
(gambar hanya hiasan)
Rasanya aku terlalu kerap berlara di sini...ada antara teman2 yang menyuruhku membuang nama 'lara' dihujung namaku itu..hmmm..akan ku fikirkan..sebenarnya idalara itu sudah sinonim dengan diriku...bila aku singgah di blog seorg sahabat..aku jadi tambah lara...di blog dia penuh cerita cinta pilu dan lara..so..bagaimana mahu ku buang rasa lara ini?
Aku rasa kali ini aku ingin berkisah tentang cinta pertamaku sewaktu aku berusia 18 tahun dulu...betul kata orang cinta pertama yang lekat di hati kita memang sukar dipadam dari ingatan..aduhai...sampai kini aku masih teringat lelaki itu yang pernah mencuri hatiku...dan bila aku sudah sendirian begini aku teringin sekali bersua semula dengan dia...menyambung ikatan yang terputus..aku pernah membaca sebuah novel yang kisahnya ala2 aku...bercinta dengan orang lain, berkahwin dgn org lain,berpisah dan bertemu semula dgn first love dan berkahwin..mengapa tak terjadi pada ku?hehehe..mengigau di siang hari aku ni..
Di awal tahun 80 an, semasa aku berusia belasan tahun aku ditawarkan menjadi seorg guru sandaran di
Lendu, Alor Gajah Melaka...naifnya aku waktu itu..tinggal bersama keluarga angkat yang bercakap lorat negeri Sembilan...tiap hari makan masak lomak cili api....tempat yang terlalu asing bagiku...di sebelah rumah keluarga angkatku tinggal satu keluarga pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Lendu..Pegawai polis yang ku panggil pak cik Aziz itu mempunyai seorang anak teruna, Azizul Aziz (nama sebenar), seorang mahasiswa UKM, kacak dan kuat beribadat orangnya..aku hanya memuja dia dari kejauhan saja...siapalah aku ini ingin berangan menyulam kasih dengan jejaka terpelajar dan handsome pulak.
Setiap pagi aku akan berjalan kaki ke sekolah...jika aku berjalan macam itik pulang petang, aku akan sampai kira2 40min ke sekolah...tanpa aku duga satu pagi yang hening, sedang aku berjalan..suatu suara memberi salam..
A " Assalamualaikum..hai...boleh jalan sama?"
Aku : Waalaikumsalam..." aku agak terkejut bila lihat yang menegurku itu adalah jejaka handsome yang ku puja dalam hati itu.
A: " Boleh berkenalan?"
Aku: " Boleh..apa salahnya " Jantungku berdegup laju dan tak tentu arah rasanya bila mata kami bertentang.
A: Nama Ida kan? dulu sekolah kat SMSR dengan adik saya Azza..Azza yang bgtahu saya tentang ida."
Aku: "Ooooo..ni abang Azza lah ?(aku memang tak tahu itu abang azza..)
A: "yup...saya Azizul Aziz..selamat berkenalan...eh! sudike berkawan dengan saya?"
Aku: " Kalau awak sudi apa salahnya?tapi siapalah saya ni..." ( yahooo...dalam hati aku menjerit, rasa nak melompat2 waktu itu..mujurlah aku masih waras..hehehe)
A: " Eh..janganlah cakap mcmtu..saya dah lama nak kenal dengan awak..saya takut awak yang tak sudi"..
Sepanjang jalan macam2 yang kami bualkan..kami berpisah dipersimpangan jalan, dia ke kiri dan aku ke kanan menuju ke sekolah, sepanjang hari di sekolah aku rasa cukup bahagia hinggakan wajahku yang ceria di sedari oleh kak Som, seorang cikgu di sekolah itu, teruk aku di usik oleh kak Som kerana dia terlihat aku berjalan dgn jejaka itu pagi tadi...sejak dari hari itu kami kerap berutus surat( waktu itu tiada hp, komputer jauh sekali)..dia banyak memberi nasihat dan galakan supaya aku berlajar lagi..dialah yang mengubah pendirianku supaya memakai tudung hinggalah sekarang..
Tiap hujung minggu aku akan pulang ke kampungku di Umbai,Melaka..tak ku sangka satu hari Azizul telah mengunjungi rumah ibuku..katanya dia ingin berkenalan dengan ibu bapaku dan ingin meminta kebenaran mereka untuk berkawan denganku..aduhai..lelaki apakah ini?..sanggup datang dari jauh hanya untuk meminta kebenaran ibubapaku....?
Hampir setahun kami berkawan...dia memang pandai mengambil hatiku dan ibubapaku..aku memang sudah benar2 jatuh cinta padanya..dialah cinta pertamaku...kata orang mengingati dia makan tak lalu tidur tak lena...aku rasa dialah lelaki terbaik yang pernah ku kenali..(memangpun sbb sebelum ini aku tak pernah jatuh cinta)..
Entah di mana silapnya...aku hampir lupa sebabnya..percintaan kami terputus di tengah jalan...aku dan dia berpisah kerana sebab2 yang aku dan dia tidak pasti..jodoh memang tidak menyebelahi kami..berhari2 aku bermuram durja, berhari2 aku menangis...mungkin waktu itu aku terlalu muda maka cinta yang terputus tidaklah begitu membebankan aku....namun begitu dia tak pernah aku lupakan walaupun selepas itu aku bertemu lelaki lain dalam hidupku..
Selepas cinta pertama itu aku dikenalkan pula oleh ibu saudaraku dengan teman sepejabatnya...juga nama A.....dia seorang kakitangan bank dan juga seorang pemain bolasepak negeri Melaka, mewakili Melaka untuk piala Malaysia...agak terkenal orangnya jadi tak usahlah aku perkenalkan dia..jika aku sebutkan namanya di sini mungkin masih ada yang mengenalinya..dengan A juga jodoh kami tiada..dia berkahwin dengan seorang peminatnya...
Aku juga pernah bercinta dengan seorang juruhebah negeri Melaka.....kalau ku sebutkan namanya mungkin pendengar radio Melaka akan mengenalinya..jadi untuk menjaga namanya biarlah aku rahsiakan...juruhebah itu rupanya sudah berkahwin...jadi aku berundur diri..aku tidak mahu jadi orang ke tiga dalam rumahtangganya...dia pernah menawarkan aku menjadi isteri keduanya..tapi aku menolak...mana mungkin.!
Di antara ketiga2 kisah cintaku itu aku tetap tidak boleh melupakan cinta pertamaku....hingga saat ini aku masih dapat mengingati wajah lelaki itu
( tanpaku duga..wajah 'dia' seiras dengan Azizul..ajaibkan kejadian Allah)...dan aku berharap suatu hari nanti aku dapat bertemu dengan lelaki yang pertama singgah di hatiku itu..pastinya dia telah berkeluarga dan hidup bahagia kini.
Jodohku juga dengan lelaki bernama A...tapi malangnya jodohku tak berpanjangan...dan aku berharap kalau ada jodohku lagi biarlah juga dengan lelaki bernama A....
"kata 'dia', cinta pertama tetap terpahat dihati telah tersimpul mati dalam ingatan..mana mungkin begitu mudah melupakan cinta pertama"