Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, October 10, 2009

Kebakaran Lagi!!

pasukan bomba yang cekap menjalankan tugas

Beberapa hari yang lepas, kecoh lagi bila sebuah pasaraya yang baru beroperasi berhampiran pejabatku@rumah kediamanku mengalami lintar pintas yang mengakibatkan berlakunya kebakaran..aku dan seorang kakak cuci pejabat antara yang terawal menyedari kejadian itu.

Apa yang lebih membimbangkan awal pagi itu anak2 yang belajar di sebuah taska swasta di tingkat atas pasaraya itu telah berada di kelas mereka...seorang pekerja taska itu yang mula menyedarai asap keluar dari pasaraya tersebut menjerit2 kebingungan. Kebetulan aku dan kakak cuci pejabat sedang bersembang di pintu rumahku berselang 2 pintu dari pasaraya yang terbakar itu, terkejut mendengar jeritan seseorang.

Kami segera ke tempat kejadian dan mengarahkan anak2 taska itu turun dengan segera, aku segera menghubungi 999, panggilanku disambungkan kepada pihak bomba..aku adalah orang yang entah keberapa membuat panggilan tersebut. Kesan dari trauma dengan kejadian kebakaran beberapa bulan yang lepas berulang kembali. Mujurlah pihak bomba segera datang, dua buah pasukan bomba datang dengan kelengkapan mereka...dan dengan cekap menjalankan tugas mereka.

Alhamdulillah kebakaran tersebut dapat dihentikan segera sebelum merebak..mujurlah tidak banyak kerosakan berlaku di dalam pasaraya tersebut...jika tidak tentulah pemilik pasaraya itu mengalami kerugian besar kerana pasaraya tersebut baru beroperasi selepas hari raya baru2 ini..

Menurut kata pemilik pasaraya tersebut, sejak semalam terdapat bau hangit di kotak fius utama bekalan elektrik di bahagian barang2 basah pasaraya tersebut...beliau bercadang mahu memanggil pihak TNB esuknya untuk membuat pemeriksaan, namun sebelum sempat pihak TNB dipanggil fius tersebut telah terbakar.

Perkara yang sama pernah berlaku di pejabatku dulu..mujurlah aku cepat bertindak dengan memanggil pihak TNB. Jika tindakan lambat diambil akan jadilah seperti di pasaraya itu...perkara sebegini jangan dianggap remeh dan jangan sekali2 ditangguh untuk dibuat pemeriksaan. Panggillah segera pihak TNB jika terdapat bau hangit di kotak fius elektrik rumah atai pejabat anda...dan jangan gunakan terlalu banyak sambungan (extension) untuk kegunaan di pejabat atau di rumah.

Aku berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi, walaupun kemalangan tidak berbau namun apa saja berkaitan elektrik pasti ada bau2nya.


p/s sepanjang hari ini aku hanya berlepak2 dan bermalas2 di rumah..anak2 dengan aktiviti mereka di luar..berhari raya dan bermain basikal..aduh..sepi dan sunyi rasanya tanpa sesiapa di ssamping....mana teman.... mana dia?

8 comments:

Maiyah said...

tu yg sy takut, mintak ler dijauhkan, dah ler tak bleh jalan huhu

mamai said...

tragei boleh berlaku di mana-mana berhati-hati adalah kuncinya

Tukang cerita said...

salam kak...
fobia kan kalau asyik menyaksikan kejadian yg sama?
takut.... :(

Unknown said...

salam ida,
memang kita akan merasa sunyi sekali...nanti apabila ada yang menemani ida kelak, ida akan lebih menghargai dan merasa kenikmatanya. Percayalah pelangi itu akan muncul jua buat ida..,ceria selalu.

Kakcik Seroja said...

Salam Ida Sayang...

Adakalanya... sepi itu indah! :)

abu muaz said...

Salam. Kalau ada rakyat yang prihatin insyaAllah banyak kejadian tak diingini mungkin dapat dielakkan.

ghostWRITER said...

tumpang iklan...he2... sapa2 minat politik.. jom terjah blog kiter..

anakmuda
http://ohpolitik.blogspot.com

Anonymous said...

erm...bahaya...

jaga diri dan anak2.....sekarang ni musin terbakar sana sini maklumlah lepas raya.. uhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...