Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, October 05, 2009

Anak-anakku Apa Kau Rasa.....

Anak-anakku..
apa kau rasa saat melihat abahmu begitu..
abahmu tanpa rasa tanpa suara..
tanpa ingatan pada kisah2 semalam.
tanpa ingatan kamulah anak-anaknya.
kemana memori silam bersama kamu..
kemana kasih sayang senda gurau dulu..
kini hanya memandang sepi tanpa suara..
memandang wajah anak2 tanpa sepatah kata..
Anak-anakku..
sudah sirnakah rasa kasih dan ingatanmu pada lelaki itu
yang masih ada pertalian darah dengan mu
yang takkan terputus walau nyawa berpisah dari badan..
yang tiada siapapun boleh menafikan
sejak azali lagi kamulah zuriatnya..
Anak-anakku.
ibu tak pernah tahu apa yang melanda hatimu..
tapi ibu tahu kamu rindukan kasih sayang seorang abah..
kamu perlukan belaian dan tunjukajar seorang
lelaki bernama abah..sedangkan..
lelaki itu semakin jauh dari kamu..
dan kamu juga semakin kehilangan kasihsyang itu.

Dapatku rasakan debaran jantungku saat melangkah masuk ke dalam wad yang dihuni oleh bekas suamiku..bagaimana sikapku dan penerimaanku menghadapi lelaki yang pernah hidup bersamaku suatu masa dulu dan lelaki yang pernah membunuh rasa cintaku padanya suatu waktu dulu...bagaimana pulak perasaan anak2ku..tidak dapat aku selami kerana tiada apa2 gambaran di wajah mereka..sedih?hampa? rindu? gembira?..anak-anak..bila semakin jauh dan renggang semakin hilanglah segala rasa yang pernah dicurahkan kepada seorang lelaki bernama abah.

Masuk di wad aku disambut oleh isteri bekas sumaiku..orangnya biasa2 saja..agak ramah dan nampak begitu mengambil berat terhadap suaminya, alhamdulillah baguslah dia mendapat seorang isteri yang baik.....hinggakan dia seolah2 terlupa perempuan yang di hadapannya ini pernah berbelas tahun hidup di samping suaminya dulu.......pernah melahirkan 7 zuriatnya.... pernah susah senang bersama......aku cemburu? marah?...tidak sama sekali..bukan itu sikapku..rasa marah telah lama aku lontar jauh..rasa cemburu telah tiada kerana rasa kasih sudah bertahun sirna dari hatiku..malah melihat dia kini aku terlalu simpati..

Lelaki itu..abah kepada anak-anakku..tidak lagi petah berbicara seperti dulu..hanya memandang kosong wajah anak-anak..secara tiba2 bila memorinya hadir, dia melambai anak2 dan memeluk..ah..aku rasa terlalu janggal melihat dia memeluk dan mengucup ubun2 anak2...apa pula yang dirasa oleh anak2 saat abahnya memeluk dan mencium..hanya mereka yang tahu.

Strok yang menyerang bahagian kanan badannya telah pulih..sungguh dia memang kuat melawan penyakit. Aku berdoa muga dia pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa..dia masih ada tanggugjawab...anak-anakku dan anak dengan isteri barunya adalah amanah Allah kepadanya..

Ku tinggalkan wad dengan rasa yang berbagai..sedih dan pilu bercampur baur menjadi satu..sedih kerana lelaki yang pernah menghuni di sudut hatiku, lelaki yang tetap menjadi ayah pada anak2ku kini hidup bersama memori yang kosong...dan terlalu sukar menyuarakan sesuatu.

Ya Allah ku pohon atas nama dia sebagai ayah kepada anak2ku.. pulihkanlah dia...sembuhkanlah dia...izinkan dia meneruskan kehidupan sebagai manusia normal di bumi Mu Ya Aallah...amin ya Rabbal Alamin..

p/s apa saja rasa kecewa dan sakit hati yg tersimpan di hati segera sirna bila melihat keadaannya..itulah hati seorang wanita.

34 comments:

Syariniey Amran said...

salam kak ida..
semoga tabah selalu.
saya doakan juge kesembuhan die.

Naz said...

mulia hati kak Ida.... semoga doa kak Ida tu termakbul... amin...

Rashid said...

salam kak ida

terdiam saya akan situasi kak ida itu. Sukar nak saya gambarkan perasaan kak ida dan anak-anak saat itu.

Renungan kosong..


Kak ida, saya 'tabik' pada kak ida.

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

sedih baca.
tak tahulahkan apa perasaan anak-anak,mungkin kosong,mungkin rindu tapi terasa janggal.

perempuan,macam mana dalam pun luka orang buat pada kita,bila dah simpati,semua marah,sakit hati tolak tepi.bersyukur sebab saya perempuan,dan saya faham keadaan tu.

take care kak.

Unknown said...

nice entry kak ;)

zai said...

