g hospital, kat sana abang zali tunggu abah..sebab wan kena pegi pejabat SUK pagi2 nanti'

Panjang lebar adikku mar becerita..ya Allah aku bermohon muga2 abah tak apa2..aku mohon sangat..aku mula menghitung2 waktu..nak balik..kalau aku bersiap sekarang masih sempat, tapi anak2 dua orag ni tak boleh aku tinggalkan. Aku berkira2 lagi..dari sini kalau cepat siap paling2 pukul 10pagi sampai stesen komuter Nilai..sampai Seremban pukul 11.oo kalau tren tak lambat..
nak kejutkan dua orang hero ni makan masa juga. Aduhai..alangkah mudah jika aku ada sebuah kereta...sabarlah wahai hati...

Aku call abang kat hospital..hp dia off..pasti bateri kong..apa cerita agaknya abah...aku seperti hilang arah..apa harus aku buat..masa makin bergerak..masa tak tunggu aku.

'Assalamualaikum mak..., abah mcmne..'
'Sape ni?' mak tak cam suara anak perempuan sulung dia ni..
'Dah lah mak.."
"Ohh..abah kau jatuh tadi dah..melambak2 darah..ni dah nak balik dah..doktor dah x-ray kepala takde apa2, sapa bagitahu? mar ke?'

Aku dengar suara mak agak ceria..alhamdulillah abah tak apa2..darah banyak keluar sebab kena kat kepala..berjahit tiga jahitan.

'A'ah Dah dah tahu..Mar bagitahu tadi.....Dah nak balik pun kang tak tahu kol bape sampai..zaki pulak ada peksa kat sekolah agama esuk'. teragak2 aku beritahu mak..

'Eh, jangan balik, tak yah.....abah kau tak apa-apa,..dah sampai pun ni..esuk kan keja..budak2 tu kan sekolah esuk.'

Mak bersungguh2 tak benarkan aku balik..mak tahu kesulitan aku dan mak tahu aku ni bagaimana orangnya..pantang dengar mak atau abah sakit pening, aku pasti nak balik..

Alhamdulillah abah cuma cedera luka akibat terhantuk kat bucu batu di depan pintu bilik air, tiada kecederaan lain seperti gegaran otak atau sebagainya...dan abah tetap meneruskan puasanya walaupun dinasihatkan oleh doktor supaya buka puasa dan makan ubat.

Muga-muga abah segera sembuh dan dapat menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat tarawikh...maafkan aku abah kerana tidak dapat menjenguk abah di saat begini. Aku sentiasa doakan abah dan mak tetap bersama hingga akhir hayat mereka, amin.


p/s" aku cemburu melihat kebahagiaan mak dan abah..aku cemburu kerana aku tidak berjaya hidup bersama dia sepanjang hayatku seperti mak dan abah...dan aku berjanji andai aku diberi peluang sekali lagi..aku ingin jadi seperti mak dan abah..semakin tua kasih mereka semakin kukuh"

p/s Komen2 dari sahabat semua akan ku respon kemudian, insyaallah..maaf ye..

41 comments:

Unknown said...

salam kak ida... ,maaf lama tak jenguk sini..

semoga abah kak ida sembuh.. amin...

mamai said...

semoga ayah Ida tak apa-apa semoga dia cepat sembuh. jgn risau sangat kita juga ada kehidupan untuk gijalani...

Beruwang said...

insyallah suatu hari nanti allah akan gantikan "dia" yang baik untuk ida.. kuat kan semangat dan berdoalah selalu.
allah maha mendengar rintihan hambanya

LaraSuffi said...

salam kak ida...
Moga ayah kak ida tak pape..

Akak... fia harap akak tabah menghadapi segala dugaan yer kak..

mungkin ade bahagia di mase depan..
kite x tahu..

cayunkkk akak !~

Idalara said...

salam cahayachenta..
tkpe kak ida fahm..kka ida pun sama bz manjang je nk ziarah menziarahi..thanks ye dik

Idalara said...

salam mamai..thanks..insyaallah mudah2an dia cepat pulih..

Idalara said...

salam ber-uwang..itulah yg ida harapkan..thanks singgah

Pengasas said...

Salam Ida,
Saya juga turut terharu atas kemalangan ayah Ida. Namun, pahalanya berganda di sisi Allah.
Tiada apa yang dapat saya bantu selain mengucapkan agar Ida bersabar.
Wassalam!

Idalara said...

salam fia
terimakasih ye..
kak ida pun harap abah ok je..insyaallah kak ida lebih tabah hadapi sgalanya.

Idalara said...

salam DR
terimakash atas ucapan Dr ini..kunjungan dr telah cukup mrmbantu memulihkan semangat sy.

Eta LaZiM said...

Semoga segalanya kembali seperti sediakala... InsyaAllah!!

Anonymous said...

kak ida?apa kabar ayah nya?semuanya ok ker?

banyakkan bersabar kak.....semua yg terjadi ada hikmahnya,jgn cepat mengalah atau salah diri.....kalau kita ditakdirkan begini maka begitulah jadinya..redha dan bersyukurlah.......

banyakkan sujud dan mohon padanya,sebab pada dia jelah tempat kita mengadu...

Kakcik Seroja said...

Berdebar2 nak habiskan baca n3 Ida ni.. Syukurlah Abah tak cedera teruk. Alhamdulillah.....

birU said...

salam idalara,

semoga ayah ida baik2 sahaja..

tak semua yg kita inginkan akan kita dapat. so, bersyukur dengan apa yg kita da sekarang.
bahagia bermula dari diri kita sendiri =)

anaklaut said...

salam,

mcm mana kaadaan ayah anda?
moga beliau dah beransur baik..
moga allah swt memberi rahmat padanya..cepat2 sembuh..nak raya dah ni.

u-neey said...

