Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Monday, September 06, 2010

Kad Raya Dari Teman2..

Bismillah.

Setelah setuju sebulat suara, semalam kami 3 beranak pun pergi bershoping di KL..dalam train lagi dah penuh sesak..sampai nak bernafas pun sangkut2 sebab dah macam2 bau..ke tiga2 kami tak dapat duduk sampailah Bank Negara... Zaki duduk melepak kat lantai sebab dah tak tahan mengantuk.

Tiba di Sogo...mak datok!!..macam dah dijangka..orang ramai macam ulat buah..menyesal pulak pegi KL..kalau pegi Seremban mungkin tak seteruk ini..taubat aku, next year (andai panjang usia)
tak mahu lagi pegi bawak anak2 time2 gini..

Bawak Aiman Zarif membeli belah memang sangat mudah berbanding Abdullah Zaki yg banyak ragamnya mengalahkan budak umur 2 tahun..tak sampai 1/2 jam Aiman dah dapat apa yg dia mahukan..sepasang kasut dan sandle..(baju dah dibeli minggu lepas di Nilai)

Sampai nak balik..aku dah rasa hangin satu badan (banyak2 mengucap) sebab Abdullah Zaki masih tak dapat apa yg dia hendak..susah betul selera anak bungsu ni..masa beli baju haritu taklah secerewet ini...sudahnya balik tanpa beli apa2 pun untuk dia..jawabnya cari di Melaka lah pulak...

Aku?...rasa puas hati..dalam pada tu sempat lah sambar satu handbag yg aku idam2kan..duit handbag itu bukan hasil dari jualan kueh..tapi duit dari Syarikat..setiap tahun staff mendapat peruntukan sebanyak RM120.00 untuk pakaian baru semasa Mesyuarat Agung Koperasi...oleh kerana baju baru dah ada beberapa pasang, jadi tak payahlah beli lagi untuk Mesyuarat..masa dapat duit tu dalam hati dah niat nak beli sesuatu yg boleh aku gunakan..kalau tak dibeli duit tu habis gitu saja..Alhamdulillah, dapatlah satu handbag yang harganya sesuai dengan aku..

Sempena Aidil Fitri yang bakal tiba ini ramailah teman2 blogger yang mengirim kad raya yang cantik2, antara yang memberi :

Daripada ckLah dari blog La Tahzan..seronok aku tenguk keluarga bahagia ini mengenakan baju sedondon..(macam aku dulu2 masa dengan arwah suami)..muga ckLah dan Family dikurniakan kebahagiaan berkekalan di dunia dan akhirat.
Kad ini pula dari Pn Kartini dari Blog Cetusan minda...cantik secantik tuannya...terimakasih yang tak terhingga...muga bahagia di Aidil Fitri..
Ini pula dari Maiyah dari blog Cite Maiyah..seorg ibu tunggal OKU..Maiyah antara teman yang paling kerap singgah di blogku...muga2 Maiyah sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan yg tambah mencabar..
Akhir sekali..kad yang cun ini dari Cik Amy Sensei dari Blog Kilauancinta..pandai Cik Amy mendesign kad ini..kak ida memang tak pandai nak buat mcm cik amy..masa ni cik amy mesti dah sampai KB...seronokkan berada dengan keluarga...muga2 Cik Amy berbahagia sentiasa..

Terimakasih kepada yang sudi memberi..dan terimakasih kepada yang sudi menerima kad dari aku yang tak seberapa...mudah2an persahabatan kita akan tetap kekal di alam maya ini...

ps...menghitung hari untuk balik kampung....

17 comments:

Rashid said...

wah!! banyaknya dapat kad. Semuanya cantik dan kreatif..

orang pompuan memang suka banyak handbag.. kan kan.. hehe

Azmi said...

salam k.ida..
tahniah la kerna berusaha keras
utk membesarkan anak2...sungguh tabah k.ida..
kagum dpt kenal org seperti k.ida.
selamat hari raya utk k.ida.
erm nak tnya apa tajuk lagu yg k.ida letak kt blog ni??
best lagu dia...

Azmi said...

kat bachok...
hehe datang la....bila lagi..
selaamt hari raya jugak utk k.ida dan anak2

LiNda said...

Salam kak Ida..

Wahh shopping ..
baguslah untuk anak2
mesti dorang happy..

psss.. dah amik kad raya dari kak ida .. dah tunjuk pun . tkasih kak ..

azieazah said...

Saya langsung tak pegi Sogo or Jln TAR wpun saya duk KL. Tobattt..

Terimakasih. Kad raya IDA saya paparkan dalam entri Kad Raya Pengganti Diri.

Amieynna Amin said...

salam kak ida..
biasa laa..
anak bungsu..
manja skit..
cerewet pun iye..
sabar je kak..

Salam Aidilfitri ye kak..

ber_u_wang said...

Best nya dpt kad raya.. kita tak dapat pun..waaaaaaaaaaa

kakcik said...

Salam Ida...

Semalam kakcik pergi cari baju untuk Budak Sepet. Sehelai T-shirt harganya RM70.00 (tapi ada diskaun). Hmmmmm.. entah2 harga sebelum ni, RM20.00 je!

InsyaAllah, Hari Raya Kedua nanti, kakcik akan ke Melaka. :)

ainnoraini said...

salam aida...
mesti suke anak2kan bawak gi shopping raye...

saye nak ucapkan selamat hari raya pada aida sekeluarga maaf zahir dan batin...

saya tak ade kad raya maya yg nak diberi...

Tirana said...

Ida, selamat hari raya. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap.

mamawana said...

Salam caiyang Ida

Ahad semalam, mama pun jln2 gi Sogo, Jln mesjid India, lalu Muaz, tudung murah2...hihi.. nak tergolak. Orang terlalu berhimpit. Macam2 aroma. Sampai kena tinggi kan idung ke langit macam ikan nak amik oksigen. Sempat ternampak Datuk Seri Shahrizat dok bagi2 sumbangan kat Jln TAR jam 4.45 ptg.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

saya tak bagi kat..tak sms tapi saya ucapkan juga selamat hari raya

♥-- emieysandra --♥ said...

bestnyer dpt banyak kad raye..
selamat Hari Raya ye kak..

~_^

ckLah@xiiinam said...

Selamat Hari Raya...

Terima kasih ya Ida...Kad raya Ida cklah letak di sidebar, supaya tidak lari kalau ada entri baru nanti..he..he..

Ibu n Abah said...

salam ida...
nanti jumpa masa raya, saya ucapkan selamat hari raya yer...

Zezebel said...

Salam kenal.
Dah dekat nak raya ni macam sedih plak nak meninggalkan ramadhan kan?
Sekarang ni ucapan dengan sms masih lagi hangat.

Pengasas said...

Salam Ida,
Selamat hariraya, maaf zahir batin. Kalau terlepas ke Bukit Kapar, silakan singgah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...