Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, October 01, 2009

Pertemuan dua hati di Aidil Fitri.....

sahabatku Salmi wahidin yang telah 20 tahun tak aku temui....

Sejak
satu Syawal lagi aku asik terasa ingin mencari seseorang yang telah lebih 20 tahun tidak aku temui..namun mana mungkin aku mencarinya tanpa alamat tanpa no telefon..dan tanpa kenderaan untuk menghantarku ke tempat tujuan. Hanya yang ada dalam ingatanku dia tinggal di Felda Kemendor, Jasin Melaka...

Keinginan hanya tinggal keinginan bila aku kembali ke BBST pada 3 hari raya baru2 ini. Hasrat tak kesampaian..hampa tapi apakan daya...tiada kenderaan adalah punca utama mematahkan langkahku.. Pada sabtu 7 Syawal, bersama sahabatku M aku pulang ke Melaka untuk mengambil anak2 yang masih beraya di kampung.

Tanpa perancangan aku mengusulkan pada sahabatku agar mencari seseorang yang ingin sangat aku temui..sahabatku M tak banyak soal hanya bersetuju...maka kami meneruskan perjalanan yang berliku ke Bandar Jasin. Satu lagi keja 'gila' yang aku lakukan bersama M...macam tak masuk akal..nak mencari seseorang yang telah lebih 20 tahun tak aku temui..tiada alamat, tiada no untuk dihubungi, namun hati kecil ku meronta2 ingin mencarinya....Puas keliling Bandar dan dengan bantuan seorang anggota polis, akhirnya aku temui tempat yang ku cari2..Felda Kemendor..

Mak aiii..nak mula dari mana ni...bukan kecik felda ni nak aku cari seorang manusia..bukan ke keja gila namanya tu...pencarian aku mulakan di kawasan masjid..kebetulan aku ternampak seorang pak cik sedang membakar sampah di belakang kawsan masjid..hati aku berbunga riang bila pak cik yang ku tanya kenal dengan ayah orang yang aku cari..

Akhirnya rumah orang yang aku cari berada depan mata..sah inilah rumahnya...bonda orang yang aku cari memberi alamat dan no telefon dia yang aku cari..tanpa berlengah aku terus ke distinasi yang aku cari...

Tak dapat aku gambarkan bagaimana gembiranya aku bila bertemu kembali orang yang aku cari..bayangkan telah lebih 20 tahun kami terpisah..tanpa khbar berita..dia yang aku maksudkan ialah sahabat karibku sewaktu bersekolah di SMSR di Melaka dulu...Salmi Wahidin (seperti dalam gambar yang tertera di atas)

Oleh kerana sudah lebih 20 tahun tak bertemu maka banyaklah cerita yang kami bualkan..dari zaman sekolah hinggalah sekarang.. aku rasa inilah Aidil Fitri yang sangat memberi makna padaku...pertemuan dua hati yang meleraikan segala kerinduan yang telah lama bersarang..

Pastinya selepas ini ada lagi kisah menarik yang ingin aku paparkan...bertemu 'dia' yang berjaya merawat hatiku yang sedang pilu dan berduka..saat aku dilanda kecewa dan kesal dengan beberapa kejadian yang mengganggu jiwaku, dia hadir memberi sinar baru dalam hidupku, menceriakan hatiku yang sering lara...dia yang akan ku abadikan di sudut hati.

p/s hatiku berbunga riang bila dia hadir dalam hidupku...meskipun sukar melupakan segalanya namun kehadiran dia buat aku lebih yakin untuk tidak menoleh lagi kepada kenangan semalam.

4 comments:

mamai said...

ya memang seronok bila jumpa kawan yang dah terpisah lama..syawal ini juga telah menemukan aku dengan keluarga yang telah lama aku tak ketemu dan lagi best bila dapt bertemu dengan kawan yang hamoir 15 tahun hilang tanpa berita

zedmagel said...

Salam Ida,

Tentu berasa seronok jika apa yang dihajati dapat dilakukan. Berjumpa teman lama yang kamcing banyak mengisi masa yang berlalu.

Walaupun penat tentu rasa berbaloi. Tahniah kerana berjaya menjejaki si M ni. Dah jumpa jangan lupa amik no phone.

Idalara said...

salam mamai
kiranya mamai juga bertemua dgn yg lama terpisah..tk dapat dugambarkan rasa itu bila tak sangka dpt bertemu semula.

Idalara said...

salam zedmagel
memang seronok sgt sbb dah terlalu lama tk bertemu..
dah ambil no dan dah dapat berhubung seperti dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...