Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, October 18, 2009

Selamat Hari Tua Buat KU....18OKT

18Oktober19....
Hari ini usiaku aku bertambah setahun lagi, tepat 12.01 malam tadi aku menerima ucapan dari sahabat2 yang mengingati tarikh bermakna ini..terimakasih semua yang mengingati..aku sangat menghargai...menitis airmataku bila ada yang mengingati..

Sudah bertambah tua aku rupanya..namun dek kerana fizikalku yg sebegini aku seakan tak perasan aku sudah menjangkau lebih 40tahun!! Rasanya masih terlalu banyak kekurangan pada diriku lebih2 lagi persediaan dan bekalan yang hendak ku bawa di Sana nanti.

Seawal pagi anak2 mencium pipiku, mengucapkan 'selamat hari jadi'...tiada hadiah dari mereka namun cukuplah sekadar mereka mengingati bahawa hari ini adalah tarikh yg sangat bererti buat ibu mereka.

Sedih juga bersendirian di hari yang sungguh bererti ini, hanya di rumah..makan dan lepak2......namun semuanya sudah menjadi biasa buatku...buat seorang yang bernama IDALARA..sudah bertahun2 begini..hanya anak2 di sisi...

Tahun ini aku tidak meraikan dengan memotong kek atau sebagainya...aku masih merasa sedih atas kehilangan ayah anak2ku,seakan tidak percaya walaupun itulah hakikatnya...aku tidak seharusnya meraikan dalam keadaan begini...

Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana memanjangkan usiaku...syukur kerana aku masih diberi kesempatan melihat anak2 membesar depan mataku..syukur kerana aku masih diberi peluang menghirup udara nyaman di bumiMu ini Ya Rahim...syukur Ya Rahman kerana aku diberi kekuatan mental yang bukan sedikit olehMu untuk menghadapi beribu dugaan disekitarku.

Terimakasih mak dan ayah yang melahirkan dan menjadikan aku seorang wanita yang tabah dan kuat..kecil dari segi fizikal namun kuat dari segi mental..menghadapai beribu tekanan dan dugaan...andai bukan calang2 wanita tentu telah lama aku rebah dan tersungkur...

Terimakasih sahabat2 di maya yang tidak ku kenali..yang sentiasa menyokongku dari belakang..yang sentiasa memberi kata2 semangat buatku...terimakasih kerana sudi menjadi sahabatku dunia dan akhirat.

Andai ada kesalahan dan kata2 yang mengguris hati, aku memohon ribuan kemaafan dar sahabat2 semua. Salam dan kasih sayang yang berkekalaan dariku untukmu semua.

p/s buat dia..terimakasih atas ucapan itu...walaupun jauh kau tetap dihati.

20 comments:

Pn Kartini said...

salam Sis..
Happy Birthday To You My Dear Sis
Semoga akak sentiasa dimurahkan rezki..dipanjangkan usia..diberkati dan sentiasa diberi kekuatan & ketabahan...
Smile sis......:):)Cheer up..:):)

Beruwang said...

selamat hati ulang tahun kelahiran.. semoga panjang umur dan menemui kebahagiaan...

IMANSHAH said...

Salam, semoga pertambahan usia menyaksikan pertambahan kecintaan pada Pencipta. Cekallah wahai diri, tabahlah wahai hati, demi anak2 tercinta..

amirul said...

Salam Kak Ida,

Saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut ulangtahun yg ke...? Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki... Isteriku minggu depan! hehe... Kebetulan!!!tarikh lahir kak Ida sama dengan anak saudara isteri saya yang menyambut ulangtahun yang ke17 hari ini...

P/S: Untuk mengetahui berat badan yg ideal perlu kira BMI(body mass index) sila sertakan ketinggian serta berat badan sekarang utk membuat pengiraan nanti...sekian...

anaklaut said...

salam.Kak Ida,

terima kasih singgah anaklaut...:)
selamat hari lahir juga buat kak ida,
moga dirahmati allah swt selalu..
dan dipanjangkan umur oleh allah swt..amin

HASNAH said...

selamat hari ulangtahun Ida...Semoga tabah dlm menjalani hidup di mukabumiNya ini...

SYAbAR said...

Selamat Ulangtahun Ida. Patutnya semalam Ida turun ke Majlis Aidilfitri di rumah saya,dpt sama2 sambut tiup lilin dgn anak ke-3 saya.

Moga panjang umur, murah rezeki & sentiasa di bawah rahmat & barakah Ilahi. Amin

Naz said...

Selamat Hari Jadi Kak Ida... saya doakan akak akan temui kebahagiaan spt yg akak impikan selama ini... amin...

abu muaz said...

Hidup mesti diteruskan walau apa pun yang menghalang dalam perjalanannya. Selamat hari lahir.

Tukang cerita said...

Salam kak ida...
Selamat hari lahir kak ida....
semoga akak diberkati Nya dan diberi kekuatan jiwa sentiasa...
amin!

Kakcik Seroja said...

Ida Sayang...

Happy Belated Birthday... Semoga segera bertemu jodoh dengan insan yang benar2 sayang dan ikhlas padamu dan anak2.. Aminnnn...

Eiba said...

Happy belated besday akak..tabah lah menghadapi apa jua rintangan..cheer up ok..bila kita rasa kita malang..ader lagi insan yang lebih tak bernasib baik dari kita..bersyukurlah pada nikmat ILahi ya kak..All da best & Allah bless u & family...

CITY® said...

salam..

sorry terlambat, bukan sengaja tapi masalah, huwaaaaaaaaaaaaaaa..

selamat menyambut ulangtahun. semoga sihat dan bahagia juga milikmu jua. amin...

easza said...

harap xterlewat utk za ucapkan SELAMAT HARI LAHIR... semoga pjg umur dan murah rezeki... semoga dikuatkn semangat dan berbahagia dengan keluarga dan anak2....

Maiyah said...

happy belated birthday.. ler selang brapa hari je ngan sy ye :)

hysman said...

salam kak Ida,

Maaf terlambat kak..
Happy belated birthday kak Ida yer..
moga kebahagian jadi milik akak dan anak akak..

~semoga pnjang umo dan dimurahkn rezeki yg berlipat kali ganda..insyaAllah kak..

HAPPY BIRTHDAY kak Ida..
:)

Idalara said...

salam pn kartini..
terimaksih yg tk terhingga..
terimaksih kerana kerap singgah di sini..mudah2an doa pn kartini dimakbulkan buat kak ida.:)

Idalara said...

salam ber_uwang
terimakasih atas ucapan ini...mudah2an dimakbulkan.

Idalara said...

salam imanshah..
terimaksih..kata2 yg bermakna buat kak ida..insyaallah.

zedmagel said...

Tabahkan hati dan kuatkan iman,

Mudah-mudahan sejahtera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...