Salam Idalara..

Very touching N3...terasa boleh merasai apa yg dilalui oleh idalara tntg keperitan lalu..

Tabahlah menghadapi ranjau kehidupan yang penuh onak dan duri kerana setiap dari kita pasti diuji dgn pelbagai dugaan tidak terkecuali diri ini..

Ujian yg didatangkan keatas stp insan adalah berbeza-beza bentuk dan rasa tetapi kita ttp merasai goresan luka yg tidak nampak dek mata dan tak terhitung dek jari..Kebahagiaan itu perlu dicari dan adakalanya perlu dicipta dengan jaluran warna airmata sebelum hadirnya keindahan utk mewarnai kehidupan dipentas sementara ini..

Walaupun zai dikurniakan lelaki (suami) yg sgt baik tetapi saya juga ttp bersimpati kepada semua ibu-ibu tunggal dan wanita yg teraniaya diluar sana krn jiwa wanita itu halus dan lebih mengerti akan penderitaan oranglain.

trm kasih krn sudi bertandang keblog zai yg tiada apa yg lebih istimewa ttp hanyalah juga srg wanita yg masih berusaha utk menjadi isteri yg solehah buat suami nan tercinta..

Pn Kartini said...

Salam
Semoga dgn berbekalkan kekuatan keazaman dalam diri..bisa menyembuhkn dr strok ..
Bagi akak..
Tahniah sis..kekuatan akak jua smmgnya dikagumi..semoga akak terus diberikan kekuatan itu..:):)Take care

abu muaz said...

Salam. Doa puan itu insyaAllah akan meringannkan beban deritanya. saya tabik ketabahan puan ....

SYAbAR said...

Semoga selepas ini, dgn hikmah kejadian yg berlaku ke atas bekas suamimu itu, silaturrahim dan kasih-sayangnya pada anak2 Ida akan kembali bertaut kuat.

Anonymous said...

kak ida.........


kelu lidah,sayup hati bila membaca kisah ini.....

azman said...

sy minta maaf sy dh slh kenyataan dlm post sy seblm ini..
tabah la wahai ida...
bkn mudah menerima org yg telag meninggalkan dlm keadaan sedemikian rupa...
kasih syg sgt bernilai daripada segalanya...
bygkan dah ada 7 org anak tp masih kuat semangat tnp org yg paling anda sayangi...
anda mmg kuat dan tabah orangnya...
teruskan perjuangan krn pasti ada sinar dlm kehidupan anda nanti...

CITY® said...

salam idalara,

hmmmmmmmmm entah kenapa, saya leh terharu dan bergenang air mata bila baca n3 ni.
mayb simpati? or mayb saya faham perasaan ketika itu.

btw,
anda seorng yg tabah
anda seorang yg kuat
boleh melangkah senyum berjumpa seorg lelaki yg pernah anda sayang bertahun2,
ada anak2 lambang kasih sayang itu.

idalara,
semoga anda dan anak2 teruskan perjalanan dgn tabah dan bahagia dan sentiasa dilindungi olehNya..
amin..

zedmagel said...

Salam Idalara,

Saya berasa simpati diatas kejadian yang menimpa bekas suami Ida. Apa pun satu penyakit itu merupaka kifar dari Allah jua. Mudah-mudah dia cepat sembuh.

Buat Ida sendiri, apa yang harus saya katakan? Memori silam biasanya mampu mengubat rindu atau menguriskan hati. Tetapi hakit memori itu sendiri begitu.

Salam Bahagia buat Ida... saya ada menulis satu entry yang baru untuk kawan-kawan semua,khas buat Idalara yang selalu bertanya... silalah memberikan pandangan

Idalara said...

salam syarinie
terimakasih atas doa anda juga..insyaallah akak akn terus tabah hadapi apa jua dugaan medatang.

Idalara said...

salam Naz
thanks..insyaallah kak ida cuba bersangka baik dan berusaha muga anak2 kembali mendapat kasih syg abah mereka.

Idalara said...

salam Rashid..
kdg2 kak ida pun tk sngka bagaimana kak ida boleh bersikap tenang dan menghadapi dia dgn baik..
apa2pun semuanya boleh dilakukan jika tiada dendam di hati.

terimakasih atas penghurmatan itu,

Idalara said...

salam PMJ
jika adik sedih akak lagilah..membaca tulisan kamu buat airmata akak melimpah..
kesian anak2..bertemu abah mereka saat dia tidk mengenali mereka lagi.
terimakasih kerana memahami hati seorg perempuan..

Idalara said...

salam cik epal@chipsmore
thanks sudi singgah.

