Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Friday, October 02, 2009

Berita Yang Ku Terima

Berita yang aku terima pagi tadi benar2 menyentap hatiku....rasa macam tak percaya bila anak perempuanku memberitahuku abah mereka iaitu lelaki yang pernah menjadi suamiku selama 18 tahun dulu di serang strok! sebelum ini aku diberitahu abah mereka demam dan ditahan di wad. Aku sangkakan hanya demam biasa atau H1N1. Kiranya ada penyakit lain yang aku tak pernah tahu.

Perasaan apakah yang hendak aku gambarkan bila mendengar berita itu....sedih? kesian?..walau apapun berlaku antara kami, dia pernah menjadi suamiku dulu, dia pernah beri aku kebahagiaan, dia masih tetap abah kepada anak2ku..walaupun sudah lebih 2 tahun anak2 tidak bertemu abah mereka. Aku tidak pernah menafikan itu..pertalian darah dia dgn anak2 tetap tidak terputus.

Bila ku suarakan apa yg aku rasa, seorg teman berkata...masih adakah rasa syg ..masih adakah rasa rindu.....TIDAK..sebenarnya rasa itu telah lama sirna..sebelum lafaz itu keluar dari mulut lelaki itu lagi.....rasa yang hadir ini hanyalah rasa simpati kerana dia abah kepada anak2ku..

Aku berdendam dan masih marah? tidak juga..bagiku tiada guna berdendam..dia telah lama aku maafkan..dan aku bukanlah manusia yang kejam hinggakan tidak dapat memaafkan...

Awal pagi esuk aku akan berangkat ke Melaka..membawa anak2 bertemu abah mereka..walau apapun berlaku mereka akan aku temukan dengan abh mereka. Mungkin dengan melihat anak2nya penyakit dia akan berkurangan...mungkin dengan doa anak2 penderitaan abah mereka akan berakhir.

Doakan perjalanan ku esuk, doakan aku dan anak2 selamat menuju distinasi..
Aku doakan muga dia akan sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

21 comments:

mohad said...

banyakkan bersabar...

azman said...

brt mata memandang brt lagi bahu memikul, sabar ye... sbb dugaan kita sgt byk...
kita insan yg lemah...
tuhan mmg nk uji kesabaran kita...
ingatlah kita juga bakal menempuh hari tua nanti...
semoga ayah anda kembali pulih...amin

mamai said...

satu tindakan yang bijak...walau apa juga yang berlaku mereka tetap ada pertalian dan kita tak boleh nafikan

Beruwang said...

ye satu tindakan yang bijak.... biar sudah terputus ikatan namun anak anak perlu di utamakan... mereka juga perlu di latih supaya tidak berdendam dengan ayah mereka..

kakna said...

sedang Allah SWT itu maha pengampun lagi maha penyayang, respect kak ida yang sentiasa menjaga siraturrahim antara anak2 dan bekas suami dengan baik..

Rashid said...

Salam kak ida

Hati yang baik tak akan sekali-kala menyimpan rasa marah walaupun dah tak seia. Hati yang baik akan akur bahawa semua yang terjadi adalah dalam ketentuanNya. Apa yang perlu ada pada hati hanyalah doa agar segala-galanya baik buat semua.

Sebenarnya sukar nak jumpa seorang yang masih tetap memberikan 'bunga' kepada orang yang pernah melukai hatinya. Saya melihat inilah kekuatan yang ada pada kak ida.

Moga perjalanan kak ida sentiasa dalam keberkatanNya. Saya doakan kak ida sentiasa kuat dan tabah.

Drive hati-hati.. tenang..

Pn Kartini said...

Salam..
Semoga abh pada ank2 akak cepat sembuh...
Sesungguhnya akak cukup baik..krn tiada dendam dan benci di hati ...

Kakcik Seroja said...

Salam Ida...

Masih bercuti ke? Bagaimana khabarnya ayah anak-anak Ida? Semoga bertambah sihat dan untuk Ida, kakcik doakan tiada lagi lara yang berpanjangan...

anaklaut said...

salam..

moga beliau cepat sembuh..:)
sabarlah.

Idalara said...

salam ijad
terimakasih sudi singgah :)

Idalara said...

salam azman shah
sbnrnya bukan ayah sy yg sakit tp bekas suami sy iaitu ayah kepada anak2 saya..apa2pun terimakasih singgah.

Idalara said...

salam mamai..
sbb itulah saya berusaha agar mereka ditemukan..mereka tetap anak pada x hsb sy..

Idalara said...

salam ber-uwang
insyaallah..kak ida tkkan putuskan perhgnan mereka wlupun dah tk semesra dulu.

Idalara said...

salam kakna
sebagai ibu itu saja yg mampu kakida lakukan..mengeratkan hgban yg dah lama terputus.

Idalara said...

salam cikgu rashid
sebenarnya berat mata yg memndang berat lagi bahu kak ida yg memikul..
namun kak ida harus rasional dalam hal ni..
perasaan lalu terpaksa diketepikan demi anak2.
anggap apa yg berlaku ada hikmah yg terbaik buat kita so..akan hilanglah segalam rasa dendam.
terimakasih doa dan ingatan dari cikgu rashid.

Idalara said...

salam pn kartini..
insyaallah nmpknya dia beransur pulih.
tak tahulah nak cakap bagaimana perasaan kak ida wktu bertemu dia dn wf dia..namun segalanya kak ida telan walaupun pahit demi anak2.

Idalara said...

salam kakcik
alhamdulillah strok dah tiada cuma tk boleh bercakap dn ingat apa2.
ida dah balik sini cuma mc sbb tk bpe sihat,
terimaksih kak cik.

Idalara said...

salam al
terimaksih.

Anonymous said...

banyakan bersabar kak....mungkin doa ank2 akn menyembuhkanya

zedmagel said...

Salam Ida,

Simpati saya kepada bekas suami yang mengalami stroke. Mudah-mudahan cepat sembuh..

Kamsiah yusoff said...

SEBAK SAYA BACA CATATAN IDA NI...BOLEH DIRASA APA YG IDA RASA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...