Dengan Nama Allah.

Dengan Nama Allah.

Sayang Kamu

Saturday, April 03, 2010

Buat Para Suami - 9 Signal Anda Masih Romantis....

* Tujuan aku menerbitkan entri ini tiada terlintas sedikitpun dihati mahu menyuruh para suami meniru budaya barat..*aku memohon maaf andainya entri ini membuat segelintir para pembaca terkeliru dengan tujuanku.....tujuan ku hanya untuk dikongsi bersama dan tiada langsung menyentuh soal agama*


Baru lepas buat 'Bank Reconcilition"..pale otak dah rasa tepu sangat sbb masih tak balance2 dari td, yang tk balancenya hanya 18 sen...tak ke haru, kalau beribu ok gak.....so..nak release tension baca majalah MIDI...agak menarik isu yang aku baca kali ini..

"Lelaki Melayu Tidak Romantik" paparan sebuah akhbar tempatan pastinya mengundang rasa tak senang dikalangan para suami bernama melayu...jadi, andai kata suami anda masih romantik pastinya dia memiliki ciri-ciri dibawah:

1. Masih memanggil isteri dengan panggilan kasih sayang seperti 'yang, anja, ling atau baby' (walaupun body kita dah tak macam baby lagi) panggilan suami tetap hangat dan penuh kemanjaan untuk isteri.

2. Sentiasa memuji masakan isteri walaupun dah 20 tahun, masakan isteri masih ditahap lama dan tak penah improve...untuk mengambil hati isteri.

3. Masih lagi memuji-muji kecantikan isteri tercinta walaupun kecantikan kita hampir pudar dan pupus, kerana pada usia midi dan atas beberapa faktor, suami tetap memuji : "ayang tetap cantik macam abg mula-mula kenal dulu"

4. Membawa isteri ke tempat2 yang menjadi nostalgia percintaan laila-majnun kita dulu-dulu...tempat mula2 bertemu. dapat anak pertama dan sebagainya agar kasih sayang terus bersemarak dan menyala

5. Membeli hadiah di hari-hari istimewa isteri seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi isteri atau membawa isteri ber'candle light dinner'berdua2an sempena hari penting itu.

6. Masih kerap memberi sentuhan2 manja dan mesra pada kita, ciuman di dahi sewaktu hendak ke tempat kerja, genggam tangan kita dengan erat dan penuh kehangatan sewaktu berjalan berdua2an, cuiman di pipi tanda kasih masa hari2 istimewa..kalau ada maknanya masih romantiklan suami kita.

7. Selalu call isteri walaupun bertugas jauh dan rajin hantar mesej2 tnya khaabr atau tanya apa saja...smpai kdg2 kita naik rimas sebab terlalu kerap hantar sms...

8. Suami memeluk kita 7 kali sehari dengan memberi ucapan mesra, bukannya 7 hari sekali!!..seseorg yang sering disentuh oleh pasangannya sekurang2nya 7 kali sehari akan menjadi hangat dan mesra dalam perlakuan dan kata2.

9. Sering mengajak kita berdua-duaan tanpa riuh rendah dengan membawa kita bercuti, beriadah, berkelah atau ke tempat-tempat yang romantik.

Setelah kita semak jwpannya lebih banyak TIDAK dari pada YA, janganlah kita bersedih hati atau merajuk kerana itulah suami kita..sabar sajalah, yang penting hatinya tetap pada kita...dan teruskan kehidupan bersamanya dengan lebih ceria.

