Bismillah..
Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi yang mengurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadah puasa dan saat2 menyiapkan tempahan biskut raya..kesemua tempahan dapat aku siapkan mengikut waktu...walaupun ada tambahan di saat2 akhir.Wah!! Lama tidak bersiaran......ada juga sekali dua aku singgah di blog teman2 sekadar bertanya khabar...dan sangat terharu rasanya..walaupun aku tak sempat mengemas kini blog, masih ada yang sudi singgah bertanya khabar dan memberi kata2 semangat untuk aku meneruskan hidup (maaf kerana masih tak sempat membalas komen).......dan lebih buat aku terharu bila aku menerima kunjungan dari teman2 yang sudah lama terputus hubungan...terimakasih! Sayang Kamu!!
Kepingan2 RM kat sini bukan nak bagi duit raya kat teman2 ye, hehehehe......inilah sebahagian hasil penat lelah aku membuat tempahan Almond London..bila terima RM begini terbang semua rasa penat...letih...mengantuk.. dan berbagai rasa semasa membuat tempahan.
Alhamdulillah sepanjang proses membuat biskut dan mencelup coklat, aku tidak pernah menghadapi masalah..samada biskut hangus atau coklat meragam..inilah berkat doa aku yang tak putus2 kepada Allah SWT..dan doa teman2 juga pastinya..tapi yang paling pasti kerana aku sentiasa menjaga ibadahku walau sepenat manapun..Syukur kepadaMU Ya Allah kerana memberi aku kekuatan ini....dan menjaga hatiku untuk sentiasa mengingatiMU.
Bila dah selesai semua...barulah rasa lega nak bershoping...insyallah hari ini aku akan membawa anak2 membeli belah seadanya...ke KL atau Seremban...anak2 dah teruja sangat nak membeli baju raya....sabar ye sayang...takkan lari gunung dikejar...
Untuk semua teman2 yang menjadi follower dan juga yang sudi singgah di sini..hanya kad ini yang dapat aku berikan sebagai pengganti diri.....harap sudi terima ye...aku memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang mengenali kamu semua, ada perkataan yang menyentuh rasa dan melukakan hati..
ps...bila takbir bergema..tiada yang lebih pilu..bila mengenangmu yang telah pergi...
26 comments:
Salam my dear sis..:)
Alhamdulillah...:)
kiranya penat lelah bertungkuslumus menyiapkan tempahan demi penuhi permintaan orgramai..:):)kini hasilnya pasti membuahkan kebahagiaan dihati ..:):)
Selamat Hari Raya Sis..
Maaf andai ada salah dan silap:):)tq utk kad yg cantik yaa..dan jgn lupa kad tinie utk sis juga!!:)Take care..
hati2 bila balikkampung nanti:)
selamat hari raya ida. kak lin mohon ampun maaf jika ada salah dan silap.
moga ida bahagia berhari raya bersama anak2, menantu dan cucu.. hehehe
Ida...
tahun ni kira beraya bersama-sama yer... kita pergi rumah awak.. awak datang umah kita... OK...
selamat hari raya...
wah rezekiii bertambah hendaknya nak raya dah ni :)
Salam,
Hari2 yang lepas tu untuk pelanggan, sekarang ni untuk anak-anak pula. Bagus tu. Jangan pula terlalu berbelanja. Untuk simpanan perlu difikirkan juga. Selamat Shopping dan Berhati-hati Memandu
salam dan selamat menyambut idulfitri ida..
alhamdulillah..dah selesai tugas ida..boleh la..bawak anak2 membeli belah untuk raya..
Salam Kak Ida..
Selamat menyambut raya dari saya sekluarga utk kak ida sekeluarga.
Moga berbahagia ..
salam,
aku ambil kadnya, terima kasih.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
kad raya xkisah sangat
tapi duit raya penting
nak duit raya
hahhahaha
P/S : Jom Makan 'SAQ'
Kak Ida.
selamat maju jaya. Moga business kat diberkati-Nya. Dan kat sini juga saya nak ucapkan salam eidul fitr. Maaf banyak2 jika terkasar bahasa( tulisan sebenarnya)sepanjang menjadi sahabat di alam maya.
wah banyak nya dpt duit...alhamdulillah...dpt jugak rezeki dr Allah....
Assalamualaikum wbt
Hidup ini hanyalah sementara. Nilai tanda persahabatan dan doa dari setiap mukmin dlm solat ketika tahiyyatul awl dan akhir adalah jauh sgt penting dari segala yg dimilikki walaupun berupa sekeping kad. InsyaAllah, sabar membawa berkat, jika Allah SWT kehendaki, Dia akan mengurniakan rezeki yg melimpah ruah tetapi syukurlah apa yg kita sudah milikki dr pemberianNya. Wassalam
Syukurrr...
rezeki dari penat lelah yang dikongsi bersama insan tersayang.
Hati-hati pegi shopping tu ya.
Selamat Hari Raya IDA. Maaf Zahir Batin.
meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih
P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....
Selamat hari raya kak Ida semoga berbahagia selalu di hari lebaran
Salam Aidil Fitri buat Ida dan anak-anak....
Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup ini, dan semoga sentiaa dikasihi anak-anak....Amin.
Sudikan menerima kad ckLah ya!
sudi.. sudi makasih
slmt hr rya.. maaf zahir batin
Salamat hari raya Kak Ida. Singgah sahur je ni. ;)
ada lebih almond london...
shifu67..
ada lebih 25 butir je untuk sy...biasanya gitulah...sendiri punya tkde..
Grunge//
Selamat hariraya juga buat Grunge..
Selamat Hari raya juga buat maiyah...t.kasih sudi amik kad raya..
Salam Aidil Fitri juga buat CkLah..sempat juga singgah walaupun ckLah sibuk...t.kasih kad dari ckLah
Salam Aidil Fitri buat imanshah juga..muga diberkati di Aidil Fitri..
salam Aidilfitri..
wah byk duit telah ditukar?
semoga persiapan raya berjalan lancar
salam dan terima kasih kak ida.. comel kad raya..
Moga bahagia menyambut syawal nanti..
Post a Comment