Alahmdulillah, mujurlah abah kak ida tak ape2 tapi sebagai anak mesti kak ida risau sangat2 kan.

fadzilah said...

salam akak..
semoga ayah akak pulih seperti sediakala..bykkan bersabar ye kak..

alang said...

Salam ziarah. Alhamdulillah takde pape.Semoga sentiasa berbahagia di samping 2 hero tercinta. :D

azman said...

semoga cpt sembuh

Anonymous said...

~ Salam Ramadan Ida ~

Saya dari mahligairezeki.blogspot.com (sahabat terdekat Zedmagel). Tersentuh hati bila terbaca, terdengar atau bercerita pasal abah dan mak. Anda masih bertuah punya mak dan abah lagi.

Abah Mak adalah segala-galanya bagi kita yang bergelar anak

azza_irah said...

salam kak..
semoga abah akak cepat sembuh dan terpelihara kesihatannya agar boleh terus beribadah kepadaNya.
moga akak terus kuat dan tabah.
kita diuji dengan pelbagai cara kan..

Idalara said...

salam mama..
alhamdulillah abah kak ida ok..cuma kesan dr bnyk darah abah cuma demam.
terimakasih mama..

Idalara said...

salam ai@reel
terimkasih..abah kak ida ok..dok kata tiada gegaran otak cuma luka di kepala.

kita ank2 sentiasa mahukan yg terbaik buat ibu ayah..

Idalara said...

salam kakcik..
alhamdulillah..masa adik cl ida lglh berdebar2 mcm nak luruh jntung.
maaf kakcik..dua tiga hari ni tk singgah umah kakcik..insyaallah bila semua selesai hari2 ida singgah.

Idalara said...

salam biru
andai semua yg kita mahu kita dpt..alangkah indahnya hidup ini.

abah ida ok alhamdulillah.thanks biruuu..

Idalara said...

salam anaklaut
abah sy alhamdulillah sudah beransur pulih dr kejutan itu..thanks.

Idalara said...

salam u-neey..
alhamdulillah berkat doa sahabat2 semua abah kak ida ok..mst risau u-neey...pulak tu kka ida tkde kenderaan nk jenguk.

Idalara said...

salam fadzilah.
insyaallah..terimakasih singgah .

Idalara said...

salam alang
terimakasih singgah..insyaallah hero2 tulah teman bergaduh bergelak dn kdg2 buat hi tension..:)

Idalara said...

salam azman..
insyaallah..abah sy kuat orgnya, dia dah beransur pulih.

Idalara said...

salam mahligairezeki..
terimakasih sudi singgah dn beri ulasan di sini..
betul..tnpa mereka siapalah kita..alhamdulillah di hujung2 usia mereka masih sihat dan mampu beramal ibadat dgn sempurna

Idalara said...

salam azza
terimakasih.insyaallah..kata2 semangat dr sahabat2 bnyk membantu kak ida.

zedmagel said...

السلام عليكم

Syukur Dah,

Abah tak de apa-apa, membaca cerita awak, saya boleh putus jantung dibuatnya. Penuh debarab dan suspen..Tapi Alhamdulilah mak dan abah elok-elok nak sambut raya tunggu anak dan cucunya kat Umbai...he..he..

Take care youself Ida...

Maiyah said...

salam kak ida.. sabar ye moga abah cepat sembuh

al-lavendari said...

kuat betul semangat ayah puan. tak macam budak2 sekarang, demam sikit nak ponteng sekolah, kalau yg dah kerja ... pening sikit, MC.

en_me said...

siannyerr moga abah cepat semboh.. salam ramadhan akak idalara ittewww..

al-lavendari said...

saya rasa dah bagi komen dulu. Cek-cek tak keluar. agaknya tak click kat publish lah tu. selalu gitu. semoga bapaknya sudah sembuh seperti dulu. kental semangatnya. ingat tak dulu puan ada ulas puisi saya "rumah ku makin sempit" ... lihat komen saya di situ.

Pn Kartini said...

Salam kak..
Maaf..baru terbaca kisah abah akak..
Harap abah akak dah sembuh..!!

Untuk akak pula..semoga pengalaman yang lalu mengajar erti ketabahan..dan jadikan pengajaran ..yang bisa menjadikan kita lebih kuat utk menghadapi di hari mendatang .Mungkin ada hikmat di sebaliknya...Semoga hari esok lebih baik dari semlm...

Idalara said...

salam zedmagel..
hidup ini kdg2 penuh trill dan suspens kan..
Harap cerita dn kisah yg sy paparkan tktan buat zedmagel terus suspen..alhamdulillah semuanya ok dan abah sedang menanti anak dn cucunya balik hari raya nnti,
terimakasih singgah di sini.

abu muaz said...

Salam. Kali pertama saya singgah. Semoga semuanya selamat.InsyaAllah

Idalara said...

salam

maiyah..
alhamdulillah abah kak ida semakin pulih..terimakasih ye..


Al-lavendri
abah sy mng kuat..kalau tguk usia dgn dirinya tk sngka usianya hmpir 80 dah..hikmah bnyk beribadat tu pastinya...

saya dah baca balasan kome al lavendari..betullah..apa yg kita rasa tu sama..tp nak buat cmne,,terima je hakikat.

salam en-me..
terimaksih..mng kesian bila berlaku mcmtu pd org2 yg dah berusia mcm abah sy..ap mujurlah dia tk alami kecedreaan serius.

salam kartini..
tkpe..kak ida faham..kak ida sendiri amat jrg singgah di blog teman2..masa sering cemburu..terimakasih atas komen yg sgt bermakna buat kak ida.

Salam sdr abu muaz..
terimakasih singgah di pagi hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...