Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, November 20, 2010

Sendiri

Dengan Nama Allah Aku menulis...
Sendiri....
Kini aku sendiri
berteman sepi dan airmata..

Aku memang sedang sendiri tapi tidaklah bertemankan airmata seperti lirik lagu Dahlan Zainuddin ini...itu cuma lirik lagu...aku pun dah lupa2 ingat lirik sepenuhnya..padahal lagu tersebut dulunya sentiasa bermain dibibir...
Aku sendirian waktu ini kerana kedua2 anak lelakiku berada di kampung sejak Aidil Adha lepas...tak sangka pulak mereka tidak mahu mengikut aku balik ke BBST.......walaupun rasa sunyi anak2 tiada, namun aku rasa agak lega....sekurang2nya mereka terjaga di sana...ada ibu dan bapa saudara serta datuk nenek yang menjaga mereka.
Sepanjang mereka tiada bolehlah aku benar2 merehatkan diri...dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerja2 di ofis dan mengemas rumah yang agak lama tak di polish.......disamping itu bolehlah lebih kerap ziarah ke rumah kawan2 di sini.
Seronok beraya bersama mak,abah dan adik2..tak sia2 aku balik sebab mak beriya2 menyediakan menu untuk Hari Raya..antara menu yang tak sempat aku abadikan seperti lontong dan masak lodeh, serunding kelapa, sambal tumis (aku yang masak), soto adik yang bawa....
Setiap kali raya mak mesti menyediakan ketupat lemak ini..mula2 direbus bersama santan, setelah agak kering barulah dimasukkan air dan direbus hingga masak...ada dua jenis..beras dan pulut...aku kurang suka sebab berlemak sangat.
Sambal daging masak manis( orang jawa kata ungkep)...sebenarnya taklah manis sangat..proses memasak daging ini agak lama juga kerana cili merah tidak dikisar..sebaliknya dihiris2 dan di masak bersama bawang besar yang dimayang..campur santan dan gula melaka...masak hingga cili benar2 hancur...hmmm sedap sangat...lebih sedap sebab mak yang masak.

Pernah lihat kueh ini? kalau dibandar2 memang jarang jumpa yang begini rupa, inilah kueh lopes....selalunya lopes di bandar2 berwarna hijau menggunakan warna tiruan, tidak direbus menggunakan daun pisang..... kueh lopes ini masih berbalut dengan daun pisang...bila nak dimakan barulah dibuka dan digolekkan pada kelapa parut dan dimakan bersama gula melaka..untuk mendapatkan hasil yang baik, proses merebusnya hampir 4 jam lamanya...

Terasa lapar pulak bila lihat gambar2 di atas...nak cari makanan kat dapurlah...dah tinggal sorang2 ni rasa malas nak masak..tapi bila dah terlalu lapar terpaksa juga merajinkan diri kerana malas nak membeli kat luar.


ps......boringnyaaaaaa.....tiada siapa di sisi menemaniku....:((

44 comments:

IMANSHAH said...

salam kak

macam sedap je ketupat tu..saya pun beraya sendiri juga

IMANSHAH said...

salam kak

macam sedap je ketupat tu..saya pun beraya sendiri juga

Kakcik Seroja said...

Salam Ida...

kakcik suka lagu Dell itu...

'sendiri
kini aku sendiri lagi....'

semoga Ida tetap tabah mengharungi hidup ini disamping anak2 tercinta. :)

Acik Erna said...

salam ida..nampak lopes tu..memang rasa lapar..sedap tu..lama tak makan..

amirul said...

salam kak,

Banyaknya hidangan raya... tak bawak bekal ke? terliur plak tengok makanan tu... hehe

Aku Anak Pahang said...

Salam kami dtg juga menjenguk teman berteman di alam maya :)

Beruwang said...

saya dah terbiasa sendiri.. bila ramai macam janggal plak..camne tu?

wachak said...

salam sis ida. emm .. tak pernah cuba lagi ketupat lemak tu. cam sedap jer.nk lak cicah ngan sambal daging tu.
Kuih lopis tu biasa mak buat, gulung ngan daun pisang. yg ni di ikat tiga segi. lama x makan kuih lopis ni :)

Anonymous said...

wah
besh2!

abu muaz said...

ungkep best nampaknya...

ckLah @xiiinam said...

Ida BBST kat mana? ckLah nk ke Taman Ixora esok. Rumah adik...

ummu said...

Salam Ida
Ya Allah sedapnya...
ketupat tu,soto pun aada ungkep pun ada.rindunya dgn masakan jawa ibu saya.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini mestilah kena biasa2kan bersendirian. Walau apa keadaan sekalipun, Allah SWT tetap ada bersama2 kita apabila kita mendekatiNya. Dialah tempat kita mengadu kesusahan dan tanda syukur atas rahmatNya kerana Dialah sentiasa dalam kehidupan kita.
Surah AnNajmi:43 وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis. Wallahulam

Hairil Rizal said...

