Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Sunday, April 04, 2010

Ayah..Apa Dosaku...

Gambar hanya hiasan..

Anak adalah satu anugerah dari Allah..walaubagaimanapun keadaan fizikal dan mentalnya...dia tetap anak yg diamanahkan untuk kita ibubapa.

Namun rupanya masih ada seorg ayah yang tidak pernah bertanya khbr anaknya sejak dia berpisah dengan ibu kanak2 tersebut iaitu bekas isterinya dan amat menyedihkan anak itu cacat anggota sejak dilahirkan, hanya terbaring sepanjang masa...sekarang usia anak beliau sudahpun 20 tahun...dan yang buat aku merasa terkilan serta marah sangat kerana ayah anak tersebut adalah rakan seofisku!

Jika aku pernah diuji dgn berbagai dugaan.. kiranya wanita ini lebih berat dugaan yag harus ditempuhi sepanjang bergelar ibutunggal dan memelihara seorg anak OKU..bayangkan dengan fikikalnya yang kecil dia berdaya menmpung anaknya untuk dimandikan dan membawa ke klinik atau sebagainya.

Sedihnya bila wanita itu bercerita padaku bagaimana dia terpaksa meninggalkan anaknya bersendirian di rumah sewaktu dia bekerja...dia hanya pulang waktu tengahari untuk memberi anaknya makan. Hendak mencari pengasuh dia tak mampu..apa lagi menghantar anaknya ke pusat jagaan...kalau dulu ada juga ibunya menjaga, kini ibunya pun sudah terlalu tua dan uzur.

Segala kisah ini terbongkar bila baru2 ini mahkamah memerintahkan bekas suaminya membayar nafkah anaknya sebanyak rm500 sebulan kerana mengabaikan nafkah anaknya selama bertahun2. Akulah yang membuat bayaran tersebut pada setiap bulan dengan potongan gaji bekas suaminya.

" Akak bukan nakkan sgt duit dia...akak nak dia ingat dia ada sorg anak cacat....cukup kalau dia telefon tanya khbr atau ziarah sebulan sekali pun..akak sedih sgt sejak berpisah hampir 10 tahun tak pernah sekalipun dia tenguk anak dia....dia tkde perasaan ke...sebagai seorg ayah..Alhamdulillah Allah bg akak kekuatan memelihara anak ini...mcmne bila akak tkde..sape nk ambil anak akak tu..dia tkde adik beradik... adik beradik akak pun tk mungkin mahu menjaga anak akak nanti" begitulah kata2 wanita tersebut yang aku memang aku kenali dengan panggilan kak A.

Aku pernah bertanya pada lelaki itu (dengan berhati-hati)...dia tk ingat ke kat anak dia...dia tk jenguk ke anak dia..dia hnya menjawab dengan mencebirkan bibirnya...kalaulah anak itu mampu berkata2 dia pasti bertanya:

"Ayah apakah kerana aku cacat maka ayah membenciku..apakah dosaku hingga ayah tidak menerimaku"


ps...Aku kagumi kak A yang tabah dan cekal..mudah2an Allah beri ganjaran yg setimpal dgn pengorbanan beliau di akhirat kelak.

22 comments:

maiyah said...

satu hari nanti pasti si ayah akan sedar dan masa itu dah berpatah balik mungkin sudah terlambat

kasih ibu sepanjang hayat.. Allah akan perliharanya.. insyaAllah

Ummi Humaira said...

salam ida,

semoga ayah ini di beri ilham untuk ambil berat anak ( zuriat) dia.

NuR said...

moga dia tabah selalu....

Uncle Lee said...

Hello Idalara, you have a beautiful blog and saya suka your play of colours.
By the way, you have a beautiful name, 'Idalara'.
Bila pronouncing it, brings up the moon half hour early, ha ha.

You have a great week and keep a song in your heart, Lee.

lady D said...

sedihnya..kesian kat anak yg xberdosa tue...semoga kak A tue terus tabah dgn dugaan Allah..mohon permudahkan & ringankanlah beban kak A ni.

azieazah said...

Kesian nyerrr...

Agaknya kalu IDA dah berkaawan dgn Kak A itu, dan sering bercerita keseronokan Kak A menjaga anaknya, harus juga terjentik hati ayahnya... harap2... Mungkin dia akan terfikir semula tindakan yang silap sebelum ini..

Semoga tidak terlambat untuk dia menebus kembali kasihnya yang hilang...

kakcikseroja said...

Ida..

kakcik ada kenal seorang ayah yang tak pedulikan anak2nya..walaupun anak2nya itu tiada cacat cela.. jangan esok, bila anak dah berjaya dan dia dah tua.. baru terhegeh2 nak cari anak2nya semula...

abu muaz said...

salam.lama tak jenguk sini.

Rashid said...

salam

Memang sejak dari dulu lagi dan selamanya.. saya amat menghormati wanita. Wanita bernama siibu telah dianugerahi olehNya akan kesetiaan pada suami dan anak-anak...

Sanggup bersusah-payah, tak lena tidur tak lalu makan demi anak..

Anonymous said...

ayah... andai ku tahu dilahirkan cacat... rela ku pohon dari allah agar di cabutkan nyawaku...
ibu... kasihku terhadapmu tiada terbelah bahagi.... semoaga dirimu dalam keredhaan ilahi...

ibu (aini binti a. ghani) & ayah (abdul Jalel bin a. hamid) ... kalian lah semangat ku...

Idalara said...

salam yg tnpa nama..
terharu kak ida baca coretan hati adik..itulah kasih syg sejati dr ibu dan ayah..

Idalara said...

salam rashid..mudah2an satu hari nnti rashid akan memiliki seorg isteri solehah yg menjadi ibu kepada zuriat rashid.

Idalara said...

salam sdr abu muaz...
tk mengapa asalkan tetap ingat pada blog sy.t.kasih sudi ziarah.

Idalara said...

salam kakcik..
sebenarnya trlalu ramai ayah2 diluar sana yg bersikap begitu..kerap dipaparkan dlm drama atau novel..ida tk hairan sbb didepan mata ida berlaku begitu

Idalara said...

salam zaie..
itulah harapan ida..mudah2an satu hari nnti si ayah akan insaf dan mencari anaknya.

Idalara said...

salam lady D..
mng sgt sedih...Allah sentiasa beri kekuatan dan ketabahan buat ibu2 begitu.insyaallah

Idalara said...

Hello uncle Lee
thanks for ur comments...i hope u will come again.

Idalara said...

salam ummi..
mudah2an itulah doa ida dn pasti kak A

Idalara said...

salam Nur..
ye..mudah2an kak A tetap tabah

Idalara said...

salam Maiyah..itulah yg akak bimbangkan..sesal kemudian tk brguna.

Kamsiah said...

tu la ida,dlm paper baru2 ni,berpuluh ribu..bkn angka yg sikit,bekas2 suami tak bayar nafkah kat anak2...dia org tak heran dgn perintah mahkamah...

ai@reel said...

kenapalah ada manusia seperti itu......

Ya ALLAH hambamu ini memohon jgn sesekali engkau sama kan hambamu ini dengan sidia......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...