Bismilllah..
Alhamdulillah...hatiku rasa berbunga2 sejak semalam hinggalah malam ini..di ofis siang tadi aku diberi kejutan oleh teman ofis..walaupun hanya sebiji kek..tiada masak2 seperti yg dibuat untuk yg terdahulu..tak cukup korum pulak..sebab dua orang staff tiada..namun syukurlah....ada yg mengingati..dan menghargai diriku.. Baru sebentar tadi pulak, aku diraikan oleh anak2ku..anak perempuan dan anak2 lelakiku..bahagianya bila anak2 belanja ibu mereka makan2 dan beri hadiah....sebiji lagi kek untukku!! terimakasih anak2 dan teman2 semua...yang juga turut memberi ucapan melalui SMS dan di FB..tahun ini aku rasakan paling bermakna dalam hidupku..
************************************************************************************
CINTA BARU
Dek kerana teruja melihat orang memakai baju yang dijahit manik..aku pun teringin juga....mula melihat2 saja..kemudian cari kat blog2 yang mengajar jahitan manik..jumpa blog imass...daftar e-book percuma untuk jahitan manik, belajar cara2 menjahit dari e-book tersebut..bila dah mula mencuba..jadi ralit bak kata biru..mujurlah aku selalu dok sorg2 kat rumah... lahirnya cinta baru ini mengubah rutin harianku..bila sibuk mengadap manik2 ini..lupa segalanya, masalah keja dan masalah hidup.......
Percubaan pertama...simple..pada hujung lengan baju...puas hati juga tenguk hujung lengan baju tidak lagi kosong.
Hujung lengan baju kurung ..kurang kemas mungkin sebab terlalu rapat...tapi oklah buat permulaan ini...
Insyallah aku akan mula belajar teknik menjahit manik dengan seorang yang agak pakar dalam bidang ini ...bila dah tahu asas akan jadi lebih mudah dan cekap..asas menjahit manik hanya rm50 selama 7 jam..tak perlu mebawa apa2 keperluan jahitan kerana semua telah disediakan...termasuk makan minum!! murahkan...takkan aku nak lepaskan peluang ini...bila dah ada asas dan tahu teknik tidaklah ragu2 nak mengambil tempahan kelak...
Inilah percubaan pertama untuk mengisi waktu terluang di rumah..kerana selepas ini aku akan belajar menjahit baju pula..
ps terimaksih semua kerana buat aku tersenyum..
24 comments:
salam kak Ida..
sy ingatkan sudah bertemu jodoh baru.. hehehe... nak jahit manik memang memerlukan kesabaran... :)
jgn makan banyak sangat kek!! xbaik untuk kesehatan, manis sangat..
lepas ni bulehlah terima tempahan!!
Salam my dear sis:)
Happy Belated Besday!!!:):)
MOga akak dilimpahi keberkatan dariNya dan dilindungiNya selalu..:):)
Rajin akak jahit manik2 ekk..:)
salam,
hehehheheh..
sama sama lah kita lalalal
best kan, saya pun tak mahir lagi
belajar ikut suka sendiri jerk
ekekkeek..
tudung2 ariani saya pun saya jahit manik kat border
hahahahah...
suka suka
semoga bahagia selalu
amin
good :)
kreatif..
salam Puan,
Selamat menyambut hari lahir, semoga sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan bersama keluaraga tercinta. Semoga kesihatan yang baik mengiringi puan sekeluarga ye, Amin
Ida,
Good job,well done.
Itu kata perangsang pada anak murid yang berani mencuba dan mahu belajar.
Have a blessed day.
dari makcik nun diutara.
Tahniah atas kebahagiaan dan cinta baru ida. Mama pun nak jahit manik gak, jatuh cinta gak dgn manik2 nih. Salam bermanik2...heeeee
Mokjadeandell
terimaksih auntie...insyallah..di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan...
salam cikgu Zam
terimaksih atas ucapan dan doa..insyallah muga diperkenankan..
Heidi Shafiq
thanks!
Salam Biru..
wah seronok ye dapat minat baru ni..cumanya sy ni susah sikit nk beli manik..tggu member pegi barulah dpt tumpang sekaki..
Salam Tinie..
thanks ya...mudah2an dimaknulkan semua doa..
jahit mank untuk diri sendiri je..
Salam imanshah..
yg sebenarnya kak ida tk mkn pun kek2 tu..adalah secubit saja..kurang suka...
insyallah dah mahir nanti bolehlah ambil tempahan
salam Naz
ish taklah...belum bertemu jodoh lagi..
jika tiada kesabaran dn kesunguhan mng tak mampu nak jahit manik ni..
lama kak tak update..?? huhu
Dah mahir nanti bleh amek tempahan buat tambah pendapatan :)
yes, senyum memang termasuk dalam ubat-ubatan.. tapi ramai orang lupa sebab tulah ramai yang masam mencuka.
a'ahhhh ingatkan apa tadi.. buat suspen je tajuk entrinya. hehe
Rashid..sukar nak cari cinta baru sesama insan tu yg mencari cinta baru yg lain dr yg lain..
salam abu muaz..
kan senyum itu juga satu sedekah..
Insyallah wachak..di mama ada kemahuan kan di situ ada jalannya..
imanshah..tu lah sibuk dgn keja kat ofis tu yg jrg2 dpt update..
salam Mamawana..
seronok dgn cinta baru ni..tp masa ni cemburu sgt...nak mengadap lama2 nnti bolg lak terbiar...hihi
Post a Comment