Takpe..kadang-kadang sendiri itu jauh lebih baik dari berteman...

Idalara said...

Waalaikumsalam wbt sdr tajnur
alhamdulillah sy dah terlalu biasa bersendirian. insyaallah kerana ada ALLAH tempat sy mengadu..

terimaksih sudi singgah dan memberi kata2 yg baik untuk sy renungkan.

Idalara said...

Salam Ummu
masakan mak memang sentiasa lekat di hati smpai bila2kan ummu

Idalara said...

cklah
taman ixora dah terlalu dekat dgn tempat sy di taman seroja..ada adik di ixora pastilah ckLah kerap ke sanakan.

Anonymous said...

Salam pn. Ida,

Selamat menyambut idiladha. Benar kadang2 sendirian tu bagus juga. Boleh rilex skit dan masa sendirilah kita dapat muhasabah diri dan menilai diri.cuma masa sendiri juga kadang kala menjadi masa yang sedih bila mengenang kisah lalu.Jadi kita kena selalu ingatkan ketentuan takdir dan redha dengannya bagi menghilangkan kesedihan

Bagaimanapun kueh2 tu nampak mengancam je.

mountain climber

Idalara said...

Sdr abu muaz
memang sedappun...lebih2 lagi bila mak sy yang masak.

Idalara said...

Lelaki ini
yup mng best...

Idalara said...

Salam Wachak..
cuba suruh mak buat..prosesnya sama je...cuma direbus dgn santan terlebih dahulu..
Sedapkan lopes yang mak kita buat...mana nk jumpa jual kat luar..

Idalara said...

ber_uwang..
sebenarnya sy pun dah terbiasa sendirian..bila ramai2 rasa rimas pulak...

Idalara said...

Saam akuanakpahang..
terimaksaih singgah teman berteman di alam maya...

Idalara said...

Salam amirul..
sebab bawak baliklah yg buat tangan kak ida sakit smpai sekarang,...

Idalara said...

salam erna..
ida pun setahun 2 sekali baru dapat rasa lopes ni..

Idalara said...

Salam kakcik sayang..
...lagu itu mengimbau kenangan lalu..
terimaksih kakcik..

Idalara said...

salam imanshah..
tkpe raya sendiri pn masih ramai yg menemani disini.

sekadar satu coretan said...

salam kak ida..
saya suke lopes tu...kalau bulan puasa selalu beli kuih tu...

Cik Melor said...

salam perkenalan ya nama ku melor. nice blog.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tak pernah makan semua ni hehe

kalau tempat GKSB ketupat pulut jer

LATEST ENTRY

TAK SEMESTINYA SAMA PASTI ADA YANG BERBEZA

Unknown said...

wah bestnya nampak rendang tu...

Pn Kartini said...

Salam my dear sis Idalara:)

Datang nak merasa sambal daging tuu...sedap jekk nampak..:)menyelerakan:):)
Moga akak sihat di sana;)

hysman said...

salam kak...
adeh kueh lopehhh..
my fav kak....nyummy2..
hehee....

saye pon beraya sendiri jugak pesal takde bini lagi.. hehehe..
saje guraw... :p

Maiyah said...

sy plak suka mnyepi hehe.. sesekali main ngan bebudak

Idalara said...

maiyah..seseklai dok sendir mng best sgt...tenang jiwa dan tk penat sgt kan..

Idalara said...

salam Hysman
yup kueh lopes mng best...pulak tu dari air tangan mak..

jgn lama2 sendiri...cepat2 cari isteri :)

Idalara said...

salam Hysman
yup kueh lopes mng best...pulak tu dari air tangan mak..

jgn lama2 sendiri...cepat2 cari isteri :)

Idalara said...

salam dear tinie
sambal mak buat...sedap..tinie nak rasa ntah bila sis dpt buatkan...

muga tinie sekeluarga pun sihat dan ceria

Idalara said...

Azmi..tu bukan rendang tp sambal ayam masak manis...mng sedap sgt...

Idalara said...

salam GKSB
ooo..tak penah tguk dan makan kot...yelah lain tempat lain maknannyakan...

Idalara said...

salam melor..
selamat berkenalan di alam maya..muga berpanjangan tali siratulrahim di sini.

Idalara said...

salam ainnoraini
mungkin lopes yg ain mkn agak berbeza dgn lopes asli ni...susah nk dpt lopesbegini dipasaran.

Idalara said...

salam maountain claimber,
terimakasih singgah dan beri komen.

setuju dgn MC..bila sendiri dapat lebih rehat dan muhasabah diri...cuma untuk mengelak teringat kenangan lalu yg melukakan kenalah lakukan sesuatu yg buat kita sibuk..

bukan nampak je tp mng mengancam
pun

Idalara said...

Salam Hairil Reza
ye..bila berteman itu menyakitkan hati...lebih baik sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...