Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Tuesday, April 20, 2010

Wajah Kesayangan Hamba..

Ku tinggalkan Melaka yang menyimpan seribu memori yang tak pernah terpadam..ku singgah N9 yang mengundang sejuta ingatanku padanya..dan kini aku di sini, di sebuah daerah yang menjanjikan sebuah harapan.

Tiga beradik dapat berkumpul bersama

Alhamdulillah dengan doa teman2, hasrat untuk pulang ke kampung terlaksana sudah, mak terkejut dan tersenyum lebar bila aku muncul di hadapan mak dan terus mencium pipi mak, mak tak sangka aku balik kerana sewaktu mak call haritu aku kata mungkin aku tak balik sebab keja terlalu banyak....kiranya aku nak surprise kat mak...

Beberapa jam bersama nenek dan semua family rasa terlalu sekejap..ntah bila dapat berkumpul semula....waktu terlalu cemburu untuk aku berlama2 dengan nenek. Paling seronok bila kali ini aku berpeluang bertemu dengan dua org adik perempuan nenek...wajah2 kesayangan hamba..yang semakin dimamah usia...

Unik sungguh nama nenek dan adik2nya..Nyapon, Nyabin dan Nyasom..gambar yang sempat ku rakamkan ini tidak berapa jelas namun aku rasa sangat puas hati kerana baru pertama kali aku dapat merakamkan gambar mereka bertiga.

Adik nenek yang bernama Nyasom menetap di Johor Bharu..saat yang sangat memilukan bila 3 beradik ini hendak berpisah..aku memang tak sanggup melihat drama airmata ini, sedih rasanya....tangisan pilu, entah bila bertemu lagi, bertemu lagi atau tidak antara mereka bertiga........... memang jarang2 dapat berkumpul begini..disebabkan faktor kesihatan dan usia...nenek dah tak suka nak kemana2..walau dipujuk anak2 untuk tinggal bersama..nenek tetap mahu menetap di rumah sendiri..mujurlah salah seorang anak nenek tinggal bersama...

Menjelang petang aku meninggalkan rumah nenek dengan rasa sayu pilu...rasa terkilan sebab tk sempat menjenguk abah di rumah..hanya dapat bertanya khabar dengan panggilan telefon..abah demam sejak balik dari mengerjakan Umrah..mungkin perubahan cuaca..mudah2an abah cepat sembuh.

Duhai masa....bila agaknya aku dapat bertemu mereka lagi....merekakah atau aku yang pergi dulu hanya Maha Pencipta Yang Maha Mengetahui...Mudah2an wajah2 kesayangan hamba ini sentiasa dibawah RahmatMu Ya Rabb.


21 comments:

Cikgu Zam said...

salam,
mengingatkan kembali memori saya ketika bersama arwah datuk dan nenek semasa masih kecil. Sungguh bernilai dan bermakna.

Ibu n Abah said...

ida,
Alhamdulillah... sempat juga ida mengambil masa pulang ke kampung bertemu nenek.. siap dengan bonus sekali, 3 nenek sekali gus..
Saya pernah ada tiga nenek sekali gus tetapi sekarang ni yang tinggal hanya satu.. yang dua telah pun meninggalkan kami dalam 2 tahun ini.. lain sangat rasanya bila kenduri kendara tanpa mereka...

Kakcik Seroja said...

Salam Ida..

semoga terubat rindu di jiwa selepas menatap wajah-wajah yang didamba.. :)

abu muaz said...

banyak pahalanya mengembirakan perasaan mereka.

Idalara said...

salam cikgu zam
kenangan yg sgt berharga..

Idalara said...

salam akak..
alhamdulillah..keinginan yg kuat buat ida melangkah kaki balik sehari itu..biarpun penat ida tolak ketepi..yg penting dpt jumpa nenek2 dan mak.

Idalara said...

salam kakcik
alhamdulillah wlupun rasa tk puas namun ida bersyukur dpt juga pulang.

Idalara said...

salam sdr abu muaz
berul tu..memandang wajah mereka pun dah dikira satu pahala..apa lgi jika mengembirakan..

Maiyah said...

kenangan tu akan tersimpan kemas, dah lama sy x ke kg ni huhuu

Acik said...

Salam kak Ida..
Seronok bila dpt berjumpa dgn keluarga terutama yg lebih tua drp kita...tentu byk cerita nk dikonsi bersama.

Zamz said...

sure mahal gambar mcm nih kan..bukaan senang nak tangkap

zedmagel said...

Salam Ida,

Anda insan yang sangat beruntung kerana mempunyai ibu ayah dan ninda tercinta, sayang mereka sebaik mungkin. Akan merindui bila mereka semuanya akan berpulang ke alam abadi.

zedmagel said...

Salam Kakcik,

Tahniahlah dapat cek, boleh ajak keluarga makan-makan apabila cek dah clear nanti.. He..he..

Rashid said...

Moga kekusutan dan kerisauan terubat bila dah dapat balik kampung.. dapat tengok wajah mak, mencium mak..

Utk abah kak ida, juga moga cepat sembuh.

Kak ida, bila balik tu rasanya semakin kuat kembali semangat k.

ahmad humairi said...

sentiasa berdoa untuk wajah-wajah kesayangan..

Idalara said...

salam ahmad humairi..insyaallah tk penah lupa berdoa.

Idalara said...

salam rashid..
benar..rasa penat dn letih terubat bila dpt jumpa mak,nenek dn family semua..
alhamdulillah abah dh beransur pulih..
insyaallah juga semangat kak ida kembli menyala..

terimaksih rashid

Idalara said...

salam sdr zed..rasanya komen yg ini ditujukan pd kakcik..
mng bertuah buat diri sy..masih memiliki ibubapa dn nenda..mudah2an mereka sentiasa sihat dn dirahmati.

Idalara said...

salam zamz..
insyaallah sy akan jaga gmbr ini sebaiknya..mng susah nk kumpulkan 3 beradik tu..

Idalara said...

salam niza@acik..
bertemu mereka rasa terlalu bnyk nk dikongsi bersama..namun masa terlalu singkat..

Idalara said...

salam maiyah...
kampung mana tu...?maiyah org melaka ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...