Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Wednesday, September 08, 2010

Balik Kampung

Bismillah...

Hari ini sampai masa aku balik kg halamanku di Melaka...sejak malam tadi aku mula mengemas apa yang patut..membuang apa saja sisa makanan dan memastikan kepala gas dicabut dari tongnya, sterika telah disimpan dan tingkap2 telah dikunci dengan betul..
Satu bag berisi pakaian anak2, satu bag pakainku dan satu lagi kueh mueh untuk emak di kampung.

Seperti biasa dari rumah aku akan menaiki teksi ke BBST, kemudaian menaiki bas ke Stesen Komuter Nilai menuju ke Seremban, dari stesen Komuter aku akan ke Terminal 2 mengambil bas express ke Melaka..mudah2an aku tidak menghadapi kesukaran mendapatkan tiket bas...jangan takde tiket sudah...berkampung pulak aku di Terminal 2.

Rumah aku tidak akan berpenghuni mulai hari ini hinggalah hari raya ke 3..insyallah ahad aku akan kembali ke Taman Seroja dan Isnin mula bekerja..begitu juga 'rumah' ini akan ditutup selama beberapa hari aku di Melaka..insyallah kita akan bertemu lagi selepas kembali dari kampung...

Mudah2an semua urusanku hari ini dipermudahkan dan aku sampai di kampung dengan selamat..

Selamat tinggal semua yang aku kasihi.....sampai bertemu lagi dengan cerita2 semasa Hari Raya.......SALAM AIDIL FITRI..

ps..doa dariku muga semuanya selamat sampai ke kampung halaman..pada yang memandu..hati2 di jalan raya..ingatlah insan2 tersayang yang menanti kepulangan kita.

40 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear sis Ida:)

Moga dipermudahkan utk akak sepjg perjalanan ke kampung halaman tercinta..dan dilindungiNya selalu..

Selamat HAri Raya sis..
Maaf andai ada salah & silap yaa..:)

akuanakpahang said...

Salam lebaran.
Selamat pulang ke desa tercinta.
Semoga di permudahkan juga segala urusan anda. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

ainnoraini said...

balik melaka ye...same la kite...tahun ni ain pun beraye kat melaka...tahun lepas beraya kg suami kat perak.

semoga perjalanan ida & anak2 dipermudahkan dan selamat sampai ke kampung dgn selamat...

Selamat hari raya maaf zahir dan badan...

Abd Razak said...

Salam..

Seiring datangnya Syawal yang mulia..
Dengan segala kerendahan hati..
Izinkan saya memohon maaf silap dan salah..
Atas segala kata bicara yang kurang berkenan di hati..
Moga tiada tersisa khilaf dosa...

kakcik said...

Semoga selamat di mana jua...

Selamat Hari Raya Ida. Maafkan kakcik zahir dan batin....

al-lavendari said...

salam.

semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

selamat hari raya, maaf zahir batin.

jumpa lagi selepas raya.

zamz said...

slamat hari raya idalara

maaf zahir batin

piewahid said...

semoga selamat dalam perjalanan.

***********************************

1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

4. Terima kasih kerana sentiasa member sokongan.

luahfikiran said...

SALAM,
LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Dgn rendah diri, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andaikata tersilap tuturbicara yg bisa menyinggung perasaan. SElamat EidulFitri buat sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin. Semoga perjalanan balik ke kampung dlm keadaan selamat dan semuanya dlm peliharaan Allah SWT, InsyaAllah.

lionteen said...

beshnyee balik kg..

berhati2 yah:)

kene ikut cakap suami la..

roslaini saad said...

Selamat berhari raya....semoga selamat dalam perjalanan..

ciEk NiENa said...

selamat pulang beraya..
hati-hati di jalan raya

shaniza said...

salam..

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Azmi said...

selamat balik kg k.ida..
selamat hari raya!!

Jejaka Desa said...

Selamat Hari Raye Maaf Zahir Batin.Berhati2 dijalanraya

alizan75 said...

macam af ajer....

selamat menyambut hari raya.....

maiyah said...

salam aidilfitri..

moga ceria di kg nanti bersama keluarga

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Ibu n Abah said...

salam ida...
sekali lagi tak dapat nak penuhi janji akibat kesibukan beraya...
nampaknya saya akan beraya dengan ida di BBSTlah nampaknya....
dah balik dari melaka ker???

Idalara said...

Salam akak
kiat merancang..namun alah yg menentukan..insyallah janji Allah itu pasti...
dah balik raya ke 3..smlm balik semula melawat sepupu meninggal..skrg berada di bbst.

Idalara said...

Salam sdr fakeh...
jutaan terimaksih...insyallah sy akan cari..

Idalara said...

salam aidil fitri maiyah..
alhamdulillah kita bertemu lagi selepas raya..

Idalara said...

alizan..
af yg kalah ye...
selamat juga buat alizan.

Idalara said...

jejaka desa..
alhamdulillah sy sudah selamat balik ke sini..

Idalara said...

terimaksih azmi...dah selamat pun kak ida balik bbst

Idalara said...

salam shaniza..
sama2lah kita bermaaf2an...terima kasih..

Idalara said...

ciek niena..
terimaksih ye dik...

Idalara said...

salam roslaini..
terimaksih atas doa anda..

Idalara said...

lionteen
memang best balik kmpung walaupun penat sikit..

Idalara said...

waalaikumsalam wbt
sdr Tajnur..rasanya tiada kata2 sdr yg melukakan atau buat saya terasa hati..semuanya bagus buat sy jadikan panduan..sy pun ingin memohon maaf andai ada kata2 yg mengguris perasaan tanpa sy sedar...terimaksih doa2 dari sdr buat sy sekeluarga..

Idalara said...

Salam LF
sama2lah saya pun mohon maaf andai ada kata2 yg menyentuh rasa..

Idalara said...

Salam Piewahid
terimakasih atas segalanya..
terimaksih jadi kwn sy..
terimakasih doa2 piewahid..
saya gembira ada sahabat seperti piewahid...dan juga ada sahabat2 lain di sini..

Idalara said...

zamz..
selamat hari raya..

Idalara said...

salam al-lavendari
alhamdulillah segalanya sudah selamat..dan kita bertemu lagi selepas balik dr kampung.

Idalara said...

kakcik..
dari ida juga..mohon ampun dan maaf...alhamdulillah selamat sudah kembali ke sini.

Idalara said...

Salam Abd Razak...
kak ida pun sama2 memohon maaf andai ada kata2 yg menyentuh rasa..terima kasih atas segalanya..

Idalara said...

ain...
yup melaka...ain melaka di mana..biasalah bila ada suami kenalah ikut turn..alhamdulillah semuanya sudah selamat.

Idalara said...

salam lebaran aku anak pahang..
alhamdulilllah semuanya sudah selamat..terimaksih singgah dn doa2 anak pahang.

Idalara said...

salam kartini..
terimaksih doa dari tinie dan sahabat2 semuanya selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...