Idalara said...

salam zai
ida rasa terharu membaca tulisan zai yg panjang lebar ini..rasa sedih dan pilu berangkai menjadi satu..kata2 zai buat ida sgt bermakna dan ida hargainya untuk ida simpan dilipatan hati ida..
jagailah bajailah kasih syg bersama suami tercinta..muga zai menjadi isteri yg solehah dan ibu mithali..
terimakasih juga kerana sudi singgah di tempat ida..muga kita tetap bersahabat di maya ini.

Idalara said...

salam pn kartini..terimakasih atas doa itu..insyaallah dia akan cepat pulih..
buat kak ida hnya kekuatan mental dan fizikal buat kak ida terus melangkah ke depan..dan dengan sokongan moral dari kwn2 jua.

Idalara said...

salam sdr abu muaz
insyaallah dgn doa dr rakan2 juga..
terimakasih sudi singgah..

Idalara said...

salam syabar
terimakasih,itulah doa ida buat dia dan muga selepas ini anak2 mendapat kasih syg abah mereka semula.

Idalara said...

ssalam aireel..

tiada kata2 dapat digambarkan perasaan kak ida..sedih pilu simpati kesian..semua menjadi satu.

Idalara said...

salam azman shah
mungkin juga tulisan ida agak mengelirukan hingga zman tk perasan..tak mengapa..
terimakasih sudi berkongsi membaca entri ini..
terimakasih kerana memahami.

Idalara said...

salam biru..
bila membaca tulisan biru sertamerta airmata ida menitis..
apa perasaan ida hnya ida yg tahu ketika kaki melangah menemui dia dn wfnya..apa2 pun ida ucapkan jutaan terimakasih kerana biru sudi berkongsi rasa ini..
insyaaallah ida akan terus tabah..membesarkan ank2 dalam situasi bgini..

Idalara said...

salam sdr zedmagel
terimakasih atas simpati anda terhadap ida dan doa dari kamu juga.tiada yg lebih bermakna dari ida bila menerima komen balas yg memberansangkan..
bila memori yg ditinggalkan trlalu pahit..tiada apa lagi hendak kita kenangkan..segalanya tinggal knangan pahit buat kita.

insyaallah ida akan ke tempat zed..

hysman said...

Assalammualikum Kak Ida,
mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kak..kita yg waras hanya mampu berfikir +ve berdoa yg terbaik & terima seadanya..mungkin mase nih la anak2 akak dpt rasa dakapan seorang abah..lg bermakna dr tak dpt rase langsung kan..tabah kak yer..itu dugaan yg menunjukkn Allah sayang kat akak anak beranak dan 'org itu'..

maaf sekiranya saya ketinggalan dan jarang ke mari bukan lupa saye baca dan ikut perkembangan kak dlm Idalara cuba tak sempat nk bubuh perkataan dlm kotak komen akak.. maaf yeh kak..
sblm terlambat ucap Salam Lebaran utk kak dan anak2 yer.. ;)

Unknown said...

salam idaria,
mmg memilukan perasaan pada saat itu, apa yang menimpa saya adalah sebaliknya, sy mengerti RASA itu. Apapun hubungan anak dan ayah tidak dapat diputuskan dan idaria telah tabah hati dgn membawa anak2 menemui ayahnya...syabas.

Kata mentor saya, kita sangka panas sampai ke ptg, tiba-tiba hujan turun di tengah hari, rupa-rupanya ada pelangi yang Allah nak anugerahkan pada kita...shah puchong

anaklaut said...

salam..

saya dpt selami apa yg idalara rasa,

sebab saya alaminya, wp dalam suasana yg berbeza.


sabarlah

Maiyah said...

salam kak.. akak mmg sorang yg mulia, moga dia akan cpt sembuh sbg ayah pd anank2 akak :)

Idalara said...

Salam budak kentang,
terimakasih singgah dan sudi memberi komen yg sungguh beri erti buat kak ida..betul apa yg anda katakan..daripada anak2 tidak merasa kasih syg abah mereka biarlah kak ida yg merapatka semula jurang itu.

tk mengapa..kak ida sendiri jarag2 sgt dpt breziarah di rumah teman2..masa sgt mencemburui.

msih tk terlewat..slmt hari lebaran juga dr kak ida.

Idalara said...

salam shah
mungkin apa yg kita rasa sama..bila kita berada dlm situasi yg serupa..sukar mahu digambarkan rasa itu..kdg2 kita terpaksa berkorban perasaan demi anak2.

p/s terimaksih memanggil sy idaria..sy faham ada sebab mengapa shah memnggil begitu...mudah2an pelangi akan mencahayai hidup sy dan anak2.

Idalara said...

salam al
yup..tentu al dapat rasakan kerana ayah al juga menghidapi strok..mudah2an ayah dan abah kepada anak2 sy akan smebuh.

terimaksih sudi singgah.

Idalara said...

salam maiyah
terimakasih dik..insyaallah selagi anak2 masih ada pertalian darah dgn abah mereka akak terpaksa ketepikan apa jua perasaan marah dn dendam.

terimakasih atas doa maiyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...