Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Thursday, September 23, 2010

Berjasa juga dia..!!

Bismillah..

Baru beberapa hari tak ke 'udara' rasa macam tak lengkap je hidup ni..sehari dua ni mood nak ke udara agak mengendur, biasalah bila dah sibuk kat ofis, balik rumah mata dan minda dah letih...jadi nak buka pc pun malas...rasa nak pejam mata je.....tapi bila tak ke udara rasa banyak benda yang aku terlepas pandang...bagiku inilah dunia ku..yang mengembangkan minda dan mata..tempat aku berhubung dengan teman2 maya...

Tanpa dia hilanglah seri hidupku...

Sejak selasa, line internet di pejabat bermasalah...bila line bermasalah, bisness insuran pun tak boleh jalan, bila tak jalan, income pun tak masuk....sedangkan setiap hari berpuluh2 orang ingin mengambil insuran kenderaan dengan syarikat....bos2 besar bukan nak amik tahu pun masalah ni......yang diaorg tahu bisness mesti masuk dan masalah apa pun kenalah kitaorg yang settle sendiri.

Masa ni lah bos sibuk bertanya siapa yang ada broadband..so..takkanlah aku nak kata takde...pulak tu semua tahu aku guna broadband..jadi dengan slow motionnya aku pun angkat kaki dan tangan...

Maka....Sejak Rabu hingga tengahari tadi broadband aku digunakan dipejabat dengan jayanya...banyak pulak yang nak renew insurans lepas2 raya ni....kira2nya berjasa juga broadband aku ni pada syarikat..

Selama ni tuannya saja yang berkhidmat untuk syarikat, sesekali broadband ni pulak berjasa dengan syarikat tempat tuannya bekerja.....apa salahnya kan....

ps...bila rindu ku sebut namamu...

14 comments:

Lelaki Ini said...

wah..
bagusnya broadband!

Azmi said...

wah bagus la...
sekali sekala berjasa.
kak ida guna celcom ke ape??

kakcik said...

Salam Ida...

Ida tak kenakan charge ke kat Syarikat??? Kalau boleh, kira macam overtime untuk broadband tu... :)

kak Erna said...

salam ida..broadband berjasa..bos pun akan kenag jasa tuan punya broadband tu..he he..

Hairil Rizal said...

Banyak perkara yang bila ada depan mata kita kurang hargai tapi bila dah takde baru kita tercari-cari.

Broadband ni salah satunya...

Hargailah apa jua yang kita ada sekarang kerana kita tidak tahu sampai bila kita memilikinya

:)

Khairunnisa' said...

Hehe, zaman sekarang, broadband perlu di bawa ke mana-mana :B

P.S. Nisa cuma nak bagitahu to all my followers bahawa blog Nisa dah tukar ke : http://www.pupuchik.com

Pn Kartini said...

salam my dear sis ida:)

Terkdg broadband memang bisa menyelamatkan keadaan..namun terkdg..geram tu ada juga bila ia buat hal sis!!lambat cam siput + bila line asyik putus2...aduhaii....
(adik tinie cakap.."broadband" dah jadi "berukkkband"..)heheheh..:):)

pe2...moga akak sihat2 di sana:)Take care

Jejaka Desa said...

Rezeki tak disangke ter.

mokjadeandell said...

sumbangan anak buah menyelesaikan masaalah adalah bakti yang amat dihargai.Bos tentu suka.

sahromnasrudin said...

salam..broadband kawasan sy tak leh pakai..kawasan kampong kan..takde 3G huhuhuhuh

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ada ketikanya, kita perlu bertolak-ansur terhadap pekerjaan kita. Tak bolehlah kita terlalu berkira dlm semua keadaan. Lebih2 lagi krn nak memanjangkan perniagaan syarikat yg kita sendiri bekerja.
AlMaidah:2 وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah.
Wallahualam

LiNda said...

apa sahaja
semuanya berguna
walau sekecil-kecil
sedangkan ia
sebesar -besar jasa

Salam kak ida . Harap sihat and ceria bersama anak2 .. banyakkan berehat yea ...

zedmagel said...

Salam Ida,

Sesekali khidmat sebegini perlu diberikan kepada syarikat yang telah banyak berjasa kepada kita. Apa salahnya. Tanpa syarikat siapalah kita...?

bloggerman said...

harap harap syarikat u hargai sumbabngan u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...