Tapi andai jawapannya lebih banyak YA dari TIDAK, tahniah kerana mendapat suami yang cukup romantik walaupun sudah lama hidup bersama. Jagalah perkahwinan anda hingga akhir nanti.

ps...buat dia...muga kamu berbahagia walau dengan siapapun pilihanmu..dan pasti kamu akan menjadi suami yg romantis :)

sumber : midi

12 comments:

ai@reel said...

kadang2 betuk juga apa yg ditulis dimajalah midi tu..

entahlah samada budaya kasih sayang itu tidak dipupuk didalam keluarga atau sebaliknya sukar say terjemahkan dalam budaya kita atau kita masih terkongkong dgn budaya kita...bukan bermaksud mengalakan maksiat cuma bezanya dgn susana barat,ibu bapa masih loving dan sifat ini ditunjukkan pada anak2 atau erti kata lain dalam konteks ini mereka membiarkan anak menerimanya secara positif dan terbukaan....ada benda ygmereka tidak tunjukkan disebabkan anak2 masih muda lagi...

hanya pendapat saje..

blueCITY® said...

salam,
waaaaaaaa cepat2 para suami ambik 9 cara ni utk pikat semula isteri2 anda, heeee..

wahhh, siapa kah sidia itu? lalala

tajnur said...

Assalamualaikum
Biarlah fahaman pro Barat meletakkan pelbagai syarat2 utk menilaikan keromantikan seseorg mengikut perspektif mrk. Dlm Hadis riwayat Burairah r.a, dari Rasulullah saw,`Masih ada org2 yg mensyarat2kan syarat yg tiada dlm Kitab Allah (AlQuran), maka jika syarat2 tsbt tiada dlm kitab Allah maka maka ia adalah batil (karut)walaupun terdapat 1000 syarat, keputusan Allah adalah lebih berhaq dan syaratnya ditolak` dari Kitab AhkamulQuran bagi Imam Shafi`e Juzuk 2 m/s164. Apabila bapa pada isteri kita telah menyerahkan perwalian dan merupakan satu amanah yg mesti dijaga kesuatu tempoh yg ditetapkan, `Org` yg menepati janji2 mrk menepati janji2 mrk apabila mrk salin janji menjanji...`Surah AlBaqarah:177. Walaupun (mungkin) suami2 tidak menyebut perkataan2 yg romantik tetapi kita terjemahkan segala kasih syg kita pada anak2 isteri kita krn kita tahu betapa susahnya terbina janin dlm rahim mrk dan betapa sukar mrk mendidik sehingga besar. Lebih tepat lagi, apabila kita jaga anak kita dgn penuh k/syg, maka kita syglah dgn mak2 sekali. True love never speak directly.Apa mrk yg mengamalkan berpendidikan barat, ada ke bekalkan sesuatu utk akhirat pada isteri dan anak2? Wallahualam

Naz said...

wah... tips berguna nie... hehehe... tq kak :D

Idalara said...

salam aireel.sebenarnya sewaktu menulis entry ini tiada terlintaspun dihati mahu menyuruh org lelaki melayu meniru budaya barat...terpulang pada penilaian seseorg untuk menerima atau tidak..terimakasih kerana memberi pendapat di sini.

Idalara said...

salam biru..
mudah2an mana yg baik dn eluk dapat diikut dan mana yg tidak diabaikan saja.

sidia..?hehehe

Idalara said...

Waalaikumsalam
sdr Tajnur..
terimaksih dgn pendapat sdr yg panjang lebar..saya faham sdr mng berpengetahuan luas dalam hal2 Agama.tujuan sy menulis bukan untuk menyuruh seseorg meniru budaya barat, tidak sama sekali..saya mohon maaf andai tulisan ini menyentuh sensitiviti org lelaki.

p/s namun apa slhnya sesekali seorg suami menunjukkan rasa kasih sayangnya pada isteri..tentu tak salahkan?

Idalara said...

salam Naz..terimaksih..yg baik ambil buat tauladan yg buruk buang jauh2.

abu muaz said...

ambil yg jernih buang yang keruh.

no 3. cantik tetap cantik tapi taklah sama macam mula-mula kenal dulu. !!!

Idalara said...

salam sdr abu muaz
betul..yg jerneh dijerneh2kan..

biar cantik dihati wlupun di mata dah kurang :)

zedmagel said...

Salam Idalara,

Saya merasakan saya masih seorang lelaki Melayu yang serba ada, dan suami yang berpada-pada...

Idalara said...

salam zed...alhamdulillah begitulah sebaik2nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...